Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

Apa Dah Jadi???

Jumaat, 18 April 2014 · 0 ulasan
Apa dah jadi ??? terus senyap tanpa berita, jika ada menteri datang sibuk nak cari orang untuk meramaikan ,, apa faedahnya ??? membazir wang dan tenaga !!!!!

Bila ??

Ahad, 2 Mac 2014 · 0 ulasan
bila post moterm nak di buek sekali lagi ni,,, ado konspirasi ke ni ?????? dari 70 tinggal hanya 30 mana ghaib nya lagi 40
.... sapa boleh jwp ???

Rujuk :LAPORAN DARI GABUNGAN



MESYUARAT POST MORTEM MENJADI PRA-POST MORTEM

Jumaat, 7 Februari 2014 · 0 ulasan
MESYUARAT AJK NEGERI. PRA-POST MORTEM PROGRAM HARI PENJAJA PERINGKAT KEBANGSAAN

Saya berasa terpanggil untuk menulis yang kali ini mungkin mewakili isi hati saya sendiri selaku timbalan setiausaha PPPKMNS. Sebaik program Hari Penjaja selesai lewat 18 - 20hb Januari lalu, atas saranan beberapa orang AJK Negeri dan juga atas kesedaran saya sendiri; perlu diadakan satu mesyuarat khas yang dinamakan Mesyuarat Post Mortem Hari Penjaja Peringkat Kebangsaan. Antara tujuan mesyuarat itu adalah untuk menilai dan meng-KPI-kan status program tersebut. Bagaimanapun yang terjadi adalah mesyuarat yang telah diadakan pada 06hb feb itu akhirnya bertukar menjadi mesyuarat apa yang boleh saya namakan sebagai mesyuarat pra-post mortem sahaja berikutan tiada dokumen sokongan lengkap untuk menjadikan mesyuarat itu mesyuarat post mortem sebenar. Salah siapa? Sebagai antara orang yang bertanggungjawab atas urusan dokumentasi, saya sedia memikul sedikit sebanyak kesalahan tersebut.

Sebenarnya saya telah cuba mendapatkan sebanyak mungkin informasi tentang program hari penjaja tersebut terutama hal khemah dan agihannya kerana saya yang entah bila masa terlantik menjadi antara urusetia yang mengendalikan khemah mendapat juga input tentang agihan khemah ini meskipun dalam kapasiti yang paling minimum. Dalam bahasa mudahnya saya sepatutnya terbabit dalam urusan pengendalian agihan khemah tetapi tidak dapat melaksanakan tugasan sepenuhnya lantaran berlaku pertindanan tugas! Manakan mungkin saya dapat menjalankan sesuatu kerja yang dokumen untuknya 'kosong'. Setakat ke hulu ke hilir dengan berbekalkan air liur sahaja. Tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa kerana kesalahan ini sebenarnya tanggungan bersama. Iaitu kelemahan pentadbiran. Cuma yang kesalnya kerana AJK tidak mengambil pelajaran dari program hari penjaja peringkat negeri yang telah dijalankan di Kuala Pilah tempoh hari.

Apa yang terpapar di laman blog PPPKMNS beberapa waktu dulu tentang agihan khemah adalah berdasarkan andaian perkiraan yang telah saya buat bersama dengan YDP Negeri dan setiausaha kerjanya. Pengesahan untuk bilangan sebenar pembahagian khemah tersebut cuma boleh dibuat dan disahkan oleh setiausaha agung Gabungan PPPKM. Biarpun pada andaian itu perkiraan keluar masuk duit juga telah disediakan, saya sendiri pada mulanya tidak faham kenapa YDP Negeri tidak membentangkan dokumen tersebut dalam mesyuarat post mortem ini. Akhirnya barulah saya sedar yang akaun untuk program Hari Penjaja peringkat Kebangsaan ini bukan dibawah seliaan PPPKMNS sebaliknya oleh GPPPKM. Jadi sehingga peringkat gabungan mengunjurkan laporan lengkap program tersebut dari sudut pembahagian khemah sehingga akaun lengkap program, barulah peringkat Negeri boleh membuat analisa segalanya. 

