Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

SKIM PERLINDUNGAN INSURANS PENIAGA KECIL

Sabtu, 1 Disember 2012 · 0 ulasan

KERAJAAN telah mengenal pasti seramai 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil memperoleh pendapatan harian yang tidak menentu. Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan skim perlindungan insurans berkelompok untuk diberi kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Had perlindungan maksimum yang diberi adalah sehingga RM5,000.00. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM17 juta setahun. 

Skim insurans yang dinamakan P1MPIN (Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja & Peniaga Kecil Nasional) ini menawarkan pelan perlindungan insurans percuma dan manfaat perlindungan yang menarik khusus untuk warga penjaja dan peniaga kecil Malaysia.

Berikut manfaat-manfaat yang ditawarkan perlindungan Takaful P1MPIN

BIL
MANFAAT PERLINDUNGAN
JUMLAH PERLINDUNGAN
1
Kematian akibat kemalangan
RM5,000.00
2
Kematian semulajadi
RM5,000.00
3
Keilatan kekal  menyeluruh akibat kemalangan
RM5,000.00
4
Perbelanjaan akibat kemalangan
RM1,000.00
5
Khairat kematian akibat kemalangan
RM1,500.00
6
Jenayah ragut/rompakan
RM250.00

Kelayakan :


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 69 tahun
  3. Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan SSM, Pihak Berkuasa Tempatan (Sabah dan Sarawak).
  4. Menjadi ahli persatuan Penjaja dan Peniaga kecil yang berdaftar
Hubungi PPPKMNS untuk maklumat lanjut.



LAGI PELUANG PERNIAGAAN UNTUK KOPERASI

Rabu, 21 November 2012 · 0 ulasan
AR RAHNU X'CHANGE, satu perkhidmatan di bawah Bank Rakyat menawarkan peluang perniagaan secara fancais kepada koperasi-koperasi seluruh Malaysia untuk sama-sama menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan pajak gadai Islam. 

Ketua Hal Ehwal cawangan Bank Rakyat, En. Zainudin Ali berkata, Ar Rahnu X'Change menawarkan pinjaman mudah secara Islam sehingga 65% daripada nilai emas dengan kadar upah simpan hanya 65 sen bagi setiap RM100.00 nilai emas yang disimpan.  Pajak gadai adalah pinjaman alternatif kepada pinjaman yang ditawarkan pajak gadai konvensional serta pemberi hutang lain. Ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari kalangan orang-orang Melayu malah terdapat juga bangsa asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bank Rakyat telah menambah cawangan Ar Rahnu X'Change ke 3 di Negeri Sembilan susulan sambutan memberangsangkan yang diterima oleh 2 cawangan sedia ada. Cawangan terbaru tersebut terletak di Kuala Pilah manakala 2 cawangan sedia ada ialah di Mantin dan Jempol. 

Bank Rakyat mengalu-alukan pembabitan koperasi untuk menyertai program francais dengan membuka lebih banyak cawangan pajak gadai Islam Ar Rahnu X'Change. Setakat ini terdapat 32 koperasi di seluruh negara yang menyertai program berkenaan yang ditawarkan menerusi anak syarikat Bank Rakyat - Rakyat Management Services Sdn Bhd. Menurut En. Zainudin setakat ini terdapat 15 daripada 47 rangkaian Ar Rahnu X'Change di seluruh negara dimiliki dan diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri manakala selebihnya diuruskan oleh koperasi melalui program francais.  

Mungkin ALK Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan boleh memikirkan untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan Ar Rahnu X'Change ini.


RM50 JUTA LAGI UNTUK PENIAGA

Ahad, 18 November 2012 · 0 ulasan
Peserta yang tidak dapat masuk dewan konvensyen PICC terpaksa melihat upacara perasmian di lima buah dewan kecil melalui layar besar.

PUTRAJAYA - Kerajaan telah menyediakan peruntukan dana sebanyak RM50 juta lagi di bawah Skim Pembiayaan Mikro mulai 2013 bagi membantu golongan penjaja dan peniaga kecil berdaftar di bawah Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) untuk memajukan perniagaan mereka. Terdahulu kerajaan memperuntukkan RM50 juta di bawah Skim Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik). Demikian diumumkan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika merasmikan Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November 2012.

Konvensyen yang bertemakan 'Transformasi Penjaja dan Peniaga Kecil Pemacu Negara Berpendapatan Tinggi' dihadiri oleh lebih 4,000 warga penjaja dan peniaga seluruh negara hingga dewan konvensyen tidak dapat menampung peserta dan terpaksa membuka lima lagi dewan kecil yang menayangkan upacara perasmian.

Dato' Seri Ismail Sabri dalam ucapannya menambah, selain proses pinjaman menerusi skim mikro tersebut yang akan dipermudahkan dengan jumlah antara RM10,000 hingga RM50,000, tempoh bayaran balik pula turut dipanjangkan sehingga sembilan tahun.

Pinjaman tersebut akan bermula tahun depan sebaik saja surat rasmi daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan kelulusan Bank Rakyat diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) penghujung tahun ini.

Secara prinsipnya pihak UKAS telah bersetuju untuk menanggung bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh Bank Rakyat iaitu sebanyak 2.5 peratus agar peniaga mendapat pinjaman tanpa faedah. Sebanyak RM4 juta dan sejumlah dana lagi telah diperuntukkan oleh KPDNKK untuk pelaksanaan program dan aktiviti persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil di peringkat negeri-negeri dan membaik pulih premis perniagaan yang kelihatan daif.

Konvensyen yang julung kali dianjurkan sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan itu bertujuan mengumpul resolusi untuk merangka pembangunan Pelan Strategik Pembangunan Jangka Pendek, Jangka Sederhana dan Jangka Panjang Penjaja dan Peniaga Kecil.

Pada masa ini terdapat kira-kira 1.5 juta peniaga kecil di seluruh negara dan masih ramai lagi yang belum berdaftar dengan persatuan. Diharapkan peniaga-peniaga kecil yang belum jadi ahli segera berdaftar untuk merebut peluang pinjaman yang disediakan oleh kerajaan yang cukup perihatin kepada golongan kita yang berniaga ini.

KONVENSYEN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NASIONAL

Jumaat, 16 November 2012 · 0 ulasan
                                                   YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan satu konvensyen khusus untuk penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil Melayu pada 18 November 2012.

Konvensyen penjaja dan peniaga kecil nasional yang bertemakan 'Transformasi Penjaja & Peniaga Kecil Pemacu Negara Berpendapatan Tinggi' itu akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula pukul 10.00 pagi.

Seramai lebih 500 orang ahli Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS) akan menaiki 14 buah bas yang disediakan khas oleh persatuan akan bertolak seawal 8.00 pagi dan  diketuai Yang Dipertuanya, Dato' Zainol Ishak.

Konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

USAHAWAN MAYA JANA EKONOMI ATAS TALIAN

Ahad, 4 November 2012 · 0 ulasan
                    Shamsuzari Dumairi membuat pembayaran bil pelbagai secara online dari rumahnya.

