Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

50 KOPERASI DITUTUP SKM

Jumaat, 27 Januari 2012 · 0 ulasan
Lebih 50 koperasi di seluruh negara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibatalkan pendaftarannya tahun lalu berikutan pelbagai masalah termasuk penyelewengan dan gagal menjana pendapatan. Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin berkata, pihaknya terpaksa membatalkan pendaftaran koperasi terbabit selepas didapati tidak mempunyai potensi dan kurang aktif dalam perniagaan.

“Kami sudah memberi peluang, tetapi pihak berkenaan tidak menggunakan peluang itu sebagai batu loncatan untuk berjaya menyebabkan SKM terpaksa membatalkan pendaftaran mereka.

“Kebiasaannya ia membabitkan pelbagai masalah pengurusan tidak teratur termasuk akaun tidak diaudit melebihi tiga tahun, tidak melaksanakan sebarang program dan berlaku penyelewengan,” katanya ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Hala Tuju Sektor Koperasi Negeri di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Sektor Pembangunan SKM, Jaapar Mohayat dan Pengarah SKM Terengganu, Osman Ismail. Beliau berkata, pihaknya menyediakan pelbagai kursus bagi membantu koperasi bermasalah menangani isu dihadapi mereka.

“Jika masalah tetap berlaku, SKM terpaksa mengambil tindakan tegas iaitu membatalkan pendaftaran sebagai pengajaran kepada koperasi lain.

“Biasanya SKM memberi tempoh tiga tahun untuk sesebuah koperasi bermasalah memulihkan keadaan sebelum membatalkan pendaftaran kerana kami enggan menanggung risiko terhadap masalah koperasi yang tiada masa depan dan hala tuju jelas,” katanya.

Menurutnya, di sebalik pembatalan pendaftaran lebih 50 koperasi, jumlah pendaftaran baru bagi tahun lalu amat menggalakkan apabila ebih 1,000 koperasi di seluruh negara mendaftar.

“Peningkatan jumlah itu menyebabkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mensasarkan pusingan perniagaan dan perolehan menjelang akhir 2012 sebanyak RM24 bilion.

“Bagi mencapai sasaran itu, koperasi perlu menceburi pelbagai cabang perniagaan seperti kewangan, pemborongan, peruncitan, penjagaan diri, peladangan, pertanian dan industri asas tani,” katanya.

Beliau berkata, SKM menyediakan pinjaman dalam bentuk geran sebanyak RM13.4 juta dan pinjaman modal RM100 juta bagi membantu koperasi menjalankan perniagaan.

STATUS PINJAMAN UK-DINAMIK (PPPKMNS NEGERI SEMBILAN)

Khamis, 26 Januari 2012 · 0 ulasan

17 Jan, 2012. Adalah dimaklumkan kepada semua peminjam-peminjam UK-Dinamik bagi Negeri Sembilan, pihak MARA telah menghantar surat (Ruj: BBU(NS) 06/2-28) kepada pejabat PPPKMNS merujuk kepada status dan proses terkini program UK-Dinamik. Susulan dari itu, satu perbincangan antara AJK Negeri telah diadakan pada 26hb Jan bertempat di ibu pejabat PPPKMNS dengan dipengerusikan oleh Dato' Hj. Zainol Ishak. Turut sama ialah Setiausaha Negeri En Ramli Malek, YDP Cawangan Seremban Selatan En. Mohd Yusof Wahab bersama Timbalan dan Setiausahanya; Hj. Zubir Hj Dahari dan En.Tajol Ariffin Hasan.

Pihak MARA berpendapat program UK-Dinamik ini agak kurang mendapat sambutan berdasarkan jumlah permohonan yang diterima tidak mencerminkan kapasiti ahli-ahli PPPKMNS berjumlah 27 ribu orang. Setakat ini pihak MARA hanya menerima 35 permohonan sahaja. Apa yang difahamkan peruntukan sebanyak RM350,000.00 untuk PPPKMNS hanya digunakan kira-kira 38% sahaja iaitu sebanyak lebih kurang RM134,000.00. Menurut YDP Negeri Dato' Hj. Zainol Ishak, dana yang diperuntukan oleh kerajaan kepada program UK-Dinamik ini ialah sebanyak RM50 juta. Malah itu adalah peruntukan awal yang akan ditambah lagi berdasarkan rekod pembayaran peminjam.

Melalui perbincangan yang diadakan, Dato' Hj Zainol berharap YDP-YDP Cawangan memainkan peranan untuk mencari bakal-bakal peminjam yang berkelayakan bagi program kedua UK-Dinamik ini untuk membantu kerajaan mewujudkan lebih ramai peniaga-peniaga kecil Melayu yang berwibawa.
       