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah status pengendalian program berskala besar itu sebenarnya di bawah seliaan siapa? Peringkat Negeri atau Kebangsaan. Dari sudut gerak kerja, yang nampak adalah pihak Negeri yang bertungkus lumus menguruskan segala serba serbi. Ini dari sudut NGO yang terbabit. Manakala dari sudut kerajaan atau saya namakan KPDNKK pula, KPDNKK Putrajaya menjadi tuan rumah atau pemain utama. Sehingga dikesempatan saya menghadiri beberapa mesyuarat dengan KPDNKK peringkat Negeri, banyak keputusan yang tidak dapat diputuskan bahkan oleh pengarah Negeri sendiri lantaran arahan utama datangnya dari pusat. Sudahlah tempoh persediaan menganjurkan program tidak sampai sebulan, segala serba serbinya pula menjadi kelam kabut lantaran masalah urus tadbir. Hal demikian juga berlaku pada persatuan penjaja peringkat Negeri (PPPKMNS) kerana arahan utama datangnya dari GPPPKM. Memang sepatutnya arahan utama itu datangnya dari pusat kerana program ini adalah program peringkat kebangsaan! Yang saya pertikaikan ialah sepatutnya diwujudkan satu urusetia khas gabungan antara AJK Pusat dan Negeri. Jadi kerjasama antara negeri dan gabungan akan mengelakkan masalah urus tadbir termasuk komunikasi. Sebagai contoh urusetia yang terbabit dalam pengendalian khemah. Jika barisan urusetia ini terdiri dari persatuan Negeri dan Gabungan, maka ia boleh diselesaikan dari awal lagi. Apabila urusetia Negeri membuat pembahagian khemah, pihak gabungan pula turut membuat pembahagian khemah sehingga berlaku pertindanan penyewa. Akhirnya untuk jalan penyelesaian segera, Dato' YDP Negeri terpaksa menyewa khemah tambahan sehingga 6 buah! Itupun tindakan tersebut memang benar-benar tindakan penyelesaian segera kerana tidak sampai sehari, MPS telah datang untuk merobohkan khemah tersebut.  

Saya juga difahamkan terdapat tugasan yang menerima dua tiga arahan. Yang ini cakap macam itu, yang itu cakap macam ini. Jadi urusetia nak dengar cakap macam itu atau cakap macam ini? Saya juga tidak pasti, untuk program ini...siapa ketua sebenarnya untuk dirujuk jika timbul masalah?

Berkenaan urusetia khemah. Macam yang saya beritahu seawalnya, meskipun saya antara pembantu bagi urusan khemah ini; tapi saya tidak mempunyai apa-apa dokumen sokongan. Tiada senarai penyewa. Tiada susun atur khemah atau pelan tapak. Saya pun tidak tahu agihan khemah sebenar. Berapa peruntukan untuk Negeri, berapa peruntukan untuk Gabungan. Berapa peruntukan untuk Parlimen dan berapa peruntukan untuk KPDNKK (atau agensinya). 

Dan sebagai orang yang terbabit secara utama dalam pengendalian laman blog PPPKMNS, saya juga tidak mempunyai maklumat tentang program hari penjaja peringkat kebangsaan ini sehingga pengisian yang mampu untuk saya kongsikan dalam laman blog ini amat terbatas. Saya cuba membuat rujukan dalam laman web untuk mencari input tambahan namun inputnya juga terlalu sedikit. Malang bagi program sebesar ini!. Tentu orang-orang di luar sana akan merujuk kepada laman blog PPPKMNS juga akhirnya untuk mendapatkan sebarang input tentang program. Malah kebanyakan input program yang terpapar dilaman blog inipun sebenarnya adalah input terkemudian. Contohnya tentatif program dan gambar banner program. Itu hanya saya dapatkan semasa program berjalan iaitu melalui buku program yang saya jumpa dikerusi orang ramai. Tentatif program yang saya minta 2, 3 hari sebelum program (dalam mesyuarat dengan PPDNKK Negeri Sembilan) untuk saya masukan dalam laman blog tidak saya perolehi. Pegawai PPDNKK memaklumkan kepada saya ia tiada pada mereka tetapi ada pada KPDNKK Putrajaya. Jika tuan-tuan melihat input tentang tentatif program hari penjaja ini memang tarikhnya sebelum program berjalan, tetapi itu semua saya 'setting' pada tarikh sahaja! Hakikatnya ia saya kongsikan selepas berlangsungnya hari penjaja!