SHAMSUZARI Dumairi merupakan usahawan muda Kampung Bertam Baru dan dengan daya usahanya sendiri dapat meringankan beban penduduk di kampungnya dengan menawarkan perkhidmatan pembayaran bil pelbagai secara online dari rumah sahaja tanpa perlu ke pekan Gua Musang, Kelantan yang jaraknya 45 kilometer semata-mata untuk membayar bil.
Penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Bertam telah memberikan sumber inspirasi dan rezeki kepada usahawan muda contoh Kampung Bertam Baru, Shamsuzari Dumairi, 34 tahun. Melalui program " ICT Sebagai Platform Menjana Pendapatan Sampingan " anjuran PI1M kampung itu, beliau diberi pendedahan berkenaan pengenalan asas keusahawanan dan laman e-Dagang.
Beliau juga dibimbing untuk meneroka peluang kerjaya dan menjana pendapatan menerusi maya. Dengan penerangan dan bimbingan daripada petugas PI1M Bertam, beliau mengambil inisiatif dan bertekad untuk menjana pendapatan sampingan.
Shamsuzari menawarkan perkhidmatan pembayaran bil seperti Astro, elektrik, air dan telefon secara online dari rumahnya.
 Idea ini timbul disebabkan keluhan penduduk sekitar yang perlu ke Gua Musang yang jaraknya 45 kilometer hanya semata-mata untuk membayar bil
Maka dengan pengetahuan IT yang ada, beliau mengambil peluang tersebut untuk membantu penduduk tempatan, di samping sebagai sumber pendapatan sampingannya.
Beliau juga mengusahakan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan. Usaha yang dilakukan dapat menambah pendapatannya dan secara tidak langsung pula menyuntik semangat golongan belia untuk turut sama menjana pendapatan secara maya.

MESYUARAT KHAS AJK NEGERI

Jumaat, 2 November 2012 · 0 ulasan
MESYUARAT KHAS AJK PPPKMNS telah berlangsung di Star-Fresh Agro Park pada 31/10/2012. Antara agenda yang dibincangkan ialah :-

  1. Perlantikan  Ahli Majlis Penjaja Peringkat Negeri
  2. Program bersama SSM (KPDNKK)
  3. Program Penjaja 1 Malaysia
  4. Skim Perlindungan Insurans
  5. Maklumat Terkini Keahlian Daerah
  6. Mesyuarat Agung Cawangan dan Negeri
Semua YDP-YDP Cawangan menghadirkan diri pada mesyuarat khas ini. Terdapat sedikit kekeliruan berhubung perlantikan Ahli Majlis Penjaja Peringkat Negeri. Oleh kerana PPPKMNS mempunyai 9 cawangan, ia telah melebihi daripada  kuota yang diperlukan untuk Ahli Majlis Penjaja kerana hanya 7 kerusi yang disediakan. Ada kalangan YDP cawangan yang berasa tidak puas hati. Bagaimanapun pengerusi mesyuarat merangkap YDP PPPKMNS Negeri, Ybhg. Dato' Hj. Zainol Ishak menjelaskan meskipun kuota telah cukup, PPPKMNS masih boleh mencalonkan 2 nama (YDP) yang tertinggal. Bagaimanapun keputusan muktamad sama ada YDP yang dicalonkan terpilih atau tidak, ia terpulang kepada Majlis Penjaja peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YB Dato' Hj. Yunus Rahmat.

Mesyuarat juga membincangkan pelan pelaksanaan program bersama SSM. Hasil perbincangan ramai, mesyuarat telah memutuskan tarikh-tarikh berikut dipilih sebagai tarikh program tersebut :

  • 03 November - Jempol
  • 11 November - Port Dickson
  • 20 November - Tampin
  • 27 November - Rembau
  • 03 December - Peringkat Negeri 
  • 10 December - Nilai
  • 17 December - Klawang
Aturcara program bersama SSM ini antara lain ialah pendaftaran peniaga-peniaga dengan PPPKMNS, kemudahan pembaharuan lesen perniagaan di lokasi majlis kerana SSM akan membuka kaunter khas di setiap lokasi program, sesi penerangan berkenaan tawaran pembaharuan lesen RM50 untuk tempoh 5 tahun,   dan beberapa sesi ramah mesra antara penjaja dengan SSM.

Para peniaga dan penjaja dijemput beramai-ramai datang memeriahkan program di lokasi-lokasi yang dicadangkan. 

Pada mesyuarat itu juga diputuskan PPPKMNS akan menghantar lebih kurang 12 buah bas ke PICC di Putrajaya untuk menyertai Program Penjaja 1 Malaysia. Program peringkat Kebangsaan itu dijangka dihadiri puluhan ribu warga penjaja sebagaimana Majlis Ramah Mesra Penjaja dan Peniaga bersama Perdana Menteri yang diadakan pada 27 Mei lalu, yang berjaya menghimpun lebih kurang 50 ribu warga penjaja dan peniaga kecil Malaysia. Mesyuarat memutuskan agihan bas peserta ke PICC adalah seperti berikut :

  • Tampin - 2 buah bas
  • Jelebu - 1 buah bas
  • Kuala Pilah - 1 buah bas
  • Serting dan Lui - 2 buah bas
  • Port Dickson - 1 buah bas
  • Rembau - 1 buah bas
  • Seremban - 3 buah bas
  • Nilai - 1 buah bas

Adalah dijangkakan pada program itu nanti akan diumumkan beberapa inisiatif kepada warga penjaja antaranya berkenaan skim perlindungan insurans khas untuk warga penjaja dan peniaga. Meskipun telah mendapat gambaran awal berkenaan skim perlindungan insurans untuk warga penjaja dan peniaga serta jumlah perlindungan yang ditawarkan, Ybhg Dato' Hj. Zainol Ishak tidak mahu mengulas lanjut sehingga ia diumumkan oleh Menteri berkenaan.

Setiausaha PPPKMNS En. Ramli Malek pada mesyuarat tersebut sekali lagi mengingatkan kepada cawangan-cawangan agar segera mengemas kini senarai keahlian masing-masing sebelum melangsungkan mesyuarat agung cawangan. Tindakan itu juga perlu agar para peniaga tidak terlepas peluang menikmati skim perlindungan insurans yang ditawarkan KPDNKK. Mesyuarat agung cawangan pada kali ini adalah mesyuarat agung biasa yang tidak ada pemilihan. Laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan perlu dihantar segera kepada setiausaha Negeri sebaik mesyuarat agung selesai diadakan.

Dalam lain-lain hal, ada YDP Cawangan yang melenting kerana PPPKMNS pusat tidak memaklumkan tentang mesyuarat khas secara bersurat. Setiausaha memohon maaf dan akan menambah baik cara atau sistem informasi persatuan dilaksanakan di masa akan datang. Bagaimanapun adalah diingatkan, jawatan YDP sebenarnya menuntut komitment yang tinggi dan memerlukan YDP mengorbankan masa dan tenaga. Mengharapkan pusat semata-mata adalah sesuatu yang merugikan YDP sendiri kerana kekuatan pusat sekarang cuma bergantung kepada seorang kerani!

