17 Jan, 2012. Adalah dimaklumkan kepada semua peminjam-peminjam UK-Dinamik bagi Negeri Sembilan, pihak MARA telah menghantar surat (Ruj: BBU(NS) 06/2-28) kepada pejabat PPPKMNS merujuk kepada status dan proses terkini program UK-Dinamik. Susulan dari itu, satu perbincangan antara AJK Negeri telah diadakan pada 26hb Jan bertempat di ibu pejabat PPPKMNS dengan dipengerusikan oleh Dato' Hj. Zainol Ishak. Turut sama ialah Setiausaha Negeri En Ramli Malek, YDP Cawangan Seremban Selatan En. Mohd Yusof Wahab bersama Timbalan dan Setiausahanya; Hj. Zubir Hj Dahari dan En.Tajol Ariffin Hasan.
Pihak MARA berpendapat program UK-Dinamik ini agak kurang mendapat sambutan berdasarkan jumlah permohonan yang diterima tidak mencerminkan kapasiti ahli-ahli PPPKMNS berjumlah 27 ribu orang. Setakat ini pihak MARA hanya menerima 35 permohonan sahaja. Apa yang difahamkan peruntukan sebanyak RM350,000.00 untuk PPPKMNS hanya digunakan kira-kira 38% sahaja iaitu sebanyak lebih kurang RM134,000.00. Menurut YDP Negeri Dato' Hj. Zainol Ishak, dana yang diperuntukan oleh kerajaan kepada program UK-Dinamik ini ialah sebanyak RM50 juta. Malah itu adalah peruntukan awal yang akan ditambah lagi berdasarkan rekod pembayaran peminjam.
Melalui perbincangan yang diadakan, Dato' Hj Zainol berharap YDP-YDP Cawangan memainkan peranan untuk mencari bakal-bakal peminjam yang berkelayakan bagi program kedua UK-Dinamik ini untuk membantu kerajaan mewujudkan lebih ramai peniaga-peniaga kecil Melayu yang berwibawa.
STATISTIK PEMPROSESAN UK-DINAMIK (NEGERI SEMBILAN) |
DAERAH | DITERIMA | DITOLAK | DALAM PROSESS | PROSES CEK | LULUS (RM) |
Seremban | 12 | 2 | 0 | 10 | 100,000.00 |
Jempol | 10 | 2 | 4 | 4 | 34,000.00 |
Kuala Pilah | 2 | - | 2 | - | - |
Tampin | 2 | - | 2 | - | - |
Port Dickson | 3 | - | 3 | - | - |
Jelebu | 6 | 5 | 1 | - | - |
Rembau | tiada | - | - | - | - |
JUMLAH | 35 | 9 | 12 | 14 | 134,000.00 |