Berbalik pada mesyuarat post mortem, saya akan usahakan untuk mendapatkan jumlah sebenar khemah dan agihannya. Selagi tiada data tersebut, selagi tiada sokongan dokumentasi, mesyuarat post mortem akan tergantung. Biarpun sebenarnya pada perkiraan saya, perkara ini amat mudah kerana ia hanyalah melibatkan angka-angka. Angka jumlah khemah. Akhirnya angka itu ditukarkan menjadi RM. Inilah isu utamanya yang saya nampak.

Apapun, kita semua bersangka baiklah. Jika kita tidak mempertahankan PPPKMNS ini, siapa lagi ? Cuma kita haruslah berkerjasama dalam situasi tulus ikhlas dan saling ingat mengingati. Hasil kesepakatan kita semua, segalanya akan berjalan lancar dan teratur. Semua perkara boleh diselesaikan asalkan semua orang tidak menyembunyikan sesuatu.




        



PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS)

Rabu, 5 Februari 2014 · 0 ulasan

Satu pertemuan telah diadakan antara AJK PPPKMNS terdiri dari YDP, Setiausaha. Bendahari dan Penolong Setiausaha dengan pegawai pendaftar pertubuhan susulan daripada masalah kemas kini status pendaftaran PPPKMNS.

Selaras dengan pendaftaran sistem online yang diperkenalkan ROS, setiap setiausaha persatuan dimestikan menguasai ilmu IT bagi memudahkan urusan pendaftaran juga kemas kini.

Wakil dari PPPKMNS terdiri dari Dato' Zainol Ishak, en. Ramli, tuan haji Zubir dan en. Tajol Ariffin manakala pegawai pendaftar ialah puan. Noraini.

PENYATAAN DARI PPPKM NEGERI

Khamis, 30 Januari 2014 · 0 ulasan
PENTADBIRAN PPPKMNS INGIN MEMAKLUMKAN terdapat sebuah persatuan penjaja dan peniaga yang mirip PPPKMNS telah ditubuhkan dengan no pendaftaran PPM-010-05-2001201. Persatuan ini didaftarkan atas nama PERSATUAN PENIAGA DAN PENJAJA KECIL SENAWANG, NEGERI SEMBILAN (PPPK Senawang).

Oleh kerana persatuan ini tidak bergabung dengan PPPKMNS dan juga PPPKM, adalah dimaklumkan PPPKMNS tidak akan bertanggungjawab atas segala kesulitan yang dialami oleh ahli-ahli persatuan ini. Sebarang aktiviti ataupun program persatuan ini bukanlah aktiviti atau program PPPKMNS. Apa juga pandangan daripada persatuan ini juga bukanlah mewakili pendangan PPPKMNS. Untuk mengelakan sebarang kekeliruan antara Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Senawang Negeri Sembilan dengan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS) orang ramai boleh berhubung terus dengan pejabat atau AJK Negeri.

Dimaklumkan juga, setakat ini logo persatuan yang tertera pada borang keahlian persatuan tersebut juga didapati sama dengan logo PPPKMNS. Salah seorang AJK Utamanya adalah bekas pengerusi cawangan PPPKMNS-Cawangan Seremban Selatan. Kadar yuran yang dikenakan juga ialah RM160.00 berbanding kadar yuran PPPKMNS yang cuma RM30.00 sahaja.