YDP Negeri. Dato' Hj. Zainol Ishak menyelar sikap dan tindakan segelintir YDP cawangan yang hanya pandai mencari salah tetapi tidak menilai komitmen mereka sendiri dalam berpersatuan. Adalah sesuatu yang tidak wajar tambahan perjuangan sesebuah NGO yang amat bergantung kepada semangat kerjasama, pengorbanan masa dan tenaga semua pihak terutama pihak atasan termasuk YDP cawangan membuat kritikan yang akhirnya mencerminkan kelemahan diri mereka sendiri. Sepatutnya mereka bersama-sama bergabung idea dan tenaga untuk menambah baik persatuan bahkan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh persatuan induk. 

Dato' Hj. Zainol Ishak memaklumkan cawangan-cawangan perlu menyokong Negeri untuk Negeri menjadi lebih kuat dan tidak hanya mencari kesilapan dan menyalahkan YDP Negeri. Penolong setiausaha Negeri En. Tajol Ariffin memaklumkan sebenarnya segala informasi terkini berkenaan PPPKMNS boleh dicapai melalui laman blog persatuan yang sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Dalam era modenisasi dan lambakan teknologi, seharusnya sebagai peniaga, perkembangan IT ini harus diikuti agar peniaga tidak ketinggalan sementelah dunia perniagaan yang semakin global sifatnya. 




Isnin, 29 Oktober 2012 · 0 ulasan
                         Peserta seminar tekun mendengar ceramah melalui tayangan skrin besar.

SERAMAI 40 orang ahli Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS) menghadiri Seminar Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2012 pada 8 Oktober lalu anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Walaupun ketibaan rombongan dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas dari Negeri Sembilan agak lewat tiba, namun mereka sempat bersama lebih 400 orang peserta dari Kuala Lumpur dan Selangor di dewan seminar mendengar ceramah dan diskusi ahli penal yang yang terdiri empat orang dari pelbagai jabatan perdagangan lebih memfokuskan tentang etika kerja dan integriti dalam bidang perniagaan.

Hujah ahli penal yang boleh dikutip ialah mengenai ekonomi yang berkembang maju terdiri daripada perniagaan berjaya yang dijalankan dengan cara dan rangka kerja yang betul. Etika perniagaan yang baik dengan memastikan urusan perniagaan yang berintegriti ialah antaranya:

  1. Bertanggungjawab atas semua aktiviti perniagaan.
  2. Tepati janji dan penuhi komitmen.
  3. Patuhi undang-undang sedia ada dan piawaian profesional
  4. Kekal mengamalkan prinsip ketelusan, kesaksamaan dan kejujuran.

Moderator membenarkan peserta mengemukakan soalan-soalan walaupun ahli penal sedang berhujah atau memberi penerangan. Ada dua peserta yang mengemukakan soalan kepada ahli penal berhubung dengan lambakan barang tiruan yang dijual dalam pasaran sekarang.

Salah seorang ahli penal menjelaskan beliau tidak boleh menjawab bagi pihak agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan terutamanya pihak kastam yang lebih arif dalam hal barang tiruan.
Seminar kemudian diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

KARNIVAL PORT DICKSON 2012 : (15hb Nov - 31hb Dis, 2012)

Ahad, 21 Oktober 2012 · 1 ulasan
PPPKMNS (Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan) akan menganjurkan Karnival PD 2012 selama 45 hari bermula pada 15hb Nov depan. Penganjuran ini adalah hasil usahasama Tourism Pelancongan dan Bina Usahawan.

Sehubungan dengan itu kepada penjaja dan peniaga yang berminat boleh menghubungi PPPKMNS di talian 06- 763 1095 (atau Cik Maizlin - 017 3930 271). Butiran karnival adalah seperti di bawah :-

  1. Keluasan Lot Jualan : 10' X 10'
  2. Tempoh Perniagaan : 45 hari
  3. Utiliti : Kanopi/lampu/kipas/meja/kerusi (disediakan penganjur)
  4. Kadar Bayaran : 

  • Makanan/Minuman - RM3000.00
  • Barangan Kering - RM2,500.00

Syarat :

  1. Gambar ukuran pasport - 3 keping
  2. Salinan Kad Pengenalan - 1 keping
  3. Kad/surat Suntikan Typoid (WAJIB bagi penjaja makanan) - 1 keping



KOPERASI PERLU WUJUD SISTEM PENGURUSAN TELUS

Sabtu, 6 Oktober 2012 · 0 ulasan
                                                                                                         
Kata orang, usia boleh mematangkan kita. Betul juga pepatah ini. Ini dapat dilihat pada gelombang penerimaan masyarakat terhadap koperasi sejak ia bertapak di negara ini pada tahun 1922.
Kalau dulu, koperasi hanya sebagai tempat membantu golongan tertindas dengan skim padi kunca dan ceti, tetapi hari ini hala tuju gerakan koperasi lebih cenderung kepada bidang perniagaan yang lebih kompetitif.
Saya masih ingat lagi ketika mula-mula bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini Suruhanjaya Koperasi Malaysia) pada tahun 1978.
Pada waktu itu, hanya terdapat 1,240 buah koperasi dengan sejuta anggota berdaftar. Angka tersebut jauh berubah apabila hari ini sebanyak 9,000 koperasi telah didaftarkan dengan keanggotaan melebihi tujuh juta orang.
Alangkah beruntungnya kalau semua koperasi yang ada sekarang mampu berjaya dalam aktiviti mereka dan memberi kemudahan yang baik kepada anggota-anggotanya.
Tetapi hakikatnya, terdapat 90 peratus koperasi yang aktif dan lebih 50 peratus daripadanya menjalankan perniagaan secara mikro iaitu jualannya kurang daripada RM200,000 setahun.
Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku? Mungkin juga dengan bilangan koperasi yang banyak tanpa pengurusan yang baik belum mampu melahirkan koperasi yang berkualiti.
 Semasa saya tinggal di Yamaguchi, Jepun sikit masa dulu, saya berpeluang melihat sendiri secara dekat gerakan koperasi di sana.
Mereka mampu menjana pendapatan tiggi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya. Rahsia kejayaan mereka kerana masyarakat Jepun mempunyai ciri-ciri disiplin kerja yang berkait rapat dengan tujuh prinsip asas koperasi.
Sebenarnya, kalau hendak berjaya, pengurusan koperasi perlu melihat kembali kepada prinsip asas tersebut untuk dijadikan panduan.
Tadbir urus yang baik dapat dihasilkan dengan mewujudkan satu sistem pengurusan yang telus, bertanggungjawab, adil, demokratik, penglibatan semua pihak dan responsif kepada kehendak anggota.
Dalam koperasi, ia merupakan tanggungjawab kepada semua pihak melalui amalan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti.
Sikap anggota yang berpeluk tubuh dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti koperasi atau mesyuarat agung boleh menyukarkan pembentukan tadbir urus koperasi yang baik.
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) juga perlu bertanggungjawab untuk mengelola sesuatu koperasi apabila mereka dilantik dalam mesyuarat agung tahunan koperasi.
Peranan kakitangan dan pekerja koperasi juga tidak kurang pentingnya. Mereka juga boleh menentukan kejayaan sesebuah koperasi jika mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Akhir sekali, bagi memastikan pengurusan koperasi yang telus dan cekap, peranan Audit Dalaman perlu diperkukuhkan. Mereka perlu melakukan semakan pengurusan secara berkala supaya sebarang kesilapan dapat dibetulkan segera.
Sekiranya, semua pihak memberi komitmen yang mantap dalam pengurusan koperasi di negara ini, saya yakin, kita boleh mengubah landskap gerakan koperasi supaya benar-benar mampu menjadi penggerak kepada ekonomi negara.