STATISTIK PEMPROSESAN UK-DINAMIK (NEGERI SEMBILAN)
DAERAHDITERIMADITOLAK DALAM PROSESS PROSES CEK LULUS (RM)
Seremban122010
100,000.00
Jempol10244
34,000.00
Kuala Pilah2-2--
Tampin2-2--
Port Dickson3-3--
Jelebu651--
Rembautiada----
JUMLAH3591214
134,000.00

DANA RM50 JUTA UNTUK USAHAWAN PESARA ATM

Khamis, 12 Januari 2012 · 0 ulasan
Kira-kira 125,000 bekas anggota tidak berpencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang mengikuti program peningkatan sosio ekonomi menerusi dana RM50 juta yang diperuntukkan kerajaan, bermula tahun ini.Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu menyasarkan seramai 1,000 usahawan dalam kalangan golongan itu dapat dilahirkan setiap tahun.

“Dana yang diberikan akan digunakan untuk memberi kursus dan pendedahan keusahawanan berdasarkan minat dan kemahiran peserta program.

“Menerusi pangkalan data yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan, kita dapati tidak ramai dalam kalangan bekas tentera tidak berpencen mahu menyertai bidang pekerjaan lain, sebaliknya lebih berminat menjadi usahawan,” katanya selepas menyertai Sesi Dialog Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ATM bersama pegawai dan anggota tentera di Kem Mahkota, Kluang di sini hari ini.

Abdul Latiff berkata, penyediaan dana itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu dan menghargai jasa golongan tersebut tetapi pada masa sama menyedari sasaran yang ditetapkan merupakan satu cabaran kepada kementeriannya.

“Kementerian bertanggungjawab memastikan dana ini dibelanjakan sebaiknya dan tentunya prestasi akan dinilai berdasarkan hasil iaitu sasaran usahawan yang dihasilkan berjaya dicapai.

“Bukan semua orang boleh menjadi usahawan. Oleh sebab itu, kita sedang memantapkan pangkalan data tentang kajian minat, kemahiran dan kesesuaian bidang usahawan bekas tentera tidak berpencen bagi memastikan kejayaan program itu,” katanya.

Menurutnya, satu makmal khas dianggotai pelbagai agensi pembangunan usahawan, pakar akademik dan institusi kewangan telah diwujudkan bagi merangka modul latihan bersesuaian untuk program itu.

Sementara itu, beliau berkata, kenaikan pencen sebanyak lapan peratus yang bakal dinikmati pesara tentera bermula bulan depan adalah penghargaan kerajaan kepada golongan tersebut dan menepati keperluan peredaran zaman yang menuntut kos sara hidup lebih tinggi.

Menerusi SBPA, pesara tentera yang memperoleh pencen minimum RM720, bakal menikmati pencen RM777.60.

KOPERASI vs AH LONG

Ahad, 8 Januari 2012 · 0 ulasan
MELALUI Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta
400) yang berkuat kuasa April 2011
memperuntukkan hukuman berat kepada pesalah yang menjalankan operasi tanpa lesen dengan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Manakala kesalahan mendatangkan ketakutan
dan ugutan boleh didenda tidak kurang RM50,000 hingga RM250,000 atau penjara
tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Walaupun banyak kes kekejaman ah long dilaporkan oleh mangsa, namun gejala "memeras
ugut" oleh pihak terbabit masih terus berleluasa.
Justeru, pihak polis sering dipersalahkan kerana dikatakan "gagal" bertindak dengan berkesan.
Namun hakikatnya, "kegagalan' pihak berkuasa sebenarnya berkait rapat dengan sikap mangsa (peminjam) sendiri yang tidak pernah serik membuat pinjaman dengan 'lintah darat' itu.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menghapuskan Akta Pemberi Pinjam Berlesen 1951 (Akta 400) supaya gejala ah long yang semakin buruk di negara ini dapat dibendung.
Kaunselor Unit Tindakan Khas PPIM, Azhar Hussain berpendapat, kes aduan berkaitan ah long meningkat dari sehari ke sehari menunjukkan gejala itu amat serius.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu sejak tahun lalu kerajaan telah membekukan pengeluaran lesen baru kerana penilaian yang dilakukan mendapati jumlah sedia ada sudah mencukupi.
Beliau berkata, kementeriannya telah mengesan 97 kesalahan dilakukan oleh pemberi pinjaman wang termasuk tidak mempunyai lesen sah.
Tambahnya lagi, kesalahan lain yang sering dilakukan adalah kadar faedah yang tinggi, mendatangkan ketakutan dan ugutan serta tidak mengikut perjanjian asal.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menyarankan supaya rakyat menjadikan amalan berkoperasi sebagai satu budaya kerana ia dilihat mampu menjadi alternatif terhadap bahaya ah long yang sering menindas peminjam. Perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana penubuhan koperasi pertama di negara ini sememangnya bertujuan mengatasi masalah pinjaman.
Melalui koperasi, katanya, risiko pembayaran balik adalah rendah kerana ia dibuat melalui potongan gaji. Sesiapa yang layak membuat pinjaman biarpun telah disenarai hitam oleh institusi kewangan asalkan peminjam masih layak membuat potongan gaji.
Beliau menambah, bagi pengusaha dan peniaga yang sememangnya tidak mempunyai potongan gaji, tabung simpanan anggota boleh digunakan untuk menjamin pinjaman tersebut.
Bagi kita 'tepuk dada, tanya iman' , kalau ikutkan nafsu dan akal fikran yang singkat, mahu apa saja yang boleh mendapatkan wang secara segera. Bila sudah kesempitan wang, manusia sering lupa daratan. Bak kata Nabil, raja lawak: "Lu pikir-pikir la sendiri".