Harap Maklum. Terima kasih.

PM Lancar Superb

Isnin, 27 Januari 2014 · 0 ulasan

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang menyediakan geran sehingga RM500,000 akan membuka permohonan penyertaannya bermula 2 Februari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyokong idea perniagaan yang kreatif serta inovatif daripada usahawan muda bumiputera dan menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk tempoh tiga tahun ini menerusi program Superb.

"Selain membantu syarikat-syarikat maju dan kukuh untuk berkembang, kerajaan juga menyedari bahawa ramai anak-anak muda yang mempunyai idea kreatif dan inovatif tetapi menghadapi cabaran untuk membangunkan idea tersebut dalam bentuk perniagaan," katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera kali ketiga di Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, usahawan-usahawan muda bumiputera yang layak untuk program Superb akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Kata Najib, penubuhan Superb yang diumumkan pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September tahun lalu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu dibuka kepada mana-mana usahawan muda Bumiputera atau syarikat-syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang tiga tahun.

Tambahnya, program Superb yang akan berjalan selama tiga tahun itu menyasarkan sebanyak 300 usahawan muda Bumiputera dapat dibantu dengan sasaran untuk tahun ini adalah 60 usahawan atau syarikat.

"Maklumat lanjut mengenainya akan dibuat melalui ikan di akhbar-akhbar harian pada 2 Februari ini. Kita berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelbagai kelompok usahawan Bumiputera sama ada yang telah berkembang atau baharu," katanya.

Dalam pada itu Najib memberitahu, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan usahawan bumiputera dan telah meluluskan Dana Mudah Cara Bumiputera sebanyak RM1.26 bilion yang melibatkan 116 syarikat sejak Ogos 2011 hingga bulan Januari ini.

Tambah beliau, jumlah Dana Mudah Cara yang diluluskan melalui Teraju adalah RM569.3 juta manakala melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) adalah sebanyak RM793.3 juta.

"Kerajaan telah memperkenalkan Dana Mudah Cara iaitu geran sehingga 15 peratus daripada keseluruhan kos projek yang bernilai sekurang-kurangnya RM5 juta dan mempunyai komponen infrastruktur, jentera dan peralatan," katanya.

Katanya, kerajaan sedar bahawa sokongan perlu diberikan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan pelaburan melalui pembiayaan inisiatif swasta dan sekali gus membina kapasiti golongan itu untuk bersaing di pasaran terbuka.

Antara sektor terlibat bagi pengagihan Dana Mudah Cara adalah sektor minyak, gas dan tenaga dengan dana sebanyak RM122.4 juta untuk 22 projek, sektor pembangunan hartanah dan pembinaan (RM116.8 juta untuk 20 projek) serta sektor pemborong dan peruncitan (RM103 juta untuk 13 projek).

Sementara itu Najib memberitahu, pembiayaan bernilai RM453.3 juta dengan melibatkan 126 permohonan telah diluluskan di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Dana Teras) sejak Ogos 2012 sehingga Januari ini.

"Sehingga kini terdapat 520 buah syarikat berada di bawah program ini dan sebagai sokongan untuk meningkat daya saing syarikat, kerajaan telah mewujudkan Dana Teras untuk membiayai modal kerja dan pemerolehan aset.

"Jumlah keseluruhan Dana Teras yang disediakan adalah RM1.64 bilion dan disalurkan melalui tiga buah institusi kewangan iaitu SME Bank, RHB Islamic dan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)," katanya.

PM RASMI HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN DI DATARAN SENAWANG

Isnin, 20 Januari 2014 · 0 ulasan
Dataran Senawang, 18 Jan. – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan pertambahan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil negara ini dengan syarat para peniaga melunaskan pinjaman mereka dalam jangka masa di tetapkan dengan penuh disiplin. Dasar kerajaan yang baik selama ini banyak membantu penjaja dan peniaga kecil (micro enterprise) dengan jumlah pekerja sekitar lima orang  sehingga mereka menjadi peniaga yang benar-benar berjaya.