Coretan Minda - Datuk Md. Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM.

SAMBUTAN HARI MERDEKA

Rabu, 29 Ogos 2012 · 0 ulasan

PPPKMNS akan bersama-sama beberapa NGO untuk menyertai sambutan merdeka pada 31hb Ogos ini di Padang MPS, Seremban. Sehubungan dengan itu ahli-ahli PPPKMNS di setiap cawangan dapat meluangkan masa untuk bersama memeriahkan sambutan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan YDP cawangan masing-masing atau terus menghubungi SU Negeri.

SKM AKAN BANTU KOPERASI TUBUH KEDAI

· 0 ulasan

KOTA BAHARU - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi bantuan sehingga RM50,000 untuk kerja pengubahsuaian dan pinjaman tanpa cagaran juga sehingga RM50,000 sebagai modal pusingan kepada koperasi di Kelantan yang berminat menubuhkan kedai runcit.

Pengarah SKM cawangan Kelantan Wan Mohamad Sabri Wan Harun berkata bantuan berkenaan melibatkan pengubahsuaian premis perniagaan seperti papan tanda, rak barangan, komputer dan alat penyaman udara manakala pinjaman itu dikenakan faedah dua peratus.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mensasar untuk mewujudkan 14 kedai runcit koperasi di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di negeri ini tahun ini.

Setakat ini, katanya, terdapat tujuh kedai runcit milik koperasi terlibat dengan program Tukar di Kelantan.

Koperasi tersebut ialah Koperasi Kakitangan Penjara Bhd, Koperasi Institut Pendidikan Guru Bhd, Koperasi Felda Kemahang (II), Koperasi Gerak Niaga Gua Musang, Koperasi Kampung Pasir Parit Chetok Bhd, Koperasi Pemandu Kereta Sewa Pasir Mas Bhd dan Koperasi Pengguna Kelantan Bhd.

Beliau berkata terdapat tujuh lagi koperasi yang kini dalam proses mengubah suai kedai mereka untuk dinaikkan taraf dalam program Tukar.

Beliau berkata program Tukar yang diperkenalkan kementerian sejak tahun lalu itu tidak melibatkan 145 kedai koperasi sekolah di seluruh negeri.

"Setakat ini, program Tukar hanya melibatkan koperasi dewasa kerana koperasi sekolah hanya melibatkan perniagaan peralatan persekolahan dan kedai runcit secara kecil-kecilan," katanya.- Bernama

CADANGAN KEDAI KR1M DI NEGERI SEMBILAN

Rabu, 22 Ogos 2012 · 0 ulasan
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengenalpasti empat lagi tapak baru untuk dijadikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Talal Abu Bakar, berkata empat tapak baru KRIM itu ialah di Tampin, Jelebu, Rembau dan Jempol. "Keputusan membuka KR1M ini bagaimanapun bergantung kepada kesesuaian lokasinya kerana tidak semua kawasan sesuai dan ia bergantung kepada banyak faktor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini empat KRIM sudah beroperasi di Negeri Sembilan sejak tahun lalu iaitu tiga di Port Dickson (Bandar Sunggala, Pekan Lukut dan Bandar Springhill) dan satu di Kuala Pilah (kawasan perusahaan Dioh).

Ditanya berapa banyak lagi KR1M akan dibuka di negeri ini, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan pihak pengurusan KR1M iaitu Mydin.

"Kami akan terus mencari lokasi sesuai untuk KR1M di negeri ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah," katanya.
KR1M, projek usahasama kerajaan dan Mydin, adalaj sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

* Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad diharapkan dapat mengambil peluang ini kerana senario semasa menunjukan kedai KR1M adalah kedai pilihan yang popular. 

Kredit kepada Utusan Malaysia

AJK 2012-2015 PPPKMPD

Sabtu, 11 Ogos 2012 · 0 ulasan
* Surat SU PPPKMPD kepada PPPKMNS

Ruj kami : BIL (3)SU/PPKMNS/PD                                                                                          
Tarikh : 17-07-2012


Kepada   :

DATO’ HJ ZAINOL BIN ISHAK
YANG DIPERTUA
PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU
NEGERI SEMBILAN

Dato,

PER : SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA MELAYU KECIL CAWANGAN PORT DICKSON

Adalah dengan segala hormatnya di maklumkan seperti perkara diatas, berikut ialah senarai nama Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2012 – 2015

AHLI JAWATANKUASA SESI 2012 – 2015


  1. Yang Dipertua             - En. Mohd Arshad Bin Jelani
  2. Naib Di Pertua             - Pn. Joriah Binti Mokhtar
  3. Setiausaha                   - En. Shamsul Bahari Bin Mohd Noor
  4. Bendahari                     - En. Mohd Said Bin Nasir
  5. Jawatankuasa              - En. Zainal Bin Ali
  6. Jawatankuasa              - En. Zailani Bin Buang
  7. Jawatankuasa              - En. Hassan Bin P. Mohammad
  8. Jawatankuasa              - En. Mohd Nasir Bin Abdullah
  9. Jawatankuasa              - Pn. Hjh Sabariah Binti Hj Ibrahim
  10. Jawatankuasa              - Pn. Norlaila Binti Mohd Noor
  11. Jawatankuasa              - En. Zulkifli Bin Mohamad
  12. Jawatankuasa              - En. Abu Hassan Asaari Bin Hanafiah
  13. Pemeriksa Kira-Kira   - En. Rahiman Binti Ibrahim
  14. Pemeriksa Kira-Kira   - En. Yunus Bin Pangat


Sekiranya terdapat apa-apa masalah atau urusan mengenai persatuan, bolehlah menghubungi atau berjumpa dengan ahli jawatankuasa tersebut.

Kerjasama dari pihak Dato amatlah dihargai, di dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Terima Kasih

1Malaysia

“Rakyat Di Dahulukan-Pencapaian Di Utamakan”


Saya yang menjalankan tugas



……………………………………..............
(    EN. SHAMSUL BAHARI BIN MOHD NOOR    )
Setiausaha
Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu (Cawangan Port Dickson)
Negeri Sembilan


SK : -  1.  Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan
  2.  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan
  3.  YDP Majlis Perbandaran Port Dickson
  4.  Pegawai Mara Daerah Port Dickson

KEMELUT PPPKMNS-CAWANGAN PORT DICKSON

Sabtu, 4 Ogos 2012 · 0 ulasan
KEMELUT PPPKMNS-Cawangan Port Dickson sampai ke kemuncaknya apabila barisan AJK lama bertindak menyerahkan pengurusan tapak pasar malam Batu 4, Port Dickson kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Malah difahamkan jika AJK baru PPPKMNS-Caw. Port Dickson terus melakukan kutipan bayaran sewa tapak pasar malam daripada penjaja dan peniaga, laporan polis akan dibuat.

YDP PPPKMNS-Caw. Port Dickson, En, Mohd Arshad Jelani berkata “Dengan perlantikan AJK baru, secara serta merta kuasa yang ada pada AJK lama terbatal. Begitu juga tindakan dan keputusan mereka untuk menyerahkan pengurusan tapak pasar malam Batu 4 kepada MPPD adalah tidak sah”.