LAPORAN AKTIVITI PPPKMNS

Jumaat, 6 Januari 2012 · 0 ulasan


LAPORAN AKTIVITI 2013

JANUARI
04hb Jan, 2013 : Mesyuarat AJK Negeri PPPKMNS bertempat di Star-Fresh Agro Park, Jln Seremban-Kuala Pilah. Jam : 03 Petang.
18hb Jan, 2013 : Jemputan menghadiri Pameran Pelancongan anjuran Tourisme Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Pameran akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. PPPKMNS diminta menghantar wakil.
24hb Jan, 2013 : Menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan. PPPKMNS menghantar ahli-ahli gabungan daripada 9 cawangannya.
FEBUARI
14hb Feb, 2013 : - Majlis Makan Malam dan Majlis Bersama Ketua Menteri Melaka di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka. Majlis bermula jam 8:00 malam.
1hb Feb, 2013 : - Jemputan Kelab Komuniti Usahawan Tekun Parlimen Rasah. Majlis Ramah Mesra Usahawan Tekun Parlimen Rasah.
MAC
00hb Mac, 2013 : - Tiada Aktiviti.
APRIL
21hb Apr, 2013 : - Menghantar wakil Negeri ke Mesyuarat Agung Tahunan PPPKMNS. Caw. Port Dickson di Hotel Mesra Batu 8. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Adun Bagan Pinang, Tan Sri Hj. Mohd Isa Hj. Abdul Samad.
26-28hb Apr, 2013 : - Menyertai Karnival Fama.
MEI
12hb Mei, 2013 : -Mesyuarat AJK Negeri Kali Ke 2/2012. Lokasi : Restoran H & K Batu 21/2, Jalan Seremban-Jelebu. Jam : 13:00.
27hb Mei, 2013 : -Mesyuarat AJK Negeri Kali Ke 3/2012. Lokasi : Restoran H & K Batu 21/2, Jalan Seremban-Jelebu. Jam : 15:00.
27hb Mei, 2013 : - Seminar Peluang Dan Cabaran Perniagaan Koperasi. Lokasi : Dewan MPS. Jam : 09:00 am - 13:00pm
JUN
30hb Jun, 2013 : - Jemputan majlis makan malam anjuran UMNO Taman Satria. Wakil PPPKMNS Ybhg Dato Hj Zainol bin Hj Ishak Dan En Tajol Ariffin bin Hasan. Jam 8.30malam. Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
JULAI
03hb Jul, 2013 : - Mesyuarat bersama KPDNKK, Negeri Sembilan pada pukul 2.30petang.
22hb Jul, 2013 : - Jemputan untuk perbincangan cadangan pembangunan semula Pasar Besar, Alor Gajah, Melaka.
25hb Jul, 2013 : - Jemputan majlis berbuka puasa MARA. Jam 5:00 petang. Lokasi : Seremban Plaza
25hb Jul, 2013 : - Jemputan Mesyuarat Agong Persatuan di Dewan MPS pada pukul 7.00 malam.
OGOS
31hb Ogos, 2013 : - Jemputan perbarisan Merdeka di Padang MPS.
SEPTEMBER
02hb September, 2013 : - Majlis Ramah Mesra dan Jamuan hari raya di Dewan MPS jam 12:00 pm.
05hb September, 2013 : - Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri PPPKMNS- Caw. Port Dickson. Lokasi : Batu. 4. Jam 12:00 tgh hari - 5 ptg.
06hb September, 2013 : - Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri PPPKMNS- Caw. Kuala Pilah. Lokasi : Kedai Sup Gear Box Melang, Kuala Pilah. Jam bermula 05:00 ptg hingga malam.
13 - 14hb September, 2013 : - Program francais komuniti Peringkat Zon Selatan 2013 bertempat di Galeria@Kotaraya, Johor Bahru jam 10:30 am.
16hb September, 2013 : - Mesyuarat AJK Negeri kali ke 4/2013; bagi membincangkan Pra-Mesyuarat Agung Peringkat Negeri Sembilan. Lokasi - Bangunan MARA Negeri. Jam 3:00 petang.
OKTOBER
29hb Okt, 2013 : - Program Pemantapkan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Sembilan. Jam 08:00 pagi bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah. Perasmian oleh YB Datuk Hasan Malek, Menteri KPDNKK.
00hb Okt, 2013 : -.
NOVEMBER
00hb Nov, 2013 : -
DECEMBER
20 - 22hb Dec, 2013 : - Hari penjaja dan peniaga peringkat Negeri Sembilan di padang orang ramai Kuala Pilah. Program dirasmikan oleh YB Dato' Hasan Malek
31hb Dec, 2013 : - Mesyuarat akhir AJK Negeri di Bangunan MARA Negeri pada hari selasa jam 2:30ptg.
LAPORAN AKTIVITI 2012
JANUARI
06hb Jan, 2012 : Pertemuan tidak rasmi antara YDP Negeri, SU Negeri dengan YDP Caw. Seremban Selatan dan SU Caw. Seremban Selatan di Gerai MPS Jln Penghulu Cantik. Isu - UK-Dinamik dan hal-hal semasa. Semua 12 permohonan UK Dinamik telah dihantar ke pejabat Mara dan pemeriksaan lokaliti oleh pegawai Mara ke atas premis perniagaan telah dilakukan sehingga yang terakhir pada 11 Januari 2012 kerana mesyuarat Mara khusus UK Dinamik akan dilakukan pada petangnya. Dua permohonan dari Seremban Selatan telah ditolak kerana telah disenaraihitamkan.