Namun begitu, Perdana Menteri di dalam ucapan menegur para peniaga yang bersikap ali baba dan menyerahkan tapak perniagaannya kepada warga asing untuk diuruskan seperti yang berlaku ketika ini. Beliau menyempurnakan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2014 di Dataran Senawang, hari ini. Tegas beliau di dalam ucapan, kerajaan memandang serius situasi yang berlaku dan berharap peniaga yang telah diberi peluang dan ruang berniaga agar mengusahakan sendiri perniagaan mereka sehingga benar-benar berjaya.

Perdana Menteri turut mempertimbangkan pembiayaan kepada peniaga Bazaar Ramadhan yang dilihat berpotensi untuk mempertingkatkan ekonomi mereka, walaupun perniagaan itu hanya sebulan sahaja.

Sementara, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, menyambut ketibaan Perdana Menteri turut menyeru penjaja dan peniaga agar berdaya saing agar dapat menambah pendapatan keluarga dari perniagaan.

Beliau di dalam ucapan menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Perbandaran melonggarkan syarat perlesenan dan membatalkan yuran lesen kepada penjaja dan peniaga yang berniaga di hadapan rumah selama tiga tahun.

“Beri peluang kepada mereka menambah pendapatan keluarga mereka. Biar mereka membantu suami dan menambah pendapatan keluarga untuk pendapatan RM20 ke RM30 sehari.” katanya.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek, Presiden, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor dan YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

LAPORAN HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN (1)

· 0 ulasan
LAPORAN yang diterima daripada urusetia program berkenaan agihan khemah, kami paparkan untuk perhatian dan tindakan ahli-ahli PPPKMNS seluruhnya. Bentangan belanjawan program akan kami paparkan kemudian setelah selesai pengiraan akaun.

AGIHAN KHEMAH MENGIKUT NEGERI

NEGERI
KHEMAH
NEGERI SEMBILAN
38*
WILAYAH PERSEKUTUAN
18
SELANGOR
15
TERENGGANU
5
PERAK
2
JOHOR
3
MELAKA
3
PAHANG
2
SABAH
2
SERAWAK
0
PULAU PINANG
4
KEDAH
2
JUMLAH 'A'  
94

AGIHAN KHEMAH KEPADA PARLIMEN KUALA PILAH

PARLIMEN 
KHEMAH
PARLIMEN KUALA PILAH
10
JUMLAH 'B'  
10

AGIHAN KHEMAH KEPADA AGENSI KPDNKK


KPDNKK
KHEMAH
PNS
10
KEDAI 1 MALAYSIA
10
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
10
PPDNKK SEREMBAN (CIK PANG)
4
JUMLAH 'C'  
34

JUMLAH KESELURUHAN KHEMAH (A+B+C) IALAH 138 SAHAJA BERBANDING SASARAN AWAL YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT IAITU SEBANYAK 150 KHEMAH. ALASAN KPDNKK IALAH LUAS KAWASAN YANG TERHAD. JIKA IKUTKAN KELUASAN SEBENAR, JUMLAH KHEMAH YANG BOLEH DIPASANG CUMA 126 KHEMAH SAHAJA.

* NOTA : BAGI KUOTA NEGERI SEMBILAN, 9 PENYEWA TELAH MEMINTA DIPULANGKAN SEMULA DEPOSIT (RM2700.00). 




Disediakan oleh Timb. Setiausaha/Urusetia khemah

PPPKMNS PERLUKAN TRANFORMASI PENTADBIRAN YANG TERBAIK MELALUI KERJASAMA AJK 2014.

Ahad, 19 Januari 2014 · 0 ulasan


SEHARUSNYA pentadbiran AJK 2014 PPPKMNS terpanggil untuk mengadakan 'post mortem' setelah melewati hari-hari getir pada sambutan Hari Penjaja & Peniaga Kecil Kebangsaan yang telah berlansung di Dataran Senawang tempoh hari. Bukan bermaksud mencari kesalahan dan meletakan seseorang dalam kesalan tak sudah tetapi lebih kepada mencari kebaikan dan berkongsi pengalaman mengendalikan satu aktiviti berskala besar!

