Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL KUMNSB

Ahad, 22 Julai 2012 · 0 ulasan

Encik Yusof Bidin (YB) sedang mengendalikan semakan UUK.

KOPERASI Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) telah berjaya memperoleh satu set pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) pada 10 April 2012 lalu selepas menghadiri bengkel untuk 12 koperasi yang ada di seluruh Negeri Sembilan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  Bengkel pindaan undang-undang kecil dan pendaftaran koperasi tersebut diadakan di Ilham Resort Port Dickson.

Undang-undang Kecil adalah dokumen berdaftar dibuat oleh sesuatu koperasi sebagai perjanjian antara anggota dengan koperasi untuk menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993. Pihak SKM ada menyediakan Undang-undang Kecil seragam untuk diguna pakai dan disesuaikan untuk kegunaan koperasi.

KUMNSB telah menghantar dua Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Hj Zubir Hj Dahari dan Yusof Wahab bagi memperkemas dan membuat pindaan mengikut tatacara SKM yang dikendalikan oleh pakar rujuk Encik Yusof Bidin dari Kuala Lumpur yang lebih popular dengan panggilan 'YB'.

Sebanyak lima orang pegawai SKM Negeri Sembilan bertindak sebagai pemudah cara (fasilitator) bagi menunjuk ajar peserta-peserta kursus membuat kerja masing-masing.
Di dalam contoh Undang-undang Kecil Koperasi yang dibekalkan, beberapa perkara perlu ditentukan oleh anggota pengasas dengan mengisi ruang-ruang yang disediakan. Antaranya adalah:-

NAMA KOPERASI

Perkataan "Koperasi" dan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan pertama dan terakhir masing-masing dalam nama koperasi yang didaftarkan. Sebagai contoh, Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad.

ALAMAT KOPERASI

Alamat Koperasi ialah alamat berdaftar urusan koperasi untuk apa-apa tujuan rasmi bagi sesuatu koperasi dan apa-apa urusan antara anggota dengan pihak SKM.

KAWASAN OPERASI

Kawasan operasi sesuatu koperasi merupakan kawasan di mana anggota-angota koperasi itu bermastautin atau bekerja atau memilki tanah serta tempat di mana kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut dijalankan.

AKTIVITI-AKTIVITI

Semua aktiviti-aktiviti koperasi hendaklah menjurus kepada pencapaian matlamat pertubuhan koperasi. Untuk menubuh koperasi, bakal Anggota Lembaga perlu membentuk satu jawatankuasa penaja bagi menggubal Undang-undang Kecil Koperasi.

Apabila Undang-undang Kecil telah didaftarkan, lima salinan akan ditandatangai tiga ALK dan kemudiannya akan dimeterai oleh Pendaftar. Satu salinan akan dikembalikan kepada koperasi untuk membuat salinan yang mencukupi bagi diedarkan pula kepada anggota-anggota.

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2012

· 0 ulasan

SYUKUR ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, sambutan Hari Koperasi Negara buat kali ke-11 dapat diadakan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berjaya menganjurkan acara tahunan ini.

Gerakan koperasi yang bermula pada tahun 1922, telah berkembang dengan pesat dan pada masa ini bilangan koperasi berdaftar telah meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan bahawa rakyat telah menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, gerakan koperasi merupakan satu instrumen yang berkesan dalam menyatupadukan rakyat memandangkan prinsip koperasi tidak membezakan antara kaum, bangsa dan agama. Perpaduan juga dapat kita perkukuhkan melalui penglibatan semua komuniti dalam setiap program yang dilaksanakan di samping membolehkan mereka menikmati kekayaan negara sepenuhnya. Kerajaan yakin dengan mekanisme koperasi yang berlandaskan prinsip dan falsafah tersendiri yang dibudayakan dalam masyarakat akan dapat membantu kerajaan membina gagasan 1Malaysia.