30hb - 31hb Jan, 2012 : Menghantar 2 orang wakil koperasi KUMNSB (Setiausaha dan Bendahari) menghadiri kursus koperasi anjuran SKM Negeri Sembilan di Ilham Resort, Port Dickson
FEBUARI
05hb Feb, 2012 : Menyertai majlis selawat sempena Maulidur Rasul di Dewan MPS. Semua PPPKMNS Cawangan terlibat
17hb - 18hb Feb, 2012 : Menyertai Karnival Belia Negeri Sembilan di Tepian Gelanggan Paroi atas jemputan Majlis Belia Negeri Sembilan
26hb Feb, 2012 : Menghantar 2 wakil AJK Negeri (Tn. Hj. Zubir Hj Dahari dan En. Tajol Ariffin Hasan) ke Mesyuarat Agung Tahunan PPPKMNS-Cawangan Port Dickson di Dewan Rembau, Hotel Corus PD. Mesyuarat dirasmikan oleh YB ADUN Linggi - Dato' Hj. Ismail Taib.
28hb Feb, 2012 : Kunjung hormat ke pejabat YB. Dato' Hasan Malek, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kementerian Kemajuaan Luar Bandar dan Wilayah). Rombongan diketuai oleh YDP Negeri Dato' Hj. Zainol Ishak dan barisan AJK Negeri serta beberapa orang wakil-wakil YDP Cawangan PPPKMNS. Kunjung hormat tersebut antaranya membincangkan tentang permasalahan UK-Dinamik - mencari jalan penyelesaian bagi memudah cara permohonan. YB Dato' yang juga Ahli Perlimen Kuala Pilah memandang masalah ini sebagai serius dan berjanji akan mencari penyelesaian segera agar program UK-Dinamik dapat dipermudahkan.
MAC
03hb Mac, 2012 : Perasmian Fiesta Jempol dan Pelancaran UK-Dinamik Peringkat Negeri Sembilan serentak oleh Timb. Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Hj. Hasan Malek.
19hb - 22hb Mac, 2012 : Menghantar wakil ke Kursus Perakaunan Perniagaan Anjuran MARA Negeri di Mayang Sari Resort.
27hb Mac, 2012 : Makan Malam bersama YB Dato' Yunus Rahmat (Adun Klawang) dan YBhg Datuk Ishak Ismail (Ketua UMNO Bahagian Seremban) serta mengiringi Dato' Yunus Rahmat melawat gerai-gerai peniaga Seremban Sambaria di Jalan Dato Abd. Rahman.
APRIL
28hb Apr, 2012 : Menghantar wakil ke Seminar Keusahawanan Francais di Hotel Royale Bintang, Seremban.
MEI
15hb Mei, 2012 : Mesyuarat AJK Negeri Bil 03/2012. Lokasi mesyuarat Bilik Kuliah Pusma, Aras 3, Seremban Plaza.
20hb Mei, 2012 : Mesyuarat-mesyuarat NGO dengan KPDKKNS di Bangunan Akhma Seremban 2. Mesyuarat Projek TUKAR. Pengerusi En. Mohd Talal Abu Bakar, Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan
27hb Mei, 2012 : Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga 1Malaysia di Dataran Merdeka. PPPKMNS menghantar 16 buah melalui 9 cawangannya dengan jumlah peserta hampir 600 orang.
31hb Mei, 2012 : Menghantar wakil ke Program Juara Rakyat 1 Malaysia - Tranformasi Penjana Ekonomi. Program dianjurkan oleh PPPKMM Cawangan Alor Gajah bersama SKM dan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Alor Gajah. Ia rasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar Hj. Atan.
JUN
11hb - 12hb Jun, 2012 : YDP Negeri menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Hal Ehwal Pengguna di Kuala Lumpur.
14hb Jun, 2012 : Mesyuarat dengan KPDNKK bertempat di pejabat KPDNKK, Seremban 2.
14hb Jun, 2012 : Mensyuarat bersama PPPKMNS - Cawangan Port Dickson.
30hb Jun, 2012 : Seminar Keusahawanan.
JULAI
16hb Jul, 2012 : - Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penjaja ibu tunggal. Lokasi - Restoran Raudah, Rahang.
OGOS
31hb Ogos, 2012 : - Menyertai perarakan sempena sambutan kemerdekaan di Padang MPS
OKTOBER
08hb Okt, 2012 : 40 orang ahli PPPKMNS menyertai seminar Kecemerlangan Perniagaan Beretika di Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Seminar itu dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
31hb Okt, 2012 : Mesyuarat Perwakilan PPPKMNS bertempat di Star-Fresh Agro Park, KM 12, Jln Seremban Kuala Pilah (Jln ke Bukit Putus).
NOVEMBER
18hb Nov, 2012 : 500 orang ahli PPPKMNS menghadiri konvensyen penjaja dan peniaga kecil Nasional 2012 di PICC Putrajaya anjuran KPDNKK.
DECEMBER
00hb Dec, 2012 : -