Sungguh, apa yang dilewati PPPKMNS melalui aktiviti Hari Penjaja peringkat kebangsaan kali pertama disambut itu bukanlah satu tugas mudah melainkan memerlukan kesepakatan dalam merencana segala gerak kerja. Ditambah dengan agihan tugas dan jadual kerja yang tentunya teratur seterusnya mencari formula terbaik menjayakan segala yang telah dirancang. Ini bukan kerja minoriti tetapi lebih kepada majoriti. Lupakan pangkat dan kuasa dalam organisasi pentadbiran kerana yang dinilai akhirnya bukan semua itu tetapi hasil kerja yang diterjemah semasa aktiviti berlansung.

Siapa yang tidak gerun menganjur aktiviti besar tetapi setidak-tidaknya ia datang untuk memberikan kita semua pengalaman dalam urusan pentadbiran. Ia mengajak kita semua bekerjasama sama ada dalam rela atau terpaksa. 

Bagi mencari keserasian dalam pentadbiran PPPKMNS, post mortem ini perlu untuk menilai apa kekurangan dan kecacatan dalam organisasi keseluruhan PPPKMNS. Sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak; pada sambutan Hari penjaja peringkat kebangsaan yang akan datang...negeri manapun yang akan menjadi penganjur...mereka akan terpaksa juga merujuk kepada PPPKMNS. Sekurang-kurangnya meminta buah fikir kerana nyatanya, PPPKMNS telah punya sejarah menganjurkannya.

Maka sebelum itu, kita perlu menilai diri. Mengkritik diri sendiri. Mencari salah dan silap. Kerana hasilnya nanti kita akan dapat memperbaiki diri. 

Adakah gerak kerja kita betul? Adakah urusetia PPPKMNS yang terbabit dalam program ini bekerjasama sepenuhnya? Atau sekadar mencari nama dengan kerja sambil lewa. Atau mencari glamour dengan baju korporat urusetia dan sibuk mengambil gambar sana dan sini? Adakah urusetia benar-benar mengikut portfolio kerja yang diamanahkan? Atau terdapat pertindanan kerja antara sesama urusetia? 

Bagaimana dengan soal kewangan? Adakah terdapat kebocoran di mana-mana? Bagaimana pula hasil kerjasama PPPKMNS dengan KPDNKK? Adakah terdapat klausa yang PPPKMNS terlepas pandang sehinggakan Hari Penjaja ini mirip kepada Hari KPDNKK?

Inilah antara tujuan setiausaha melalui perkenan YDP memanggil satu mesyuarat khas untuk menilai dan meng-KPI-kan hasil kerja barisan urusetia yang terbabit dalam program Hari Penjaja tempoh hari.



*p/s Kepada Pak Oncu..saya tidak boleh berlebihan mengomel....


BRAVO ZULU AJK NEGERI !!!

· 0 ulasan

Tahniah kepada semua AJK Negeri dan AJK Daerah Daerah yg telah menjalankan tugas tanpa rasa lelah dan tanpa apa apa bantuan atau token daripada PDNKK PUSAT ,,,, !!!! apa pun syabas kepada Dato' Zainol dan Shafinah yang telah banyak membantu untuk menjalankan program ini !!!

JUALAN TAPAK NIAGA SEMPENA HARI PENJAJA KINI DITUTUP

Isnin, 13 Januari 2014 · 0 ulasan


ADALAH DIMAKLUMKAN, JUALAN TAPAK NIAGA (KHEMAH DAN BOOTH) KINI DITUTUP. KESEMUA TAPAK NIAGA YANG DITAWARKAN TELAH DISEWA OLEH PARA PENJAJA. PPPKMNS MEMOHON MAAF KEPADA MEREKA YANG TIDAK MENDAPAT TAPAK NIAGA.

