Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

SEMINAR PELUANG DAN CABARAN PERNIAGAAN KOPERASI

Ahad, 26 Mei 2013 · 0 ulasan
PPPKMNS dengan kerjasama SKM Negeri Sembilan menganjurkan seminar sehari di Dewan MPS bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli-ahli persatuan penjaja Melayu berkenaan peluang-peluang perniagaan menerusi koperasi. Seminar ini dirasmikan oleh pengarah SKM Negeri Sembilan, Tuan. Hj. Zakaria Mat Jusoh. Semua peserta diberikan sijil kehadiran.


3 kertas kerja dibentangkan bertajuk :
  1. Kemudahan pembiayaan pinjaman perniagaan. Oleh pegawai MARA daerah Port Dickson, En. Harizan Sarjin
  2. Tadbir urus koperasi yang berkesan. Oleh pegawai perunding MKM, Pn. Norbiha Kasmuri.
  3. Kaedah pengurusan perniagaan koperasi. Oleh pegawai MKM, Hj. Hassan Hj. Mohammad.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmian pengarah SKM N. Sembilan, beliau mensasarkan 1 komuniti 1 koperasi.  Untuk itu beliau menyarankan ditubuhkan koperasi disetiap komuniti. Beliau mahu koperasi mencipta identiti sendiri dalam skop perniagaannya. Tabung modal pusingan koperasi dengan dana RM10 juta diperuntukan untuk memastikan koperasi mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan. Setiap koperasi akan dinilai berdasarkan sistem KPI. Menurut beliau lagi, dengan turn over koperasi berjumlah RM40 billion dan kenaikan jumlah pendapatan koperasi tahunan sekitar 6%, koperasi dilihat mempunyai prospek yang menarik sekali.


My ImageGambar 1

My ImageGambar 2
My ImageGambar 3

BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2013

Rabu, 22 Mei 2013 · 0 ulasan

Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan menyaksikan perubahan drastik dengan pelantikan 6 muka baru, 3 penyandang dikekalkan, 3 lagi digugurkan manakala seorang bekas exco dipilih semula. Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, pelantikan kali ini adalah mengguna pakai formula Exco mewakili kawasan Parlimen.

Berikut senarai EXCO Kerajaan Negeri Sembilan yang dilantik:
1. Datuk Zaiful Bahri Idris (Adun Chembong - baru)
2. Datuk Jalaluddin Alias (Adun Jelebu - baru)
3. YB Abu Ubaidah Redza (Adun Ampangan - baru)
4. YB Tun Hairuddin Abu Bakar (Adun Bagan Pinang - baru)
5. YB Abd Razak Said (Adun Gemencheh - baru)
6. YB L. Manickam (Adun Jeram - baru)

7. Datuk Ismail Lasim (Adun Senaling - dikekalkan)
8. Datuk Hasim Rusdi (Adun Labu - dikekalkan)
9. Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Adun Serting - dikekalkan)

10. Datuk Norhayati Omar (Adun Kuala Pilah - Exco 2004/2008 yang dilantik semula)

Exco yang digugurkan :
1. Datuk Yunus Rahmat (Adun Kuala Klawang)
2. Datuk Abdul Samad Ibrahim (Adun Seri Menanti)
3. Datuk Mohamad Razi Kail (Adun Juasseh)

YDP PPPKMNS UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YB DATUK HASAN MALEK SEBAGAI MENTERI DI KPDNKK

Jumaat, 17 Mei 2013 · 0 ulasan

YDP Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS), Ybhg Dato' Dr. Hj. Zainol Ishak melahirkan rasa bangga dan merakam ucapan tahniah atas pelantikan YB Datuk Hasan Malek mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai ahli parlimen Kuala Pilah, PPPKMNS menganggap pelantikan tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh ahli-ahli PPPKMNS khasnya dan ahli-ahli Gabungan PPPKM. 
PPPKMNS yang pernah mengadakan kunjung hormat bertemu YB Datuk Hasan Malek di  pejabatnya di Putrajaya ketika beliau masih menjawat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dulu sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan PPPKMNS terutama bagi PPPKMNS-Caw. Kuala Pilah sementelah YB adalah ahli parlimen Kuala Pilah sejak 2 penggal yang lalu.