LAPORAN AKTIVITI 2011


JANUARI

18hb Jan, 2011 : Mesyuarat AJK Caw. Seremban Selatan Di Pejabat PPPKMNS, Seremban Plaza


25hb Jan, 2011 : Berbincang dengan pihak CIMB Bank berkenaan urusan pertukaran kuasa penanda tangan

FEBUARI

08hb Feb, 2011 : Perbincangan antara PPPKMNS Cawangan Seremban Selatan yang diwakili oleh SU cawangan, Hj. Zubir Dahari dan AJKnya En. Tajol Ariffin Hasan dengan SU PPPKMNS; En Ramli Malek serta AJKnya En. Mohd Reduan Ramli Di Pejabat PPPKMNS, Seremban Plaza


10hb Feb, 2011 : Pertemuan Dengan Pegawai Bank CIMB untuk urusan penukaran mandate


15hb Feb, 2011 : Menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri

MAC

01HB Mac, 2011 : Lawatan sirraturahim ke rumah bekas bendahari PPPKMNS - Caw Seremban Selatan, En. Baharin. Turut hadir ialah YDP Cawangan, En. Mohamad Yusof, SU Cawangan, Tn. Hj. Zubir, AJK Cawangan, En. Tajol Ariffin Hasan dan Pn. Norhisham Hj. Ithnin.



08hb Mac, 2011
: Mesyuarat AJK PPPKMNS Cawangan Seremban Selatan di Bangunan MARA Negeri, aras 2.

APRIL

12hb April, 2011 :
Pertemuan tidak resmi antara beberapa AJK Negeri dan Cawangan untuk membincangkan status Koperasi Usahan Melayu

MEI

27hb Mei, 2011. Kunjung Hormat. Beberapa AJK Persatuan Negeri dan Cawangan telah melakukan kunjung hormat bertemu YDP Dato' Halim bagi membincangkan beberapa perkara.

JUN

02HB Jun, 2011 -Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan, Cawangan Seremban Selatan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Roti Hj Nasir di Jempol. Turut serta ialah YDP En. Mohamad Yusof, SU Hj Zubir, Bendahari Pn Norhisham dan AJK En. Tajol Ariffin


14hb Jun, 2011 : Mesyuarat AJK PPPKMNS Cawangan Seremban Selatan di Bangunan MARA Negeri, aras 2.

JULAI

-

OGOS

24 & 25 hb Ogos, 2011 - Gotong-royong mengecat premis pejabat persatuan.