Kerajaan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan bagi membuka peluang kepada rakyat terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hubungi ini, gerakan koperasi mampu memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan dalam Model Baru Ekonomi.

Saya berharap sambutan Hari Koperasi Negara 2012 akan menjadi lebih bermakna dengan keutuhan semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui gerakan koperasi. Kerajaan akan terus menyokong gerakan koperasi supaya terus maju dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada pembangunan negara.

1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PANDUAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI

Jumaat, 20 Julai 2012 · 0 ulasan
PENGENALAN

Makluman ini bertujuan untuk:

+ Memberi panduan kepada anggota koperasi, mengenai hak, peranan dan tanggungjawab menghadiri mesyuarat agung.

+ Memastikan mesyuarat agung berjalan dengan sempurna selaras dengan kehendak perundangan koperasi.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG

Kelayakan menghadiri mesyuarat agung

+ Menjelaskan Fi masuk
+ Menjelaskan Syer minimum
+ Telah didaftarkan sebagai anggota koperasi.

Kepentingan mesyuarat agung

+ Mesyuarat agung merupakan kuasa tertinggi dalam struktur pengurusan dan pentadbiran koperasi.
+ Mesyuarat agung berfungsi untuk membuat perancangan, penyampaian maklumat, penilaian dan pengawalan dalam menentukan arah tuju koperasi.

JENIS-JENIS MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat agung tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan anggota atau perwakilan diadakan sekali setahun tidak lewat enam bulan selepas berakhir tahun kewangan.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (1) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas permintaan sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (2) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas panggilan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anggota diberi notis mesyuarat agung yang mengandungi:-

* Tarikh
* Masa
* Tempat
* Agenda mesyuarat

Dokumen yang mengandungi:-

* Minit mesyuarat agung tahunan
* Pandangan SKM
* Akaun teraudit
* Laporan Lembaga dan JAD
* Belanjawan

PERSEDIAAN SEMASA MESYUARAT AGUNG

- Anggota hendaklah mendaftar diri
- Anggota hendaklah memahami etika mesyuarat agung
- Mesyuarat hendaklah dimulakan setelah kourum mencukupi
- Perjalanan mesyuarat mengikut agenda seperti dalam notis
- Peranan anggota dalam mesyuarat
- Tiada undi berkecuali
- Undi tidak boleh diwakilkan
- Majoriti mudah
- Menyuarakan pendapat atau cadangan mengikut agenda mesyuarat
- Melantik atau dilantik menjadi anggota lembaga
- Jawatankuasa menentu sah minit mesyuarat agung
- Melibatkan diri secara langsung dalam membuat keputusan mengikut agenda mesyuarat

PENUTUP

Anggota hendaklah berpengetahuan berkenaan perundangan koperasi dan mengambil bahagian di dalam perbincangan di mesyuarat agung yang merupakan kuasa tertinggi. Keputusan majoriti adalah muktamad.

90 TAHUN KOPERASI BERTAPAK DI MALAYSIA

· 0 ulasan

GERAKAN koperasi bermula dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian di England sekitar kurun ke 18. Di Malaysia pula, ia bermula pada 28 Jun 1922 apabila penjajah Inggeris meluluskan Akta Pertubuhan Koperasi.
Hakikatnya, gerakan koperasi bertitik tolak daripada satu hasrat iaitu membebaskan masyarakat daripada sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan.
Pada peringkat awal koperasi diperkenalkan, ia menjadi jalan keluar kepada penduduk luar bandar untuk menggalakkan semangat berjimat cermat dan tolong-menolong dalam kalangan anggota.
Dunia mengiktiraf Robert Owen sebagai 'Bapa Koperasi' yang mencetuskan revolusi kepada gerakan koperasi moden sekalipun usahanya mewujudkan sebuah perkampungan berasaskan prinsip persaudaraan dan tolong-menolong pada tahun 1799 menemui kegagalan.
Namun satu usaha 'kecil' digerakkan 28 penenun yang mengumpul satu Pound setiap seorang akhirnya membawa nafas baru dalam gerakan koperasi.
Melihat kepada peranan koperasi yang mampu menyelesaikan banyak masalah dalam masyarakat, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan penting yang menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara-negara di dunia melalui Rekomendasi ILO 193.
Ikatan Koperasi Antarabangsa(ICA) yang ditubuhkan pada tahun 1895 merupakan badan pertubuhan kerajaan terbesar dan mewakili gerakan koperasi di seluruh dunia. ICA dianggotai 249 anggota daripada 93 buah negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, sempena Hari Koperasi Negara 2012 yang disambut buat kali ke-10, telah menyaksikan tempoh 90 tahun gerakan koperasi bertapak di negara ini. Sudah tiba masanya, koperasi diangkat martabatnya dan menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita dalam menjalani rutin harian.