Menurut beliau lagi, penyerahan tersebut hanya diketahui oleh barisan AJK baru persatuan ketika mengadakan kunjung hormat bertemu YDP MPPD En. Abd Wahab Shamsuddin pada 31 Julai lalu. YDP MPPD menjelaskan perkara itu  telahpun dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa MPPD sebaik menerima surat kuasa daripada AJK lama PPPKMNS-Caw. Port Dickson bertarikh 24 Julai.

Yang menjadi kemusykilan AJK baru ialah kenapa MPPD menerima surat kuasa berkenaan sedangkan ia disampaikan oleh AJK lama yang telah dibubarkan dalam mesyuarat agung tahunan cawangan pada 15 Julai. Perkara ini pun telah disahkan oleh YDP Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS), Dato’ Zainol Ishak.

Menurut satu sumber yang tidak mahu namanya disebutkan, “Berlaku kekeliruan di pihak MPPD apabila majlis itu beranggapan status pertubuhan PPPKMNS-Caw. Port Dickson telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pejabat Pertubuhan Negeri Sembilan. Apa sebenarnya yang berlaku ialah PPPKMPD menerima notis tunjuk sebab lantaran kegagalan pengurusan AJK lama mengadakan mesyuarat agung tahunan. PPPKMPD antaranya telah dengan sengaja melanggar fasal 16 (16/1), 16 (16/2) dan 16 (16/3) Perlembagaan Pertubuhan iaitu mengadakan mesyuarat agung tanpa mengedarkan minit mesyuarat, penyata kewangan dan laporan persatuan terlebih dahulu kepada ahli. PPPKMPD juga telah melanggar Fasal 18 (18/5) iaitu tidak menyediakan penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira sebagai bendahari persatuan”. Ia bukan surat pembubaran PPPKMPD. Hanya sebagai amaran. Dan perkara ini telah pun ditangani malah telah dimaklumi oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Sembilan.  

AJK baru PPPKMPD mendakwa berlaku ketirisan integriti dalam pentadbiran AJK lama yang memaksa ahli-ahli membuat perubahan drastik dalam kepimpinan PPPKMPD pada mesyuarat agung yang terkini yang diadakan pada 15 Julai lalu. 

Apa yang dikesalkan, MPPD tanpa melakukan perbincangan lanjut telah mengeluarkan arahan secara tergesa-gesa iaitu akan mengambil tindakan terhadap AJK PPPKMPD yang baru jika mereka terus berdegil membuat pungutan sewa tapak pasar malam Batu 4. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 4 Ogos, YDP MPPD memaklumkan “ Mulai esok penguatkuasa MPPD yang akan menjalankan kutipan ke atas peniaga”.

Wakil AJK daripada PPPKMPD telah datang bertemu YDP PPPKM Negeri Sembilan bagi membincangkan masalah yang menimpa PPPKMPD. Dato’ Zainol Ishak berjanji perkara ini akan diperhalusi di peringkat Negeri sebelum apa-apa keputusan dibuat. Malah pada petang berlangsungnya pasar malam Batu 4 itu, beliau telah bergegas turun ke tapak pasar malam berkenaan untuk mendapatkan gambaran lanjut.   

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL KUMNSB

Ahad, 22 Julai 2012 · 0 ulasan

Encik Yusof Bidin (YB) sedang mengendalikan semakan UUK.

KOPERASI Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) telah berjaya memperoleh satu set pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) pada 10 April 2012 lalu selepas menghadiri bengkel untuk 12 koperasi yang ada di seluruh Negeri Sembilan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  Bengkel pindaan undang-undang kecil dan pendaftaran koperasi tersebut diadakan di Ilham Resort Port Dickson.

Undang-undang Kecil adalah dokumen berdaftar dibuat oleh sesuatu koperasi sebagai perjanjian antara anggota dengan koperasi untuk menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993. Pihak SKM ada menyediakan Undang-undang Kecil seragam untuk diguna pakai dan disesuaikan untuk kegunaan koperasi.

KUMNSB telah menghantar dua Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Hj Zubir Hj Dahari dan Yusof Wahab bagi memperkemas dan membuat pindaan mengikut tatacara SKM yang dikendalikan oleh pakar rujuk Encik Yusof Bidin dari Kuala Lumpur yang lebih popular dengan panggilan 'YB'.

Sebanyak lima orang pegawai SKM Negeri Sembilan bertindak sebagai pemudah cara (fasilitator) bagi menunjuk ajar peserta-peserta kursus membuat kerja masing-masing.
Di dalam contoh Undang-undang Kecil Koperasi yang dibekalkan, beberapa perkara perlu ditentukan oleh anggota pengasas dengan mengisi ruang-ruang yang disediakan. Antaranya adalah:-

NAMA KOPERASI

Perkataan "Koperasi" dan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan pertama dan terakhir masing-masing dalam nama koperasi yang didaftarkan. Sebagai contoh, Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad.

ALAMAT KOPERASI

Alamat Koperasi ialah alamat berdaftar urusan koperasi untuk apa-apa tujuan rasmi bagi sesuatu koperasi dan apa-apa urusan antara anggota dengan pihak SKM.

KAWASAN OPERASI

Kawasan operasi sesuatu koperasi merupakan kawasan di mana anggota-angota koperasi itu bermastautin atau bekerja atau memilki tanah serta tempat di mana kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut dijalankan.

AKTIVITI-AKTIVITI

Semua aktiviti-aktiviti koperasi hendaklah menjurus kepada pencapaian matlamat pertubuhan koperasi. Untuk menubuh koperasi, bakal Anggota Lembaga perlu membentuk satu jawatankuasa penaja bagi menggubal Undang-undang Kecil Koperasi.

Apabila Undang-undang Kecil telah didaftarkan, lima salinan akan ditandatangai tiga ALK dan kemudiannya akan dimeterai oleh Pendaftar. Satu salinan akan dikembalikan kepada koperasi untuk membuat salinan yang mencukupi bagi diedarkan pula kepada anggota-anggota.

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2012

· 0 ulasan

SYUKUR ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, sambutan Hari Koperasi Negara buat kali ke-11 dapat diadakan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berjaya menganjurkan acara tahunan ini.

Gerakan koperasi yang bermula pada tahun 1922, telah berkembang dengan pesat dan pada masa ini bilangan koperasi berdaftar telah meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan bahawa rakyat telah menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, gerakan koperasi merupakan satu instrumen yang berkesan dalam menyatupadukan rakyat memandangkan prinsip koperasi tidak membezakan antara kaum, bangsa dan agama. Perpaduan juga dapat kita perkukuhkan melalui penglibatan semua komuniti dalam setiap program yang dilaksanakan di samping membolehkan mereka menikmati kekayaan negara sepenuhnya. Kerajaan yakin dengan mekanisme koperasi yang berlandaskan prinsip dan falsafah tersendiri yang dibudayakan dalam masyarakat akan dapat membantu kerajaan membina gagasan 1Malaysia.

Kerajaan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan bagi membuka peluang kepada rakyat terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hubungi ini, gerakan koperasi mampu memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan dalam Model Baru Ekonomi.