26hb Ogos, 2011 : Mesyuarat AJK Koperasi Usahawan Melayu dan majlis berbuka puasa di Restoran Kayu Campur, Bukit Chedang. Mesyuarat bermula jam 3.00 petang.

SEPTEMBER

13hb Sept, 2011 : Mesyuarat Agung Koperasi Usahawan Melayu NS Berhad di Pejabat PPPKMNS, Bangunan MARA, Seremban.


23hb Sept, 2011 : Mesyuarat Agung PPPKMNS-Cawangan Seremban Selatan di Pejabat PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan, No.3 Gerai MPS, Senawang Industrial Estete, Seremban.


24 - 25hb Sept, 2011 : Membuat 'marking' atau penandaan lot untuk tapak pasar malam Taman Sri Pulai. Saiz lot tapak pasar malam adalah 10 x 10'

OKTOBER

06hb Okt, 2011 : Mesyuarat AJK kali Pertama. Perlantikan Biro-Biro

13hb Okt, 2011 : Mesyuarat AJK Negeri di Bangunan MARA. Laporan Biro-Biro

15hb Okt, 2011 : Menyertai majlis sambutan Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan YAB ke Negeri Sembilan. Beberapa orang wakil PPPKMNS Cawangan turut serta. Diketuai oleh YDP Negeri Dato' Hj. Zainol Ishak. Turut serta S/U Negeri, En. Ramli Malek.

29hb Okt, 2011 : Jemputan ke Forum "Melayu Dan Keusahawanan" Anjuran GABEM Dan PKNNS bertempat di Dewan Sri Minang, Pejabat RISDA, N. Sembilan

NOVEMBER


-

DECEMBER

06hb Dec, 2011 : Mesyuarat Focus Group perekayasaan pelesenan perniagaan di UPEN jam 2:30pm. Wakil PPPKMNS ialah Dato' Zainol, Tn. HJ. Zubir dan En. Yusof


09hb Dec, 2011 : Lawatan 3 orang ALK Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) ke Kedai Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya. (KMKPJ)


20hb Dec, 2011 : Mesyuarat tidak rasmi antara AJK Negeri, AJK Cawangan Seremban Selatan dengan bakal peminjam UK-Dinamik. Hadir - YDP Negeri, Dato' Zainol, YDP PPPKMNS-Cawangan Seremban Selatan bersama Timb. YDP Cawangan Seremban Selatan (En. Yusof dan Hj. Zubir) bersama SU PPPKMNS-Cawangan Seremban Selatan (En. Tajol Ariffin)


24hb Dec, 2011 : Mesyuarat AJK Negeri jam 3:00 petang bertempat di Bangunan MARA Negeri. Semua AJK Negeri diminta hadir. Agenda - UK-Dinamik


27hb Dec, 2011 : Mesyuarat Koperasi KPPKMMB jam 2:30 petang. Lokasi : Function Room, Aras 2, Kuala Lumpur International Hotel. PPPKMNS-Caw Seremban Selatan menghantar 2 orang wakil pemerhati iaitu YDP En. Yusof Wahab dan SU, En. Tajol Ariffin Hasan


31hb Dec, 2011 : Mesyuarat AJK Dan Taklimat kepada bakal peminjam UK-Dinamik jam 2:30 petang bertempat di pejabat PPPKMNS-Caw.Seremban Selatan. Semua AJK dijemput hadir



Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menerima PPPKM sebagai anggota gabungan.

· 0 ulasan
4 persatuan/NGO yang diterima sebagai ahli gabungan Barisan Nasional ialah :

  1. Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)
  2. Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia
  3. Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
  4. Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKMM)

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Ketika mengulas perkara ini, YPD Malaysia Dato' Ramli melahirkan rasa bangganya kerana sekian banyak pertubuhan dan NGO yang menghantar permohonan untuk menjadi ahli gabungan Barisan Nasional masih belum mendapat maklum balas. Susulan dari itu, Dato' Ramli menyeru gabungan ahli PPPKMM seramai lebih kurang 500 ribu orang ahli memberikan sokongan kuat kepada barisan kepimpinan Perdana Menteri.

MESYUARAT KOPERASI PPKMMB

Khamis, 5 Januari 2012 · 0 ulasan
Mesyuarat Agung koperasi Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Malaysia diadakan pada 27/12/11 di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Agung tersebut telah meluluskan agenda penambahan ahli serta projek pembuatan ikan sardin di dalam tin. Sebanyak RM 20 juta diperuntukan melalui SKM dan Angkasa. Projek berkenaan dijangka akan beroperasi di Negeri Sembilan. Bendahari koperasi, Dato' Hj. Zainol Ishak yang juga merangkap YDP Negeri Sembilan membentangkan kertas kerja projek berkenaan.