PEVOLUSI NAMA SKM
1922 - 1941 - Office of the Director of Cooperation
1945 - 1963 - Office of the Commisioner Cooperative Societies
1963 - 1975 - Jabatan Kemajuan Kerjasama
1975 - 2007 - Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
2008 - kini - Suruhanjaya Koperasi Malaysia

'TUKAR' BANTU PENIAGA KECIL

Ahad, 15 Julai 2012 · 0 ulasan
Tiga pengusaha kedai runcit yang tersenarai antara peserta Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) cemerlang di negara ini, tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Jika dulu, perniagaan mereka diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, kini semua berubah berikutan persetujuan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih mereka menyertai program itu. Lebih membanggakan, pasar raya terkemuka, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd memberi sokongan dan nasihat di samping penyediaan peralatan dan kemudahan perniagaan di premis mereka. Peniaga Pasar Mini Snofa, Sharimah Othman Noordin, 50, dari Taman Greenwood, Selangor, amat bertuah apabila tersenarai menjadi antara 60 pengusaha kedai runcit paling berjaya walaupun baru tiga bulan menyertainya.

Katanya, tanpa mengeluarkan modal perniagaan yang banyak, premis perniagaannya kini tidak ubah seperti pasar raya yang mempunyai pelbagai barangan keperluan pengguna dengan dibantu Tesco.

Saya teruja apabila menerima panggilan Tesco Julai lalu menyatakan saya terpilih menyertai TUKAR. Sejak itu, perniagaan bertambah maju kerana semua tunjuk ajar dan nasihat Tesco saya patuhi, katanya ketika ditemui pada majlis Konvensyen Wanita Antarabangsa Dalam Perniagaan Pertama (1WBC) di Pusat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka, semalam.

Bagi peniaga Pasar Mini Haziq di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor, Noraini Abdullah, 34, penyertaannya dalam program TUKAR amat berbaloi apabila mendapat juru runding terbaik yang disediakan Tesco.

Saya bersyukur, perniagaan bertambah maju dan pendapatan bulanan saya meningkat 60 peratus, katanya.
Bagi pengusaha kedai runcit yang kini dinaik taraf sebagai pasar mini, Jessica Wong, 42, jumlah keuntungannya meningkat daripada 15 kepada 45 peratus selepas menyertai TUKAR April lalu.
Saya mampu memperoleh pendapatan RM30,000 sejak Mei lalu dan yakin dengan bantuan Tesco, premis saya akan bertambah maju berbanding sekarang, katanya.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Undang-undang dan Kerajaan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Azlam Shah Alias, berkata pihaknya akan membantu 150 pekedai runcit yang bakal terpilih menyertai program TUKAR.

Katanya, ia sejajar dengan projek permulaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensyaratkan pasar raya besar yang menyertainya membantu memodenkan prasarana kedai runcit terpilih dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI 1MALAYSIA (SPEAK) DI NAIKAN

· 0 ulasan
Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK) bagi membolehkan aktiviti ekonomi koperasi dijana secara lebih cekap. Serentak itu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan had maksimum geran pembangunan bantuan asas daripada RM30,000 kepada RM50,000 untuk membantu koperasi berskala kecil meningkatkan daya saing masing-masing.

Peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif”. - Najib Razak, Perdana Menteri  “Saya melihat banyak koperasi kecil dan kurang berdaya maju di negara ini. Jadi kenaikan geran ini adalah untuk membantu koperasi meningkatkan daya saing mereka,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara di sini.

Najib berkata, peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif.  “Antara langkah yang dirasakan relevan ialah memisahkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada mengawal selia dan membangunkan koperasi secara serentak. “Tidak sesuai untuk sebuah badan memainkan peranan itu sekali gus. Ia perlu dipisahkan supaya peranannya boleh diluaskan lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memberi ingatan supaya koperasi memperkasakan pergerakan kerana mereka masih belum menunjukkan potensi maksimum masing-masing. “Walaupun sudah berjaya, tapi pada hemat saya, ia belum lagi sampai ke tahap potensi maksimum yang boleh dicapai melalui perkembangan gerakan yang boleh diperkasakan lagi,” katanya.

Kredit kepada Berita Minggu

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI KOPERASI NEGARA 2012

Khamis, 12 Julai 2012 · 0 ulasan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menganjurkan Sambutan Hari Koperasi Negara 2012 yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2012 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Anggota koperasi dijemput bersama-sama menghadiri majlis perasmian yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada masa dan ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Datanglah beramai-ramai. Jom, moh kito poei.

27 KOPERASI DAPAT TMP (TABUNG MODAL PUSINGAN)

· 0 ulasan
Sebanyak 27 koperasi di negeri ini diberi pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernilai RM5.18 juta sehingga akhir tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, pinjaman itu digunakan untuk modal pusingan kerja kontrak, membeli tanah dan bangunan serta memberi pinjaman semula kepada anggota koperasi.

Menurutnya, sehingga pertengahan Jun lalu, pinjaman TMP bernilai RM4 juta diberikan kepada tiga koperasi iaitu Koperasi Peserta Felda Gugusan Tembeling Tengah Bhd., Jerantut; Koperasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan Berhad.

''Kecemerlangan gerakan koperasi seperti ini patut menjadi model kepada koperasi yang lain daripada sudut urus tadbir yang baik, keupayaan dan kecekapan lembaga pengarah koperasi dalam merebut peluang ekonomi.

''Amalan pentadbiran cekap itu untuk memastikan koperasi dapat diuruskan dengan baik dan efektif bagi menjamin akauntabiliti korporat di sektor koperasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Koperasi Negara peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Balora Mastika, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM) Jaafar Muhayat.

Menurut Ishak, Gerakan koperasi mula diperkenalkan di negara ini pada 1922 dan kini berkembang dengan pesat dalam membantu mengukuhkan ekonomi rakyat.

Kredit kepada Utusan Malaysia

HARI KOPERASI NEGARA

· 0 ulasan
SUMBANGAN gerakan koperasi terhadap ekonomi dunia sering kali dipinggirkan. Meskipun peranan dan prestasi sektor koperasi kurang menonjol, namun sumbangannya amat besar di mana gerakan koperasi sedunia menyediakan 150 juta peluang pekerjaan - 20 peratus lebih tinggi daripada syarikat multinasional antarabangsa.

Koperasi pertanian misalnya, wujud di hampir setiap negara. Lebih 50 peratus koperasi pertanian berada di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Belanda. Koperasi pertanian gergasi wujud di Jepun dan Korea Selatan.

Koperasi kewangan pula mencatat aset tertinggi antara semua sektor. Sebanyak 33 peratus koperasi kewangan terdapat di Perancis dan United Kingdom (UK). Koperasi perbankan yang besar juga bertapak di Eropah dan Jepun.