Saya berharap sambutan Hari Koperasi Negara 2012 akan menjadi lebih bermakna dengan keutuhan semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui gerakan koperasi. Kerajaan akan terus menyokong gerakan koperasi supaya terus maju dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada pembangunan negara.

1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PANDUAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI

Jumaat, 20 Julai 2012 · 0 ulasan
PENGENALAN

Makluman ini bertujuan untuk:

+ Memberi panduan kepada anggota koperasi, mengenai hak, peranan dan tanggungjawab menghadiri mesyuarat agung.

+ Memastikan mesyuarat agung berjalan dengan sempurna selaras dengan kehendak perundangan koperasi.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG

Kelayakan menghadiri mesyuarat agung

+ Menjelaskan Fi masuk
+ Menjelaskan Syer minimum
+ Telah didaftarkan sebagai anggota koperasi.

Kepentingan mesyuarat agung

+ Mesyuarat agung merupakan kuasa tertinggi dalam struktur pengurusan dan pentadbiran koperasi.
+ Mesyuarat agung berfungsi untuk membuat perancangan, penyampaian maklumat, penilaian dan pengawalan dalam menentukan arah tuju koperasi.

JENIS-JENIS MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat agung tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan anggota atau perwakilan diadakan sekali setahun tidak lewat enam bulan selepas berakhir tahun kewangan.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (1) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas permintaan sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (2) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas panggilan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anggota diberi notis mesyuarat agung yang mengandungi:-

* Tarikh
* Masa
* Tempat
* Agenda mesyuarat

Dokumen yang mengandungi:-

* Minit mesyuarat agung tahunan
* Pandangan SKM
* Akaun teraudit
* Laporan Lembaga dan JAD
* Belanjawan

PERSEDIAAN SEMASA MESYUARAT AGUNG

- Anggota hendaklah mendaftar diri
- Anggota hendaklah memahami etika mesyuarat agung
- Mesyuarat hendaklah dimulakan setelah kourum mencukupi
- Perjalanan mesyuarat mengikut agenda seperti dalam notis
- Peranan anggota dalam mesyuarat
- Tiada undi berkecuali
- Undi tidak boleh diwakilkan
- Majoriti mudah
- Menyuarakan pendapat atau cadangan mengikut agenda mesyuarat
- Melantik atau dilantik menjadi anggota lembaga
- Jawatankuasa menentu sah minit mesyuarat agung
- Melibatkan diri secara langsung dalam membuat keputusan mengikut agenda mesyuarat

PENUTUP

Anggota hendaklah berpengetahuan berkenaan perundangan koperasi dan mengambil bahagian di dalam perbincangan di mesyuarat agung yang merupakan kuasa tertinggi. Keputusan majoriti adalah muktamad.

90 TAHUN KOPERASI BERTAPAK DI MALAYSIA

· 0 ulasan

GERAKAN koperasi bermula dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian di England sekitar kurun ke 18. Di Malaysia pula, ia bermula pada 28 Jun 1922 apabila penjajah Inggeris meluluskan Akta Pertubuhan Koperasi.
Hakikatnya, gerakan koperasi bertitik tolak daripada satu hasrat iaitu membebaskan masyarakat daripada sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan.
Pada peringkat awal koperasi diperkenalkan, ia menjadi jalan keluar kepada penduduk luar bandar untuk menggalakkan semangat berjimat cermat dan tolong-menolong dalam kalangan anggota.
Dunia mengiktiraf Robert Owen sebagai 'Bapa Koperasi' yang mencetuskan revolusi kepada gerakan koperasi moden sekalipun usahanya mewujudkan sebuah perkampungan berasaskan prinsip persaudaraan dan tolong-menolong pada tahun 1799 menemui kegagalan.
Namun satu usaha 'kecil' digerakkan 28 penenun yang mengumpul satu Pound setiap seorang akhirnya membawa nafas baru dalam gerakan koperasi.
Melihat kepada peranan koperasi yang mampu menyelesaikan banyak masalah dalam masyarakat, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan penting yang menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara-negara di dunia melalui Rekomendasi ILO 193.
Ikatan Koperasi Antarabangsa(ICA) yang ditubuhkan pada tahun 1895 merupakan badan pertubuhan kerajaan terbesar dan mewakili gerakan koperasi di seluruh dunia. ICA dianggotai 249 anggota daripada 93 buah negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, sempena Hari Koperasi Negara 2012 yang disambut buat kali ke-10, telah menyaksikan tempoh 90 tahun gerakan koperasi bertapak di negara ini. Sudah tiba masanya, koperasi diangkat martabatnya dan menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita dalam menjalani rutin harian.

PEVOLUSI NAMA SKM
1922 - 1941 - Office of the Director of Cooperation
1945 - 1963 - Office of the Commisioner Cooperative Societies
1963 - 1975 - Jabatan Kemajuan Kerjasama
1975 - 2007 - Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
2008 - kini - Suruhanjaya Koperasi Malaysia

'TUKAR' BANTU PENIAGA KECIL

Ahad, 15 Julai 2012 · 0 ulasan
Tiga pengusaha kedai runcit yang tersenarai antara peserta Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) cemerlang di negara ini, tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Jika dulu, perniagaan mereka diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, kini semua berubah berikutan persetujuan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih mereka menyertai program itu. Lebih membanggakan, pasar raya terkemuka, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd memberi sokongan dan nasihat di samping penyediaan peralatan dan kemudahan perniagaan di premis mereka. Peniaga Pasar Mini Snofa, Sharimah Othman Noordin, 50, dari Taman Greenwood, Selangor, amat bertuah apabila tersenarai menjadi antara 60 pengusaha kedai runcit paling berjaya walaupun baru tiga bulan menyertainya.

Katanya, tanpa mengeluarkan modal perniagaan yang banyak, premis perniagaannya kini tidak ubah seperti pasar raya yang mempunyai pelbagai barangan keperluan pengguna dengan dibantu Tesco.

Saya teruja apabila menerima panggilan Tesco Julai lalu menyatakan saya terpilih menyertai TUKAR. Sejak itu, perniagaan bertambah maju kerana semua tunjuk ajar dan nasihat Tesco saya patuhi, katanya ketika ditemui pada majlis Konvensyen Wanita Antarabangsa Dalam Perniagaan Pertama (1WBC) di Pusat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka, semalam.

Bagi peniaga Pasar Mini Haziq di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor, Noraini Abdullah, 34, penyertaannya dalam program TUKAR amat berbaloi apabila mendapat juru runding terbaik yang disediakan Tesco.

Saya bersyukur, perniagaan bertambah maju dan pendapatan bulanan saya meningkat 60 peratus, katanya.
Bagi pengusaha kedai runcit yang kini dinaik taraf sebagai pasar mini, Jessica Wong, 42, jumlah keuntungannya meningkat daripada 15 kepada 45 peratus selepas menyertai TUKAR April lalu.
Saya mampu memperoleh pendapatan RM30,000 sejak Mei lalu dan yakin dengan bantuan Tesco, premis saya akan bertambah maju berbanding sekarang, katanya.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Undang-undang dan Kerajaan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Azlam Shah Alias, berkata pihaknya akan membantu 150 pekedai runcit yang bakal terpilih menyertai program TUKAR.

