Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

KENYATAAN AKHBAR OLEH PERDANA MENTERI : TERAJU

Sabtu, 31 Disember 2011 ·
Pejabat Perdana Menteri


1.           Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera.
 
2.           TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:
 
i.             Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
ii.           Pembiayaan;
iii.          Pendidikan dan Penggajian;
iv.          Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
v.           Pengurusan Stakeholder.
 
3.           Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:
 
i.             Memastikan hasil yang pantas dan efektif – termasuk menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
 
ii.            Meningkatkan keberkesanan Institusi  –  Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan; 
 
iii.           Program Pengurusan dan Sokongan Aktif– TERAJUakan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
 
iv.          Penilaian Keberkesanan– Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu.
 
4.           TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan,TERAJU  akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO sertastakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB. TERAJU telah pun mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004.
 
5.           Encik Husni Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pegawai EksekutifTERAJU. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka (Venture Capital).
 
6.           Selain itu, Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan.
 
7.           Setakat ini, sudah ada lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut ialah Handal Resources Berhad, Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad), Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, Cypark Resources Berhad dan Century Software Holdings Berhad. Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan kita berharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan.

0 ulasan:

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line