Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

MESYUARAT AGUNG PPPKMNS - CAW. PORT DICKSON

Ahad, 26 Februari 2012 ·
Bertempat di Corus Paradise Hotel Port Dickson, Mesyuarat Agung Tahunan PPPKMNS-Caw. Port Dickson telah diadakan dengan jumlah kehadiran di luar jangkaan. Sekitar 93 orang ahli lama dan baru telah berkumpul di  lobi hotel seawal jam 2:00 petang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Linggi, YB Dato' Hj Ismail Taib. 2 orang wakil pemerhati dari PPPKM Negeri telah hadir iaitu Tuan Hj. Zubir Hj Dahari dan En. Tajol Ariffin Hasan.

Dalam ucapan aluan YDP Cawangan Port Dickson, En. Abu Bakar Md. Deli, beliau telah menyentuh 3 perkara pokok yang perlu diberi perhatian oleh penjaja-penjaja iaitu tempat niaga/premis, dana dan lesen. PPPKMNS cawangan Port Dickson amat bertuah kerana YDPnya juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson yang memegang portfolio Bahagian Perlesenan. YDP memaklumkan mesyuarat exco yang membincangkan perihal perlesenan ini telah diadakan 2 kali sebulan berbanding 1 kali sebulan sebelumnya. Ini menunjukan kerajaan khususnya bahagian perlesenan MPPD begitu prihatin akan keperluan mempunyai lesen di kalangan para penjaja dan betapa jumlah masyarakat Melayu yang menunjukan minat dalam perniagaan semakin bertambah. Justeru menerusi statusnya sebagai Ahli Majlis MPPD, En. Abu Bakar Md. Deli memberi jaminan akan membantu seboleh mungkin kepada penjaja-penjaja sekitar Port Dickson khasnya kepada ahli-ahli persatuan PPPKMNS cawangan Port Dickson dalam urusan perlesenan mereka. 

Manakala dalam ucapan wakil PPPKMNS Negeri, Tuan Hj. Zubir Hj. Dahari pula melahirkan rasa cemburu kerana PPPKMNS cawangan Port Dickson dapat bermesyuarat di sebuah lokasi yang berstatus yang sekaligus menunjukan tahap pentadbiran yang tinggi dikalangan barisan AJK PPPKMNS Cawangan Port Dickson. Bagaimanapun beliau lebih bersikap terbuka dan tolenransi kerana pada mesyuarat kali ini akan berlaku pemilihan barisan AJK baru. Nasihat beliau agar mesyuarat dapat dijalankan dengan penuh harmoni dan saling faham memahami antara sesama ahli. Sesiapa saja yang dilantik menduduki barisan kerusi AJK baru adalah seperti memegang kepercayaan ahli-ahli untuk terus memastikan kesinambungan PPPKMNS Cawangan Port Dickson. Justeru beliau berharap barisan baru nanti menganggap kepercayaan itu adalah satu amanah yang perlu dipikul dan dipertanggunjawabkan. 

Perkara kedua yang disampaikan oleh Tuan Hj. Zubir ialah berkenaan program UK-Dinamik. Merujuk kepada surat daripada Pengarah MARA Negeri, program UK-Dinamik ini tidak begitu mendapat sambutan. Perkara ini harus diselidiki puncanya sama ada kekurangan promosi atau tiadanya kempen mencari bakal peminjam di kalangan PPPKMNS cawangan. Dengan nilai pinjaman maksima sehingga RM10,000.00 yang dibayar selama setahun setengah dengan kadar bayaran lebih kurang RM416 sahaja dan tanpa dikenakan sebarang faedah, beliau merasakan adalah satu kerugian besar dikalangan ahli-ahli PPPKMNS jika peluang ini tidak direbut. Bagaimanapun dengan penerangan khas yang telah diberikan oleh wakil MARA, En. Hafizan, beliau berharap ahli-ahli PPPKMNS khususnya ahli-ahli PPPKMNS Cawangan Port Dickson telah mendapat gambaran lengkap dan penerangan yang secukupnya. Statistik yang dibacakan oleh Tuan Hj. Zubir sekadar menunjukan ahli-ahli PPPKMNS Cawangan Port Dickson yang memohon dan telah mendapat kelulusan setakat ini hanyalah 3 orang. Ia adalah kadar nisbah yang tidak setara jika dibanding dengan keahlian yang mencecah seramai 93 orang.

YB Dato' Hj Ismail Taib pula dalam ucapannya menyeru agar ahli-ahli PPPKMNS Cawangan Port Dickson dapat menjalankan perniagaan dengan baik dan memastikan kebersihan dijaga rapi sesuai dengan status bandar Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan dan Bandar Tentera. YB juga bersedia menghulurkan bantuan kepada penjaja-penjaja khususnya ahli PPPKMNS Cawangan Port Dickson. Seterusnya YB merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPKMNS Cawangan Port Dickson.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh wakil pemerhati Negeri, En. Tajol Ariffin Hasan berakhir pada jam 5:55 petang. Senarai lengkap barisan AJK baru PPPKMNS Cawangan Port Dickson bagi sesi 2012-2015 akan disiarkan dilaman blog persatuan Negeri sedikit masa lagi.

0 ulasan:

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line