Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

TERAJU

Isnin, 2 Januari 2012 · 0 ulasan


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011.

Unit ini diterajui oleh Ketua Eksekutif, En. Husni Salleh dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan dan modal teroka. En. Husni juga merupakan bekas Ketua Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

Teraju ditubuhkan sebagai salah satu Unit di dalam Jabatan Perdana Menteri dan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri serta Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Unit ini juga berfungsi sebagai Urusetia kepada MTAB dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Penubuhan  Teraju untuk  menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing.

Bagi memastikan perlaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan Teraju telah dikenalpasti seperti berikut:

Memastikan hasil yang pantas dan efektif –menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
Meningkatkan keberkesanan Institusi  – Menilai institusi-institusi yang terlibat dan merasionalisasikan fungsi-fungsi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;
Pengurusan Program dan Sokongan Aktif – bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenalpasti program-program baru, mengenalpasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus iaitu aspek penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Teraju akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan.

Objektif utama penubuhan Teraju  adalah untuk menerajui, menyelaras serta memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.

Unit ini akan melaksanakan pelbagai inisiatif baru dan yang sedia ada, di samping mengemukakan cadangan pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera.

Senarai syarikat‐syarikat di bawah program TeraS:

     Aquasis  Catalyst  Management  System  Sdn  Bhd yang  beroperasi  di  Pahang  Darul  Makmur  dan syarikat  terlibat dalam perkhidmatan penyelenggaran loji‐loji gas petrokimia.

2.       Gagasan  Carriers    Sdn  Bhd  yang  beribu  pejabat    di  Kuala  Lumpur   terlibat  dalam  industri perkapalan.

3.       WSA Capital Sdn Bhd, Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd, Sipro Plastik Sdn Bhd dan Syarikat Metal  Industries  (M)  Sdn  Bhd,  4  syarikat  yang  beroperasi  di  Selangor  dan terlibat  dalam pembuatan komponen automotif .

4.       Syarikat  JWR  Technology  Sdn  Bhd yang  terlibat  dalam  precision  metal  stamping  dan
beroperasi di Pulau Pinang.

5.       Damini  Corporation Sdn Bhd  yang  berpusat  di  Selangor  dan merupakan pembekal  produk serta peralatan berkaitan sistem pembekalan air.

6.       KFM  Holdings  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Selangor,  menyediakan  sistem  pengurusan
bangunan dan perkhidmatan sokongan.

7.       My‐Sutera  Sdn Bhd  merupakan  pengeluar  pakaian  seragam  berjenama  Canggih  dan pusat pengeluarannya adalah di negeri Kelantan.

8.       One – Tech (M) Sdn Bhd beroperasi di negeri Selangor dan terlibat dalam reka bentuk dan
hiasan dalaman.

9.       Puncak  Bumi  Utama  Sdn  Bhd beroperasi  di  Pulau  Pinang  dan  terlibat  dalam pembuatan perabot kayu dan besi.

10.   Bina  Integrated  Industries  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Selangor  dan  merupakan  pengeluar  cat berjenama “Bina Paint”.

11.   Swis  Resources  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Selangor  dan  menyediakan  perkhidmatan
sokongan berkaitan pemasangan kabel dan bekalan elektrik.

12.   Prestigious Discovery Sdn Bhd – beroperasi di Kuala Lumpur dan menyediakan perkhidmtan
sokongan berkaitan Sistem SCADA.

13.   Perniagaan Fajarmas Sdn Bhd terlibat dalam sektor pemborongan dan syarikat beroperasi di
Johor.

14.   Madura  Industries  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Terengganu  dan  merupakan  pengeluar produk minuman berasaskan jus buah buahan tropika.

15.   Advance Pact Sdn Bhd berpusat di Selangor dan menyediakan perkidmatan sokongan serta
penyelenggaraan untuk peralatan perubatan.

16.   Muzamal  Industries  Sdn  Bhd merupakan  pengeluar  produk‐produk  pakai  buang  dalam
sektor perubatan yang bertapak di Selangor.

17.   OSA Technology Sdn Bhd merupakan pengeluar produk implan untuk bidang ortopedik yang
bertapak di negeri Selangor.

18.   Malaysian  Agri  Hi‐Tech  Sdn  Bhd  beribu  pejabat  di  Negeri  Sembilan  dan  merupakan
pengeluar baja berasaskan mikrob.

19.   Ambang Wibawa Sdn Bhd beribu pejabat di Perak dan merupakan pengeluar produk sejuk
beku yang berasaskan makanan laut.

20.   Mitti Cables Manufacturing Sdn Bhd berpusat di Johor dan merupakan pengeluar kabel dan
wayar industri telekomunikasi.

21.   BCC  Technology  Sdn  Bhd menyediakan  perkhidmatan  untuk  sektor  telekomunikasi  dan
beroperasi di Selangor.

22.   Les  Copaque  Production  Sdn  Bhd,  NetCarbon  Sdn  Bhd dan  Funcel  Sdn  Bhd,  ketiga‐tiga syarikat  berpusat  di  Selangor  dan  terlibat  dalam  industri  kreatif,  bidang  animasi  dan multimedia .

23.   Orea Technologies Sdn Bhd merupakan pengeluar kad sim dan kad pintar yang berpusat di
Kuala Lumpur.

24.   HMN  Nadhir  Sdn  Bhd  beroperasi  di  Sarawak  dan  merupakan  pemborong  bahan makanan dan meyediakan perkhidmatan pergudangan.

25.   Asturi Metal Builders Sdn Bhd beroperasi di Pahang dan terlibat dalam fabrikasi  pembuatan
peralatan industri berat.

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line