KPDNKK SEDIAKAN 100 BAS UNTUK ORANG RAMAI DATANG KE PROGRAM HARI PENJAJA PERINGKAT KEBANGSAAN

Ahad, 12 Januari 2014 · 0 ulasan
KPDNKK menyediakan kemudahan sehingga 100 buah bas khas percuma untuk membawa orang ramai menyertai sambutan Hari Penjaja peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Senawang pada 17 hingga 19hb Jan ini. Kesemua bas-bas tersebut diagihkan kepada beberapa NGO untuk menguruskannya termasuk kepada PPPKMNS sendiri selaku penganjur bersama. PPPKMNS diperuntukan sebanyak 100 buah bas untuk membawa ahli-ahlinya hadir ke program yang dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib bin Tun Hj. Abdul Razak 18hb jam 3:00 petang. Semua pengunjung akan diberikan kupon untuk tujuan mendapatkan makanan dan minuman percuma. KPDNKK dan PPPKMNS akan meletakan seorang pegawai/urusetia bagi tujuan menyampaikan kupon-kopun kepada para penumpang. Kupon ini boleh ditukarkan dikaunter khas yang akan disusun mengikut warna kod tertentu.

Pelbagai booth jualan turut dibuka untuk menarik orang ramai hadir. Hari penjaja ini disambut sebagai salah satu cara kerajaan melalui KPDNKK menghargai sumbangan warga penjaja kepada mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Sementelah kini warga penjaja telah diletakan di bawah sebuah kementerian, maka peranan warga penjaja dalam menjana ekonomi negara tidak dilupakan. Beberapa program berskala kecil dan besartelah diatur sama ada oleh KPDNKK maupun oleh PPPKNMNS

Untuk kemudahan orang ramai, berikut diberikan senarai urusetia yang akan mengendalikan bas mengikut cawangan PPPKMNS.


  1. Kuala Pilah : En. Zulhaimi Nordin - 019 2521838
  2. Jempol : En. Ramli Malek - 019 6417004
  3. Port Dickson : En. Arshad Jelani - 019 6005412
  4. Rembau : Pn. Norizan Tamby - 019 2191805
  5. Jelebu : Noorieni Salleh - 013 3196988
  6. Tampin : Pn. Kanas Mohd. Amin - 014 7262281
  7. Seremban Barat : En. Asmadi Mat Nazir - 016 2177108
  8. Seremban Barat (Nilai) : En. Mohammad Yusof - 017 6401005
  9. Seremban Selatan : En. Tajol Ariffin Hasan - 012 3748376 

JUALAN TAPAK KHEMAH NIAGA UNTUK HARI PENJAJA PERINGKAT KEBANGSAAN KINI DIBUKA

Jumaat, 10 Januari 2014 · 0 ulasan
SEMPENA program sambutan Hari Penjaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17hb hingga 19hb Jan, 2014 ini, urusetia penganjur membuka peluang kepada para peniaga untuk menyewa lot tapak khemah bersaiz 10X10 dengan kadar sewaan RM300 sahaja.

Kepada peniaga yang berminat sila dapatkan borang di pejabat PPPKMNS Negeri di tingkat 2, Plaza Seremban (Ibu pejabat MARA Negeri). Oleh kerana sistem muat turun borang pada laman blog ini mengalami masalah, sila muat turun secara terus melalui paparan borang yang disertakan dilaman ini atau terus berhubung dengan urusetia jualan :-


  1. Pn. Intan Safina Ahmad - 011 10607929 (atau whatsapp)
  2. En. Ramli Malek - 019 6417004
  3. En. Tajol Ariffin Hasan - 012 3748376 (atau whatsapp)




PROGRAM PENJAJA PERINGKAT KEBANGSAAN

Isnin, 6 Januari 2014 · 0 ulasan
PPPKMNS telah diberi mandat oleh KPDNKK untuk menganjurkan hari Penjaja Peringkat Kebangsaan pada 17 hingga 19hb ini (januari) di Dataran Senawang. Dijangka program akan dirasmikan oleh PM pada hari kedua iaitu 18hb. Sempena hari penjaja tersebut, beberapa tentatif khas untuk para peniaga akan dijalankan seperti pameran, jualan dan kaunter penerangan. Beberapa agensi kerajaan dijangka akan turut terlibat membuka kiosk penerangan seperti MARA, KPDNKK, SSM, SKM dan beberapa agensi lain.

