SEHARUSNYA pentadbiran AJK 2014 PPPKMNS terpanggil untuk mengadakan 'post mortem' setelah melewati hari-hari getir pada sambutan Hari Penjaja & Peniaga Kecil Kebangsaan yang telah berlansung di Dataran Senawang tempoh hari. Bukan bermaksud mencari kesalahan dan meletakan seseorang dalam kesalan tak sudah tetapi lebih kepada mencari kebaikan dan berkongsi pengalaman mengendalikan satu aktiviti berskala besar!
Sungguh, apa yang dilewati PPPKMNS melalui aktiviti Hari Penjaja peringkat kebangsaan kali pertama disambut itu bukanlah satu tugas mudah melainkan memerlukan kesepakatan dalam merencana segala gerak kerja. Ditambah dengan agihan tugas dan jadual kerja yang tentunya teratur seterusnya mencari formula terbaik menjayakan segala yang telah dirancang. Ini bukan kerja minoriti tetapi lebih kepada majoriti. Lupakan pangkat dan kuasa dalam organisasi pentadbiran kerana yang dinilai akhirnya bukan semua itu tetapi hasil kerja yang diterjemah semasa aktiviti berlansung.
Siapa yang tidak gerun menganjur aktiviti besar tetapi setidak-tidaknya ia datang untuk memberikan kita semua pengalaman dalam urusan pentadbiran. Ia mengajak kita semua bekerjasama sama ada dalam rela atau terpaksa.
Bagi mencari keserasian dalam pentadbiran PPPKMNS, post mortem ini perlu untuk menilai apa kekurangan dan kecacatan dalam organisasi keseluruhan PPPKMNS. Sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak; pada sambutan Hari penjaja peringkat kebangsaan yang akan datang...negeri manapun yang akan menjadi penganjur...mereka akan terpaksa juga merujuk kepada PPPKMNS. Sekurang-kurangnya meminta buah fikir kerana nyatanya, PPPKMNS telah punya sejarah menganjurkannya.
Maka sebelum itu, kita perlu menilai diri. Mengkritik diri sendiri. Mencari salah dan silap. Kerana hasilnya nanti kita akan dapat memperbaiki diri.
Adakah gerak kerja kita betul? Adakah urusetia PPPKMNS yang terbabit dalam program ini bekerjasama sepenuhnya? Atau sekadar mencari nama dengan kerja sambil lewa. Atau mencari glamour dengan baju korporat urusetia dan sibuk mengambil gambar sana dan sini? Adakah urusetia benar-benar mengikut portfolio kerja yang diamanahkan? Atau terdapat pertindanan kerja antara sesama urusetia?
Bagaimana dengan soal kewangan? Adakah terdapat kebocoran di mana-mana? Bagaimana pula hasil kerjasama PPPKMNS dengan KPDNKK? Adakah terdapat klausa yang PPPKMNS terlepas pandang sehinggakan Hari Penjaja ini mirip kepada Hari KPDNKK?
Inilah antara tujuan setiausaha melalui perkenan YDP memanggil satu mesyuarat khas untuk menilai dan meng-KPI-kan hasil kerja barisan urusetia yang terbabit dalam program Hari Penjaja tempoh hari.
*p/s Kepada
Pak Oncu..saya tidak boleh berlebihan mengomel....
0 ulasan:
Catat Ulasan