Katanya, ia sejajar dengan projek permulaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensyaratkan pasar raya besar yang menyertainya membantu memodenkan prasarana kedai runcit terpilih dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI 1MALAYSIA (SPEAK) DI NAIKAN

· 0 ulasan
Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK) bagi membolehkan aktiviti ekonomi koperasi dijana secara lebih cekap. Serentak itu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan had maksimum geran pembangunan bantuan asas daripada RM30,000 kepada RM50,000 untuk membantu koperasi berskala kecil meningkatkan daya saing masing-masing.

Peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif”. - Najib Razak, Perdana Menteri  “Saya melihat banyak koperasi kecil dan kurang berdaya maju di negara ini. Jadi kenaikan geran ini adalah untuk membantu koperasi meningkatkan daya saing mereka,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara di sini.

Najib berkata, peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif.  “Antara langkah yang dirasakan relevan ialah memisahkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada mengawal selia dan membangunkan koperasi secara serentak. “Tidak sesuai untuk sebuah badan memainkan peranan itu sekali gus. Ia perlu dipisahkan supaya peranannya boleh diluaskan lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memberi ingatan supaya koperasi memperkasakan pergerakan kerana mereka masih belum menunjukkan potensi maksimum masing-masing. “Walaupun sudah berjaya, tapi pada hemat saya, ia belum lagi sampai ke tahap potensi maksimum yang boleh dicapai melalui perkembangan gerakan yang boleh diperkasakan lagi,” katanya.

Kredit kepada Berita Minggu

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI KOPERASI NEGARA 2012

Khamis, 12 Julai 2012 · 0 ulasan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menganjurkan Sambutan Hari Koperasi Negara 2012 yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2012 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Anggota koperasi dijemput bersama-sama menghadiri majlis perasmian yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada masa dan ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Datanglah beramai-ramai. Jom, moh kito poei.

27 KOPERASI DAPAT TMP (TABUNG MODAL PUSINGAN)

· 0 ulasan
Sebanyak 27 koperasi di negeri ini diberi pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernilai RM5.18 juta sehingga akhir tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, pinjaman itu digunakan untuk modal pusingan kerja kontrak, membeli tanah dan bangunan serta memberi pinjaman semula kepada anggota koperasi.

Menurutnya, sehingga pertengahan Jun lalu, pinjaman TMP bernilai RM4 juta diberikan kepada tiga koperasi iaitu Koperasi Peserta Felda Gugusan Tembeling Tengah Bhd., Jerantut; Koperasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan Berhad.

''Kecemerlangan gerakan koperasi seperti ini patut menjadi model kepada koperasi yang lain daripada sudut urus tadbir yang baik, keupayaan dan kecekapan lembaga pengarah koperasi dalam merebut peluang ekonomi.

''Amalan pentadbiran cekap itu untuk memastikan koperasi dapat diuruskan dengan baik dan efektif bagi menjamin akauntabiliti korporat di sektor koperasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Koperasi Negara peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Balora Mastika, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM) Jaafar Muhayat.

Menurut Ishak, Gerakan koperasi mula diperkenalkan di negara ini pada 1922 dan kini berkembang dengan pesat dalam membantu mengukuhkan ekonomi rakyat.

Kredit kepada Utusan Malaysia

HARI KOPERASI NEGARA

· 0 ulasan
SUMBANGAN gerakan koperasi terhadap ekonomi dunia sering kali dipinggirkan. Meskipun peranan dan prestasi sektor koperasi kurang menonjol, namun sumbangannya amat besar di mana gerakan koperasi sedunia menyediakan 150 juta peluang pekerjaan - 20 peratus lebih tinggi daripada syarikat multinasional antarabangsa.

Koperasi pertanian misalnya, wujud di hampir setiap negara. Lebih 50 peratus koperasi pertanian berada di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Belanda. Koperasi pertanian gergasi wujud di Jepun dan Korea Selatan.

Koperasi kewangan pula mencatat aset tertinggi antara semua sektor. Sebanyak 33 peratus koperasi kewangan terdapat di Perancis dan United Kingdom (UK). Koperasi perbankan yang besar juga bertapak di Eropah dan Jepun.

Koperasi kredit pula banyak dalam senarai di Amerika Syarikat. Bagi koperasi konsumer, yang terkenal kepesatan dan kemajuannya boleh diteladani di UK, Itali, Eropah, Jepun dan Amerika Utara.

Kita mahu lebih banyak koperasi berdaya saing di negara ini dan berkembang pesat seperti di negara-negara Eropah.

Di Malaysia, gerakan koperasi yang bermula pada 1922 menyaksikan perkembangan yang pesat - walaupun sumbangannya kurang satu peratus berbanding negara-negara Eropah sebanyak 10 peratus.

Ketika ini jumlah koperasi berdaftar meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan rakyat menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Atas faktor inilah, tarikh 21 Julai setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Koperasi Negara (HKN). Kali pertama HKN disambut pada 2002.

"Peri penting dan besarnya sumbangan gerakan koperasi dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat sememangnya suatu hakikat yang tidak boleh disangkal.

"Hampir kesemua kerajaan di dunia mengiktiraf peranan dan sumbangan koperasi dalam pembangunan negara dan pengiktirafan ini diperkukuhkan lagi apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat resolusi untuk mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa.

"Koperasi membolehkan anggota-anggotanya bekerja bersama-sama demi manfaat bersama, berteraskan jati diri, nilai dan prinsip tersendiri," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kata-kata aluan buku cenderamata sempena HKN 2012 yang akan disambut mulai esok hingga Ahad ini.

Majlis perasmian sambutan HKN 2012 itu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Falsafah dan nilai murni yang didokong oleh gerakan koperasi diyakini mampu menyelesaikan banyak permasalahan ekonomi dan sosial masyarakat.

Sejajar dengan era transformasi kini, kerajaan sedang berusaha untuk mentranformasikan koperasi melalui Dasar Koperasi Negara 2011-2012. Ia melibatkan perubahan yang akan dilakukan ke atas lanskap gerakan koperasi yang selama ini dianggap satu gerakan di luar bandar yang kecil dan bertumpu kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan sahaja.

Selaras tema sambutan HKN tahun ini iaitu "Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat", kekuatan sedia ada dalam gerakan koperasi akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan program transformasi kerajaan untuk rakyat khususnya dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Koperasi telah dan akan terus diberi peranan penting dalam membantu rakyat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka serta dalam usaha memerangi kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan mendadak harga barangan di pasaran global.

Penglibatan koperasi dalam pengedaran barangan perlu, pengeluaran rangkaian produk harga jimat COOP 1M serta dalam pengeluaran makanan, amat dihargai dan akan terus diperkukuhkan.

Bertitik-tolak dari inilah maka buat pertama kalinya sambutan HKN tahun ini akan melibatkan perhimpunan yang akan dihadiri lebih 100,000 orang koperator dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sejumlah 2,750 buah bas belum termasuk kenderaan lain akan ke stadium berkenaan selama tiga hari ini.

Bagi merancakkan lagi sambutan HKN, pelbagai program seperti Mini Book Fair dan Job Fair turut diadakan di samping pelbagai program keceriaan yang lain. Kesemua program itu boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat secara percuma.

