Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

LAGI KEDAI KONSEP 1MALAYSIA DIPERKENAL

Isnin, 26 Disember 2011 · 0 ulasan
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Selaras dengan usaha kerajaan untuk menurunkan harga barang makanan di negara ini, Restoran Sekinchan Ikan Bakar tampil dengan inisiatif baru membuka Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).

Pengasasnya, Datuk Jamal Yusof berkata, kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa itu berkonsepkan seakan-akan Kedai Rakyat 1Malaysia dan menawarkan harga kira-kira 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding harga ikan di pasaran.

Menurutnya, bagi membantu golongan berpendapatan rendah, KIR1M menjual lima jenis ikan iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.

"Kesemua ikan yang dijual di sini dibawa terus daripada nelayan dan pembekal tanpa melalui orang tengah. Ia adalah salah satu faktor kami mampu menjualnya dengan harga yang murah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kedai itu di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif.

Tambah Jamal, selain menjual ikan, kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan barangan kering yang didapatkan terus daripada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Katanya, kedai itu beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Beliau juga bercadang membuka tiga lagi cawangan KIR1M di Mahkota Cheras, Tasik Permaisuri dan Setapak sebelum akhir tahun ini.

"Kami sedang memikirkan untuk membuka 30 cawangan lagi pada tahun depan," ujarnya.

Sementara itu Raihan berkata, kementerian akan terus membantu pihak swasta untuk memasarkan serta mendapatkan bekalan daripada agensi yang berkaitan.

Jelasnya, kementerian juga akan terus memantau kedai tersebut bagi mengelakkan sebarang rungutan daripada pengguna.

"Kita perlu ingat harga yang murah tidak semestinya sesuatu barang itu tidak berkualiti," tambahnya.

Temu bual
1) Adakah konsep KIR1M bersesuaian dengan saranan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah?

JAMAL: Tujuan kami mewujudkan KIR1M bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk berbelanja tanpa berasa terbeban memandangkan harga ikan dan barang runcit semakin meningkat.

KIR1M menjual tujuh jenis ikan rakyat antaranya ikan kembung, selar, selayang, cencaru, pelaling dan juga jenis ikan lain. Keseluruhannya lebih 30 jenis ikan.

Kesemua ikan yang dijual di sini dibawa terus daripada nelayan dan pembekal tanpa melalui orang tengah. Ia adalah salah satu faktor kami mampu menjualnya dengan harga yang murah. Selain menjual ikan, kami juga menjual produk-produk runcit lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan barangan kering yang didapatkan terus daripada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

2) Bagaimana idea KIRIM diwujudkan?

JAMAL: Apabila kerajaan menyarankan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), saya terjemahkan maksud Perdana Menteri itu kepada KIR1M. Sebelum membuka kedai ini, kami membuat kajian selama enam bulan. Kami melihat harga ikan di pasar adalah mahal kerana wujudnya orang tengah. Justeru, kami dapatkan ikan terus daripada nelayan dan pembekal serta dapat menjualnya dengan harga yang sangat murah berbanding di pasar. Konsep ini dapat diterima oleh masyarakat. Buktinya pelanggan kami sentiasa meningkat jumlahnya dari sehari ke sehari.

3) Kenapa konsep 1 Malaysia?

JAMAL: Barangan yang dijual seperti ikan, sayur-sayuran dan barang runcit yang lain adalah untuk keperluan setiap rumah. Di sini, kami menjualnya dengan harga yang murah. Maksudnya, ia boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat dan mereka yang berpendapatan rendah pun mampu membeli.

4) Apakah pelanggan benar-benar menikmati harga ikan yang murah berbanding di pasaran?

JAMAL: Kami sebenarnya mendapatkan bekalan ikan pada harga 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM9 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 hingga RM15 sekilogram. Kami menjual ikan serendah RM2 hingga RM40 sekilogram. Kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu. Kesemua jenis ikan yang dijual diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak, Sekinchan, Selangor dan lain-lain tempat. Kami mempunyai pekerja logistik RSIB yang bergerak sekali mendapatkan bekalan ikan untuk KIR1M.