KOPERASI BELA RAKYAT (KOBERA)

Selasa, 3 Januari 2012 · 0 ulasan


PELANCARAN KOBERA telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 20 Julai 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Konsep penubuhan KOBERA mensasarkan golongan rakyat miskin dan ditubuhkan di 576 DUN di seluruh negara.



Struktur keanggotaan KOBERA dirangka dengan menyesuaikan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan iaitu terdiri daripada sama ada salah satu atau komponen kumpulan sasar berikut:



i. Ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK asas isi rumah.

ii. Individu berusia 18 tahun yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK perkapita.

iii. Orang asli, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim yang termasuk dalam kategori di atas, dan;

iv. Pemimpin masyarakat yang terlibat dengan program kemiskinan dalam kawasan DUN sebagai penggerak kepada koperasi ini.



Terdapat 3 pilihan kaedah penubuhan koperasi ini yang dicadangkan iaitu:



Senario/ Keadaan




i. DUN yang telah mempunyai koperasi bagi golongan rakyat miskin

ii. Bagi koperasi tidak aktif kerana ALK dan anggota asal tidak dapat dikesan

iii. DUN yang belum mempunyai koperasi golongan miskin




Rangka Tindakan

i. Koperasi sedia ada dikekalkan

ii. Koperasi diaktifkan dengan

golongan miskin sebagai anggota baru

iii. Koperasi baru ditubuhkan.



Penubuhan



  • - Senarai golongan miskin;

  • - Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • - Pejabat Baitulmal/ Pusat Zakat;

  • - Pejabat Daerah;

  • - Jabatan Orang Asli.

Pengurusan



  • - Anggota Lembaga Koperasi (Min. 6 orang; mak. 15 orang)

  • - 2/3 dipilih oleh mesyuarat agung koperasi;

  • - 1/3 dilantik dari kalangan masyarakat yang dicalon oleh ADUN.

Proses Penubuhan



  • - 10 orang penaja;

  • - Kumpulan tidak kurang 50 orang bakal anggota;

  • - Penerangan tujuan penubuhan KOBERA oleh SKM;

  • - Mesyuarat agung permulaan;

  • - Proses mendaftarkan KOBERA.

Pengurusan Koperasi



  • Menempatkan pengurus secara attachment graduan pengurusan koperasi daripada MKM; atau;

  • Menempatkan pengurus semantara dari kalangan pegawai SKM yang bersara dengan insentif elaun dibiayai melalui dana CCF; atau;

  • Anggota atau anak anggota dilatih sebagai pengurus koperasi dengan bimbingan dan bantuan SKM; atau;

  • SKM menawarkan satu kumpulan pengurusan melalui Skim Latihan Sambilan/ Sangkutan Graduan Menganggur untuk satu tempoh koperasi berdikari.

Pembiayaan



  • Geran pelancaran RM30,000 setiapa koperasi

  • Pinjaman tanpa cagaran RM50,000 sebagai modal pusingan aktiviti ekonomi.

Aktiviti Koperasi



  • Aktiviti asas tani berisentifkan teknologi dan pengetahuan seperti tanaman melalui kaedah fertigasi dan penternakan haiwan;

  • Pengeluaran produk seperti makanan ringan, kraftangan dan hasil laut;

  • Tanaman komersial berasaskan herba seperti serai, daun limau purut, nilam, tanaman ubatan dengan jaminan pembelian;

  • Aktiviti perkhidmatan seperti pencucian dan penyelenggaraan bangunan, dobi, percetakan, keluaran bahan bangunan, perkhidmatan eko-pelancongan.

Bimbingan

Bimbingan berterusan daripada SKM, MKM, Angkasa, agensi teknikal dan ADUN kawasan:



  • Bimbingan;

  • Latihan;

  • Pemasaran.

TERAJU

Isnin, 2 Januari 2012 · 0 ulasan


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011.

Unit ini diterajui oleh Ketua Eksekutif, En. Husni Salleh dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan dan modal teroka. En. Husni juga merupakan bekas Ketua Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

Teraju ditubuhkan sebagai salah satu Unit di dalam Jabatan Perdana Menteri dan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri serta Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Unit ini juga berfungsi sebagai Urusetia kepada MTAB dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Penubuhan  Teraju untuk  menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing.

Bagi memastikan perlaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan Teraju telah dikenalpasti seperti berikut:

Memastikan hasil yang pantas dan efektif –menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
Meningkatkan keberkesanan Institusi  – Menilai institusi-institusi yang terlibat dan merasionalisasikan fungsi-fungsi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;
Pengurusan Program dan Sokongan Aktif – bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenalpasti program-program baru, mengenalpasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus iaitu aspek penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Teraju akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan.