Koperasi kredit pula banyak dalam senarai di Amerika Syarikat. Bagi koperasi konsumer, yang terkenal kepesatan dan kemajuannya boleh diteladani di UK, Itali, Eropah, Jepun dan Amerika Utara.

Kita mahu lebih banyak koperasi berdaya saing di negara ini dan berkembang pesat seperti di negara-negara Eropah.

Di Malaysia, gerakan koperasi yang bermula pada 1922 menyaksikan perkembangan yang pesat - walaupun sumbangannya kurang satu peratus berbanding negara-negara Eropah sebanyak 10 peratus.

Ketika ini jumlah koperasi berdaftar meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan rakyat menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Atas faktor inilah, tarikh 21 Julai setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Koperasi Negara (HKN). Kali pertama HKN disambut pada 2002.

"Peri penting dan besarnya sumbangan gerakan koperasi dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat sememangnya suatu hakikat yang tidak boleh disangkal.

"Hampir kesemua kerajaan di dunia mengiktiraf peranan dan sumbangan koperasi dalam pembangunan negara dan pengiktirafan ini diperkukuhkan lagi apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat resolusi untuk mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa.

"Koperasi membolehkan anggota-anggotanya bekerja bersama-sama demi manfaat bersama, berteraskan jati diri, nilai dan prinsip tersendiri," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kata-kata aluan buku cenderamata sempena HKN 2012 yang akan disambut mulai esok hingga Ahad ini.

Majlis perasmian sambutan HKN 2012 itu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Falsafah dan nilai murni yang didokong oleh gerakan koperasi diyakini mampu menyelesaikan banyak permasalahan ekonomi dan sosial masyarakat.

Sejajar dengan era transformasi kini, kerajaan sedang berusaha untuk mentranformasikan koperasi melalui Dasar Koperasi Negara 2011-2012. Ia melibatkan perubahan yang akan dilakukan ke atas lanskap gerakan koperasi yang selama ini dianggap satu gerakan di luar bandar yang kecil dan bertumpu kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan sahaja.

Selaras tema sambutan HKN tahun ini iaitu "Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat", kekuatan sedia ada dalam gerakan koperasi akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan program transformasi kerajaan untuk rakyat khususnya dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Koperasi telah dan akan terus diberi peranan penting dalam membantu rakyat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka serta dalam usaha memerangi kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan mendadak harga barangan di pasaran global.

Penglibatan koperasi dalam pengedaran barangan perlu, pengeluaran rangkaian produk harga jimat COOP 1M serta dalam pengeluaran makanan, amat dihargai dan akan terus diperkukuhkan.

Bertitik-tolak dari inilah maka buat pertama kalinya sambutan HKN tahun ini akan melibatkan perhimpunan yang akan dihadiri lebih 100,000 orang koperator dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sejumlah 2,750 buah bas belum termasuk kenderaan lain akan ke stadium berkenaan selama tiga hari ini.

Bagi merancakkan lagi sambutan HKN, pelbagai program seperti Mini Book Fair dan Job Fair turut diadakan di samping pelbagai program keceriaan yang lain. Kesemua program itu boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat secara percuma.

Di samping program sedemikian, HKN 2012 juga diisi dengan ekspo dan pameran daripada koperasi seluruh negara. Ia bertujuan untuk memperkenal, mempromosi, mempamer dan menjual produk serta perkhidmatan terkini dan terbaik yang ditawarkan kepada anggota koperasi dan masyarakat umum. Orang ramai juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai gerakan koperasi.

Ketika majlis perasmian juga, beberapa anugerah akan disampaikan oleh Perdana Menteri kepada koperasi yang menunjukkan prestasi cemerlang. Pada masa sama, Indeks 100 Koperasi Terbaik 2012 akan turut diumumkan bagi memberi pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang mendapat perolehan tertinggi.