5) Bagaimana kualiti ikan-ikan yang dijual di KIR1M?

JAMAL: Walaupun ikan tersebut murah tetapi kualitinya tetap dijamin segar berikutan kesemuanya didapati daripada pembekal utama ikan sedia ada di RSIB.

Ikan-ikan yang berlebihan pula tidak akan dijual semula sebaliknya akan digunakan sebagai nilai tambah kepada produk RS1B iaitu dijadikan ikan kukus, kuah laksa sejuk atau makanan kepada pekerja. Cara menyimpan ikan juga penting dan kami mempunyai peti sejuk khas dengan formula penyimpanan ikan yang betul. Jika anda pergi ke pasar, ikan-ikan yang berlebihan tetap dijual dan menyebabkan pelanggan mendapat ikan yang tidak segar. Berbeza di KIR1M, kami akan memastikan pelanggan mendapat ikan baru dan segar setiap hari. Kami mempunyai satu pasukan yang akan bertanya kepada pelanggan tentang kualiti barangan kami. Ini adalah cara untuk kami memperbaiki perkhidmatan KIR1M.

Selain itu kami juga memasarkan ayam terus dari ladang dan dijual hari ini pada harga RM5.70 sekilogram berbanding di pasaran RM7.80 sekilogram.

6) Bagaimana sambutan daripada penduduk sekitar Setiawangsa?

JAMAL: Pembukaan cawangan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Dianggarkan seramai 1,200 pengguna mengunjungi KIR1M sejak dibuka pada 2 Disember lalu. Jumlah ini akan bertambah dua kali ganda pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kami beroperasi setiap hari mulai pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain itu, kami menyediakan 600 lot tempat meletak kereta dalam Plaza Centrum untuk kemudahan pelanggan.

7) Bagaimana dengan persaingan pasar raya yang lain?

JAMAL: Kami mempunyai konsep yang tersendiri berbanding dengan pasar raya yang lain. Pembukaan KIR1M mampu membantu golongan berpendapatan rendah membeli ikan segar dan barangan runcit pada kualiti sama dengan pasar raya dan kedai runcit lain.

Misalnya kami menjual ikan dan barang runcit yang ada jenama dengan harga yang murah. Contohnya harga susu pekat manis yang berjenama dan boleh didapati di pasar raya lain lebih murah. Kami mahu pelanggan berbelanja lebih di sini dengan harga yang rendah.

8) Apakah perancangan Datuk di masa hadapan?

JAMAL: Dalam masa terdekat kami akan membuka tiga buah KIR1M di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan yang telah dikenal pasti adalah di Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tasik Permaisuri dan Setapak. Cawangan RSIB Bandar Mahkota Cheras akan ditukar kepada KIR1M dan restoran berkenaan akan dibuka di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selain itu, kami juga akan membesarkan KIR1M cawangan Setiawangsa dan akan menambah barangan seperti pakaian dan barangan perkakasan. Kami juga akan menjual ikan rakyat ini di setiap Restoran Sekinchan. Kami mahu usaha membantu rakyat ini dilakukan secara menyeluruh. Sementara menunggu kami membuka cawangan KIR1M yang lain, orang ramai boleh mendapatkan ikan dengan harga yang murah di 20 cawangan RSIB.

9) Apakah nasihat dan saranan Datuk kepada syarikat korporat lain?

JAMAL: Mungkin selepas ini syarikat korporat lain dapat mewujudkan konsep kedai yang sama untuk membantu rakyat supaya mereka dapat berbelanja lebih dengan harga yang murah. Dalam perniagaan, selain keuntungan, kadang-kadang soal kebajikan orang ramai perlu diambil kira. Sekarang kos sara hidup adalah terlalu tinggi, jadi inilah peranan syarikat seperti kami untuk membantu rakyat. Jika kita lihat secara global, syarikat yang berjaya memenangi hati orang ramai akan maju ke hadapan.

Kredit Untuk Mingguan Malaysia

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line