Objektif utama penubuhan Teraju  adalah untuk menerajui, menyelaras serta memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.

Unit ini akan melaksanakan pelbagai inisiatif baru dan yang sedia ada, di samping mengemukakan cadangan pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera.

Senarai syarikat‐syarikat di bawah program TeraS:

     Aquasis  Catalyst  Management  System  Sdn  Bhd yang  beroperasi  di  Pahang  Darul  Makmur  dan syarikat  terlibat dalam perkhidmatan penyelenggaran loji‐loji gas petrokimia.

2.       Gagasan  Carriers    Sdn  Bhd  yang  beribu  pejabat    di  Kuala  Lumpur   terlibat  dalam  industri perkapalan.

3.       WSA Capital Sdn Bhd, Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd, Sipro Plastik Sdn Bhd dan Syarikat Metal  Industries  (M)  Sdn  Bhd,  4  syarikat  yang  beroperasi  di  Selangor  dan terlibat  dalam pembuatan komponen automotif .

4.       Syarikat  JWR  Technology  Sdn  Bhd yang  terlibat  dalam  precision  metal  stamping  dan
beroperasi di Pulau Pinang.

5.       Damini  Corporation Sdn Bhd  yang  berpusat  di  Selangor  dan merupakan pembekal  produk serta peralatan berkaitan sistem pembekalan air.

6.       KFM  Holdings  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Selangor,  menyediakan  sistem  pengurusan
bangunan dan perkhidmatan sokongan.

7.       My‐Sutera  Sdn Bhd  merupakan  pengeluar  pakaian  seragam  berjenama  Canggih  dan pusat pengeluarannya adalah di negeri Kelantan.

8.       One – Tech (M) Sdn Bhd beroperasi di negeri Selangor dan terlibat dalam reka bentuk dan
hiasan dalaman.

9.       Puncak  Bumi  Utama  Sdn  Bhd beroperasi  di  Pulau  Pinang  dan  terlibat  dalam pembuatan perabot kayu dan besi.

10.   Bina  Integrated  Industries  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Selangor  dan  merupakan  pengeluar  cat berjenama “Bina Paint”.

11.   Swis  Resources  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Selangor  dan  menyediakan  perkhidmatan
sokongan berkaitan pemasangan kabel dan bekalan elektrik.

12.   Prestigious Discovery Sdn Bhd – beroperasi di Kuala Lumpur dan menyediakan perkhidmtan
sokongan berkaitan Sistem SCADA.

13.   Perniagaan Fajarmas Sdn Bhd terlibat dalam sektor pemborongan dan syarikat beroperasi di
Johor.

14.   Madura  Industries  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Terengganu  dan  merupakan  pengeluar produk minuman berasaskan jus buah buahan tropika.

15.   Advance Pact Sdn Bhd berpusat di Selangor dan menyediakan perkidmatan sokongan serta
penyelenggaraan untuk peralatan perubatan.

16.   Muzamal  Industries  Sdn  Bhd merupakan  pengeluar  produk‐produk  pakai  buang  dalam
sektor perubatan yang bertapak di Selangor.

17.   OSA Technology Sdn Bhd merupakan pengeluar produk implan untuk bidang ortopedik yang
bertapak di negeri Selangor.

18.   Malaysian  Agri  Hi‐Tech  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Negeri  Sembilan  dan  merupakan
pengeluar baja berasaskan mikrob.

19.   Ambang Wibawa Sdn Bhd beribu pejabat di Perak dan merupakan pengeluar produk sejuk
beku yang berasaskan makanan laut.

20.   Mitti Cables Manufacturing Sdn Bhd berpusat di Johor dan merupakan pengeluar kabel dan
wayar industri telekomunikasi.

21.   BCC  Technology  Sdn  Bhd menyediakan  perkhidmatan  untuk  sektor  telekomunikasi  dan
beroperasi di Selangor.

22.   Les  Copaque  Production  Sdn  Bhd,  NetCarbon  Sdn  Bhd dan  Funcel  Sdn  Bhd,  ketiga‐tiga syarikat  berpusat  di  Selangor  dan  terlibat  dalam  industri  kreatif,  bidang  animasi  dan multimedia .

23.   Orea Technologies Sdn Bhd merupakan pengeluar kad sim dan kad pintar yang berpusat di
Kuala Lumpur.

24.   HMN  Nadhir  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Sarawak  dan  merupakan  pemborong  bahan makanan dan meyediakan perkhidmatan pergudangan.

25.   Asturi Metal Builders Sdn Bhd beroperasi di Pahang dan terlibat dalam fabrikasi  pembuatan
peralatan industri berat.

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line