Pada masa sama, hadirin akan dihiburkan dengan persembahan para artis tanah air, antaranya Jay Jay, Ramly Sarip, Black, Mawi, Ella, Hattan, Angah Raja Lawak, Neelofa, Erra Fazira dan Tomok.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengalu-alukan penyertaan daripada anggota koperasi serta orang ramai untuk sama-sama memeriahkan sambutan HKN kali ini.

Buat pertama kalinya juga, pameran dan ekspo HKN 2012 akan turut melibatkan penyertaan koperasi-koperasi dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Singapura, Timur Leste, Filipina dan Vietnam.

Kredit kepada Utusan Malaysia

BAKAL USAHAWAN PERLU BERANI CEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS

Ahad, 1 Julai 2012 · 0 ulasan


SEREMBAN 29 Jun - Bakal usahawan perlu berani menceburi perniagaan francais khususnya berskala kecil walaupun berhadapan kekangan modal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana masih wujud tanggapan kononnya perniagaan tersebut hanya dipelopori golongan peniaga dengan modal permulaan yang besar.

"Ingin saya tegaskan persepsi itu sama sekali tidak benar dan perlu dikikis kerana perniagaan francais di negara ini sudah berkembang dan kita mempunyai pelbagai sistem serta jenama termasuk francais mikro yang boleh diceburi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Malah, kerajaan juga membangunkan sistem francais tempatan selain mewujudkan saluran pinjaman dan pembiayaan khas kepada individu berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyertai bidang francais mikro yang berisiko rendah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Francais Komuniti 2012 Peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini. Jelas beliau, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pinjaman mikro untuk memulakan perniagaan francais yang tidak melebihi modal RM50,000.

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan dalam membantu rakyat yang ingin bergelar usahawan menceburi bidang perniagaan francais yang semakin berkembang di negara ini.
"Melalui SPKF ini mereka hanya mengeluarkan modal sebanyak 10 peratus daripada pakej francais yang ingin diceburi.

"Sebagai contoh, jika modal permulaannya adalah sebanyak RM15,000, maka pemohon hanya perlu mengeluarkan RM1,500 untuk menyertai francais pilihan mereka," ujarnya.
Ismail Sabri berkata, syarat dan kriteria untuk memohon amat mudah yang mana ia tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin daripada pemohon yang berminat untuk menceburi perniagaan francais mikro.

Beliau memberitahu, pertumbuhan perniagaan francais di negara ini semakin meningkat dengan sebanyak 68 peratus francais baru didaftarkan sehingga kini membabitkan pelbagai bidang perniagaan.

"Sehingga 25 Jun lalu, kita sudah mempunyai 615 sistem atau jenama francais yang berdaftar melibatkan 5,473 francaisi.

"Perkembangan ini dijangka mempengaruhi peningkatan sumbangan perniagaan francais terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan RM21.48 bilion pada kadar 2.5 peratus tahun lalu kepada RM22.5 bilion tahun ini," katanya.

Kredit - Utusan Malaysia

ANGKASA SEDIA RM300 RIBU UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI TUBUH KOPERASI

· 0 ulasan
BERITA BAIK untuk Orang Asli kerana ANGKASA kini mensasarkan agar golongan berkenaan membuka sekurang-kurangnya 30 buah lagi koperasi dengan peruntukan sebanyak RM300 ribu. Statistik terkini menunjukan ada sebanyak 37 buah koperasi dengan keahlian seramai 26,303 orang. Sasaran ANGKASA ini diharap dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Presiden ANGKASA Prof. Datuk Dr. Mohd Ali Baharum  berharap Masyarakat Orang Asli menubuhkan segera koperasi kerana mereka mempunyai banyak sumber hutan yang boleh dipasarkan seperti akar kayu untuk bahan perubatan serta hasil-hasil hutan termasuk kraf tangan.

Malah katanya ANGKASA bersedia membantu dan memberi latihan serta kursus penerangan untuk tujuan tersebut. Koperasi itu nanti diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup Masyarakat Orang Asli secara langsung.

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line