Di samping program sedemikian, HKN 2012 juga diisi dengan ekspo dan pameran daripada koperasi seluruh negara. Ia bertujuan untuk memperkenal, mempromosi, mempamer dan menjual produk serta perkhidmatan terkini dan terbaik yang ditawarkan kepada anggota koperasi dan masyarakat umum. Orang ramai juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai gerakan koperasi.

Ketika majlis perasmian juga, beberapa anugerah akan disampaikan oleh Perdana Menteri kepada koperasi yang menunjukkan prestasi cemerlang. Pada masa sama, Indeks 100 Koperasi Terbaik 2012 akan turut diumumkan bagi memberi pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang mendapat perolehan tertinggi.

Pada masa sama, hadirin akan dihiburkan dengan persembahan para artis tanah air, antaranya Jay Jay, Ramly Sarip, Black, Mawi, Ella, Hattan, Angah Raja Lawak, Neelofa, Erra Fazira dan Tomok.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengalu-alukan penyertaan daripada anggota koperasi serta orang ramai untuk sama-sama memeriahkan sambutan HKN kali ini.

Buat pertama kalinya juga, pameran dan ekspo HKN 2012 akan turut melibatkan penyertaan koperasi-koperasi dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Singapura, Timur Leste, Filipina dan Vietnam.

Kredit kepada Utusan Malaysia

BAKAL USAHAWAN PERLU BERANI CEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS

Ahad, 1 Julai 2012 · 0 ulasan


SEREMBAN 29 Jun - Bakal usahawan perlu berani menceburi perniagaan francais khususnya berskala kecil walaupun berhadapan kekangan modal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana masih wujud tanggapan kononnya perniagaan tersebut hanya dipelopori golongan peniaga dengan modal permulaan yang besar.

"Ingin saya tegaskan persepsi itu sama sekali tidak benar dan perlu dikikis kerana perniagaan francais di negara ini sudah berkembang dan kita mempunyai pelbagai sistem serta jenama termasuk francais mikro yang boleh diceburi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Malah, kerajaan juga membangunkan sistem francais tempatan selain mewujudkan saluran pinjaman dan pembiayaan khas kepada individu berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyertai bidang francais mikro yang berisiko rendah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Francais Komuniti 2012 Peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini. Jelas beliau, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pinjaman mikro untuk memulakan perniagaan francais yang tidak melebihi modal RM50,000.

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan dalam membantu rakyat yang ingin bergelar usahawan menceburi bidang perniagaan francais yang semakin berkembang di negara ini.
"Melalui SPKF ini mereka hanya mengeluarkan modal sebanyak 10 peratus daripada pakej francais yang ingin diceburi.

"Sebagai contoh, jika modal permulaannya adalah sebanyak RM15,000, maka pemohon hanya perlu mengeluarkan RM1,500 untuk menyertai francais pilihan mereka," ujarnya.
Ismail Sabri berkata, syarat dan kriteria untuk memohon amat mudah yang mana ia tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin daripada pemohon yang berminat untuk menceburi perniagaan francais mikro.

Beliau memberitahu, pertumbuhan perniagaan francais di negara ini semakin meningkat dengan sebanyak 68 peratus francais baru didaftarkan sehingga kini membabitkan pelbagai bidang perniagaan.

"Sehingga 25 Jun lalu, kita sudah mempunyai 615 sistem atau jenama francais yang berdaftar melibatkan 5,473 francaisi.

"Perkembangan ini dijangka mempengaruhi peningkatan sumbangan perniagaan francais terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan RM21.48 bilion pada kadar 2.5 peratus tahun lalu kepada RM22.5 bilion tahun ini," katanya.

Kredit - Utusan Malaysia

ANGKASA SEDIA RM300 RIBU UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI TUBUH KOPERASI

· 0 ulasan
BERITA BAIK untuk Orang Asli kerana ANGKASA kini mensasarkan agar golongan berkenaan membuka sekurang-kurangnya 30 buah lagi koperasi dengan peruntukan sebanyak RM300 ribu. Statistik terkini menunjukan ada sebanyak 37 buah koperasi dengan keahlian seramai 26,303 orang. Sasaran ANGKASA ini diharap dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Presiden ANGKASA Prof. Datuk Dr. Mohd Ali Baharum  berharap Masyarakat Orang Asli menubuhkan segera koperasi kerana mereka mempunyai banyak sumber hutan yang boleh dipasarkan seperti akar kayu untuk bahan perubatan serta hasil-hasil hutan termasuk kraf tangan.

Malah katanya ANGKASA bersedia membantu dan memberi latihan serta kursus penerangan untuk tujuan tersebut. Koperasi itu nanti diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup Masyarakat Orang Asli secara langsung.

CADANGAN MEWUJUDKAN KONSORTIUM KOPERASI

Isnin, 18 Jun 2012 · 0 ulasan
Kerajaan akan mewujudkan sebuah konsortium koperasi negara tahun ini bagi membolehkan koperasi yang beroperasi secara kecil-kecilan digabungkan dalam menjalankan urus niaga berskala besar bagi menembusi perniagaan di peringkat global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu akan dapat melahirkan pengurusan berkualiti, selain mengelakkan persaingan dalam perniagaan. Beliau menambah, kaedah berkenaan memudahkan kerajaan untuk memberi pinjaman modal, latihan, khidmat nasihat dan menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak.

''Daripada 9,000 koperasi dan syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kira kira 100 koperasi disenaraikan sebagai koperasi maju dan berdaya saing layak menubuhkan konsortium itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Peneroka Felda Sebertak Bera dekat sini hari ini.

Hadir sama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum dan Timbalannya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan bersedia memberikan pinjaman mudah tanpa cagaran dan penjamin kepada koperasi serta memberi peluang perniagaan besar jika koperasi terbabit mampu mengendalikan sesuatu projek.

Beliau memberi contoh bagaimana koperasi di Singapura menjadi pembekal dan memonopoli 70 peratus barangan keperluan termasuk makanan yang menyaksikan para ahlinya menyokong koperasi mereka.
''Koperasi di negara ini boleh berdaya maju dan mencontohi Singapura jika semua ahli koperasi dan 28 juta rakyat memberikan sokongan kepada koperasi terbabit," ujarnya.

Beliau menegaskan, tiada sebab koperasi tidak boleh berkembang jika dibandingkan dengan syarikat kerana pelbagai peluang perniagaan serta pinjaman disediakan untuk mereka.

Ketika merasmikan Kedai 1Malaysia Koperasi Kariah Masjid Fikri Daerah Bera semalam, beliau berkata, sekiranya 6,600 masjid di seluruh negara menubuhkan koperasi di kariah masing-masing, ia dilihat mampu menguasai bidang perniagaan tertentu.

"Setakat ini, sebanyak 300 masjid tersebut telah menubuhkan koperasi kariah masjid dengan menjalankan perniagaan pembekalan peralatan masjid termasuk kitab dan lain lain.
"Koperasi Kariah Masjid Fikri Bera merupakan koperasi pertama menjalankan perniagaan Kedai 1Malaysia di negara ini," katanya.


Kredit kepada Utusan Malaysia

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line