Sehubungan dengan itu Dato' Dr. Hj. Zainol Ishak akan mengaturkan satu lagi kunjung hormat bertemu YB Datuk Hasan Malek secepat mungkin sebagai tanda sokongan penuh PPPKMNS atas pelantikan YB dalam kabinet yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selaku YDP Negeri, beliau berharap YDP-YDP cawangan dapat berbincang untuk mengatur kunjung hormat tersebut. Kunjung hormat ini bagaimanapun akan bergantung kepada kelapangan YB Menteri memandangkan jadual Menteri KPDNKK itu tentunya padat sekarang

Dato' Dr. Hj. Zainol juga berharap agar apa yang telah dirancang oleh PPPKMNS bersama KPDNKK sama ada diperingkat negeri atau kebangsaan dapat diteruskan oleh Menteri yang baru dilantik. Malah PPPKMNS menerusi gabungan PPPKM bersedia pada bila-bila masa bertemu Menteri KPDNKK untuk membincangkan hala tuju peniaga-peniaga kecil Melayu dan mencari jalan agar segala kemelut dan permasalahan ahli-ahlinya dapat di atasi dengan lebih berkesan lagi.

Ada beberapa perkara yang menurut Dato' Zainol untuk diberi perhatian dan diperhalusi lagi diperingkat KPDNKK terutama yang membabitkan prosuder pinjaman dan pelaksanaan skim mikro-i dan UK-Dinamik yang dilihat terlalu banyak dihalangi oleh karenah birokrasi sehingga menimbulkan rasa 'malas' untuk ahli-ahli persatuan penjaja memohon pinjaman tanpa faedah tersebut. Biarpun konsep pinjaman tersebut benar-benar bertujuan untuk membantu seluruh penjaja dan peniaga kecil Melayu namun kaedah pinjaman itu disalurkan memerlukan satu mekanisma yang lebih sistematik dan tidak menyebelahi satu pihak sahaja. Dato' Hj. Zainol melalui kerjasama YDP-YDP cawangan PPPKMNS sedang meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan diperingkat cawangan dan juga negeri. Sejumlah RM780,000.00 telah diluluskan untuk pelbagai pinjaman oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada mereka yang berniaga.

Selain itu insuran PIMPIN yang dikhususkan untuk penjaja-penjaja yang berdaftar dengan SKM juga dengan peruntukan sejumlah RM16 juta dilihat sesuatu yang amat berguna yang dilancarkan oleh KPDNKK lewat tahun lalu. Skim insuran ini juga merupakan satu skim yang perlu diteruskan dan ditambah baik oleh KPDNKK kerana ia menunjukan keprihatinan KPDNKK kepada warga penjaja.

Dato' Hj. Zainol menyeru mana-mana ahli PPPKMNS yang belum menyertai PIMPIN agar berbuat demikian secepat mungkin sebelum peruntukan dana tersebut habis. Bagaimanapun, PPPKMNS dan gabungannya diperingkat kebangsaan akan sentiasa mencari jalan agar beberapa isu yang membabitkan persatuan penjaja dapat ditangani dengan kadar segera oleh KPDNKK. Ia merupakan satu cabaran buat kepimpinan baru kementerian tersebut.

Sekali lagi seluruh ahli-ahli PPPKMNS mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Datuk Hasan Malek kerana telah dilantik sebagai Menteri di Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepunggunaan. TAHNIAH



YB DATUK HASAN MALEK DILANTIK MENGETUAI MENTERI DI KPDNKK

· 0 ulasan

SEREMBAN - Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek yang hari ini diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berazam untuk melaksanakan tanggungjawab yang baru diterimanya dengan baik, terutama dalam soal menjaga kepentingan dan hak rakyat sebagai pengguna.
   
Beliau berkata walaupun tugas sebagai menteri amat berat, namun beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai timbalan menteri sebelum ini untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin demi memastikan kesejahteraan rakyat.
   
"Kementerian ini antara kementerian yang besar tanggungjawabnya dan saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri yang meletakkan kepercayaan kepada saya, para pengundi saya yang memilih saya di kawasan parlimen Kuala Pilah dan seluruh rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Chedang di sini.
   