Susulan dari itu ahli-ahli persatuan yang berminat untuk mendapatkan booth niaga sila berhubung dengan urusetia negeri (pejabat PPPKMNS Negeri). Ruang niaga untuk yang bukan ahli juga terbuka kepada orang ramai. Diskaun diberikan kepada ahli-ahli PPPKMNS.

ATURCARA

16 Januari 2014 (Khamis)
07:45 pm - Majlis bacaan yasin (Masjid Bandar Senawang)

17 Januari 2014 (Jumaat)
08:00 pm - Gotong Royong (Masjid Bandar Senawang)
10:00 am > 06:00 pm - Inflatable Playground/Padang permainan kelab Nuri Bank Rakyat) (Tapak karnival)
10:30 pm - Pertandingan dekorasi cup cake (Tapak Karnival)
03:00 pm - Pertandingan memasak dan pertandingan mewarna (Khemah Utama)
09:00 pm - Forum perdana Hal Ehwal Islam.

  • Tajuk : Rasullullah SAW Sebagai Ikon di Dalam Bidang Perniagaan (Khemah Utama)

10:00 pm - Bersuarai (Semua kawasan)

18 Januari 2014 (Sabtu)
10:00 am - Kuiz pengguna dan cabutan bertuah (Khemah Utama)
10:30 am - Pertandingan dekorasi cup cake (Khemah Utama)
11:00 am > 02:00 pm - Kuiz pengguna bersama artis

  1. Ebby Yus (Khemah Utama)
  2. Nash dan  (Khemah Utama)
  3. Iaya Riana (Khemah Utama)

02:00 pm - Majlis perasmian dan ketibaan Tetamu Kehormat (Khemah Utama)
02:30 pm - Ketibaan YB Menteri KPDNKK bersama isteri (Khemah Utama)
02:45 pm - Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersama iseri (Khemah Utama)
03:00 pm - Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia bersama isteri (Khemah Utama)
03:10 pm - Lagu Negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar wakil penjaja dan peniaga kecil (Khemah Utama)
03:30 pm - Ucapan Ybhg Dato' Hj. Ramli bin Norani, Presiden GPPPKMM (Khemah Utama)
03:35 pm - Ucapan YB Dato; Sri Hasan Malek, Menteri KPDNKK (Khemah Utama)
03:45 pm - Ucapan YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan (Khemah Utama)
03:50 pm - Ucapan perasmian YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Peerdana Menteri Malaysia (Khemah Utama)
04:15 pm - Penyampaian anugerah :

  • Anugerah khas penjaja dan peniaga kecil
  • Tokoh Penjaja dan peniaga kecil kebangsaan

04:40 pm - Lawatan tapak jualan (Khemah Utama)
05:00 pm - Jamuan/bersurai (Khemah Utama)
09:00 pm - Persembahan artis (Khemah Utama)
10:00 pm - Beersurau (semua kawasan)

19 Januari 2014 (Ahad)
10:00 am > 06:00 pm - Inflatable playground (tapak karnival)
10:30 am - pertandingan dekorasi cup cake dan pertandingan karaoke (Khemah Utama)
03:00 pm - Pertandingan mewarna dan persembahan kebudayaan GPPPKMM (Khemah Utama)
05:00 pm - Promosi harga runtuh (Tapak karnival)
09:00 pm - Persembahan gabungan dari 14 Negeri (Khemah Utama)
10:00 pm - bersurau (Semua kawasan)

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line