Katanya adalah terlalu awal untuk menyatakan apa yang akan dilaksanakan selaku menteri di kementerian itu, bagaimanapun beliau berhasrat untuk terus melaksanakan sebarang dasar kementerian yang bersesuaian dengan program transformasi kerajaan.
   
Mengulas barisan kabinet yang diumumkan Najib hari ini, Hasan berkata ia satu kumpulan yang dapat mencernakan lagi aspirasi perdana menteri untuk melonjakkan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya perdana menteri dilihat begitu bersungguh untuk memastikan kejayaan dasar transformasi negara dengan membawa masuk tokoh dan individu yang mempunyai kebolehan masing-masing.
   
"Apabila Datuk Seri Najib mengumumkan Presiden Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam senarai kabinetnya saya turut terkejut, tapi inilah yang kita nampak usaha yang cuba dilakukan perdana menteri," katanya.
   
Hasan, 67, yang berkelulusan Diploma Pentadbiran Pembangunan Universiti Manchester, United Kingdom ialah bekas guru dan sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pilihan raya umum ke-13.  

Sementara itu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yakin pelantikan Datuk Hasan Malek sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dapat memartabat gerakan koperasi sebagai institusi sosioekonomi yang mampu memanfaatkan rakyat negara ini.

Presiden ANGKASA, Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum, dalam satu kenyataan hari ini, turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah itu atas pelantikan beliau sebagai menteri serta Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik timbalan menteri.
"Sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA akan memberi sepenuh sokongan kepada Hasan dalam menerajui kementerian demi kemajuan dan kejayaan koperasi di negara ini," katanya.

Mohd Ali turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa memberi sokongan serta bimbingan kepada gerakan koperasi agar terus maju dan berjaya.

Sebanyak 10,200 koperasi berdaftar di bawah ANGKASA dengan keanggotaan individu kira-kira lapan juta orang


Kredit kepada BERNAMA

ANTARA MENTERI YANG TIDAK DILANTIK SEMULA

· 0 ulasan

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Menteri Kerjaya, Datuk Shaziman Abu Mansor tidak dipilih semula dalam Kabinet baru yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Shaziman, Ahli Parlimen Tampin menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu. 
Turut tidak disenaraikan ialah bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Semua mereka kalah dalam PRU-13. 

Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan); Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air); Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga tidak dipilih. Semua mereka tidak bertanding PRU-13.

MCA tidak terima sebarang jawatan

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang di Parlimen Bentong turut tidak disenaraikan berikutan keputusan partinya tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet berikutan kekalahan teruk dialami MCA dalam PRU-13.

Dalam pada itu, beberapa bekas timbalan menteri turut digugurkan. Mereka Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan); Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani); Datuk Chuah Tee Yeong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani); Datuk Dr Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran). Semua mereka menang PRU-13. 
Datuk Dr Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); (A Kohilan Pillay (Timbalan Menteri Luar); Datuk Yeong Khoon Seng (Timbalan Menteri kerja raya), Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Dr Puad Zakarshi (Timbalan Menteri Pelajaran); Datuk S K Devamany (Timbalan Menteri di JPM).

Datuk Liew Wui Keong (Timbalan Menteri di JPM); Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Datuk Maglin Dennis Cruz (Timbalan Menteri Penerangan); Datuk Dr How Kok Cheung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) turut tidak disenarai kerana kalah dalam PRU-13.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Maznah Mazlan turut tidak disenarai. Mashitah tidak bertanding, manakala Maznah bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang dan menang.

Datuk Wira Abu Seman Yusop (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Datuk Gan Ping Siew (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) tidak bertanding PRU-13.

Kredit kepada BH Online

SENARAI MENTERI KABINET BARU 2013

Khamis, 16 Mei 2013 · 0 ulasan


BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:

(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMN0)



PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN

JUMLAH JAWATAN: 57
JUMLAH KEMENTERIAN: 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA: 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK: 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS: 82 ORANG

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI

Rabu, 15 Mei 2013 · 0 ulasan

MESYUARAT AJK NEGERI

· 0 ulasan
Mesyuarat AJK Negeri pada 11hb Mei, 2013

My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line