LAGI KEDAI KONSEP 1MALAYSIA DIPERKENAL
BANK RAKYAT ANTARA 300 KOPERASI TERBAIK DUNIA
KRONOLOGI PENUBUHAN PPPKM-NS
BIL
|
NAMA YDP
|
TAHUN PENTADBIRAN
|
1
|
Tunku Mahudin B. Tunku Sulaiman
|
Dari 1973 hingga 1980
|
2
|
Syeikh Mohamad B. Syeikh Ismail
|
Dari 1980 hingga 1986
|
3
|
Tunku Mahudin B. Tunku Sulaiman
|
Dari 1986 hingga 1990
|
4
|
En. Aziz B. Singah
|
Dari 1990 hingga 1996
|
5
|
En. Mohd Noh B. Husin
|
Dari 1996 hingga 2000
|
6
|
En. Abu Bajar B. Md. Deli
|
Dari 2000 hingga 2004
|
7
|
Ybhg Dato' Hj. Zainol B. Hj. Ishak
|
Dari 2004 hingga kini
|
SENARAI PENGERUSI CAWANGAN
Pengerusi : Dato' Hj. Zainol bin Ishak
Pengerusi : Asmadi Mat Nasir.
NYATO TEGOH ENTERPRISE.
Tel: 016 - 217 7108.
Alamat: 199 JALAN MATAHARI 5, TAMAN MATAHARI HIGHTS, 70450 SERMBAN, NS.
Pengerusi - Kannas binti Minin
Pengerusi - Norainie binti Salleh
Pengerusi - Pn. Norizan Tamby PMC, PJK
YDP - Mohd Arshad bin Jelani
Pengerusi - Ramli bin Malek
Pengerusi - En. Zulhaimi Nordin
TRANSFORMASI USAHAWAN KECIL - USAHAWAN KECIL DINAMIK (UK DINAMIK)
Setiap pinjaman akan dipantau oleh MARA, PPPKM dan PBT. Sasaran peminjam terdiri dari usahawan kecil Melayu. Ini termasuklah mereka yang sedang dan akan berniaga. Skop pinjaman merangkumi pelbagai kategori peniaga antaranya kiosk makanan, kiosk aksesori, pasar malam, bazar malam, gerai-gerai makanan dan minuman, stall kekal atau bergerak juga kepada peniaga-peniaga kecil jalanan yang komited.
Apa yang menarik ialah kali ini kerajaan telah menaruh kepercayaan kepada PPPKM untuk turut serta bersama-sama kerajaan memantau bakal-bakal peminjam demi memastikan sasaran dan objektif kerajaan tercapai. Presiden PPPKM Datuk Ramli Norani memaklumkan bakal-bakal peminjam akan melalui saringan daripada YDP PPPKM Negeri demi memastikan calon terbabit benar-benar layak dan berkemampuan untuk memajukan perniagaan mereka seterusnya berintegriti untuk membayar balik pinjamanan. Seterusnya bayaran balik yang diterima oleh kerajaan itu akan digunakan semula untuk memberi pinjaman kepada lain-lain calon yang layak. Pusingan pinjaman inilah yang diharapkan kerajaan dapat melahirkan lebih ramai usahawan Melayu.
Menurut Datuk Ramli, kriteria utama pemilihan calon ialah mereka mesti berdaftar sebagai ahli PPPKM. Sehingga kini ahli PPPKM berjumlah lebih kurang 500 ribu orang terdiri dari peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil Melayu di seluruh negara. PPPKM akan membuat pemantauan berterusan terhadap peniaga-peniaga yang meminjam dalam skim usahawan dinamik ini termasuk 6 bulan terawal sebagai pemantauan wajib!. Khidmat nasihat dan motivasi percuma akan dibuat demi memastikan setiap peminjam mempunyai sikap jati diri berniaga.
Pembiayaan maksimum RM10 ribu dikeluarkan meliputi kos untuk pembelian peralatan seperti mesin-mesin, stok bahan mentah, pengubahsuaian premis serta modal pusingan. Seperti kata YB Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah " UK Dinamik ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik bantuan dan pembiayaan yang ditawarkan kepada peniaga Bumiputera (Peniaga dan penjaja kecil Melayu)". Apa yang diharapkan kerajaan ialah kesan daripada pelaksanaan UK Dinamik ini ialah ia akan memberi impak positif dengan kelahiran 10 ribu usahawan kecil di seluruh negara. Daripada itu kerajaan berharap dapat pula melahirkan 1,000 usahawan kecil yang berjaya dan berpendapatan tinggi. Peruntukan RM50 juta itu hanyalah peringkat permulaan.
Pengerusi MARA, YB Dato' Idris Jusoh berharap peminjam mempunyai keinginan yang tinggi untuk membayar balik mengikut jadual yang ditetapkan. Ini untuk memastikan calon-calon lain dapat manfaat daripada pembayaran balik yang baik itu untuk mereka pula mendapatkan pinjaman. Dato' Idris berkata MARA sebagai pelaksana agenda Bumiptera sentiasa menyediakan peluang kepada peniaga-peniaga kecil Melayu untuk meningkatkan taraf perniagaan mereka.
Program UK Dinamik ini mewujudkan kerjasama strategik antara kerajaan melalui MARA, PPPKM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta NGO berkaitan. MARA sebagai penyedia dana, bimbingan, pemasaran, perundingan, pemantuan dan groombing PPPKM/NGO sebagai penyaringan calon peminjam, penempatan, rangkaian kumpulan, perjalanan dan ejen pemantuan manakala PBT sebagai penyediaan perlesenan, penempatan dan kemudahan infrastruktur persekitaran.
Presiden PPPKM mengariskan mekanisma pinjaman ialah melalui saringan awal oleh PPPKM Negeri. Ahli-ahli PPPKM yang ingin menyertai UK Dinamik dikehendaki membuat permohonan kepada PPPKM Cawangan. PPPKM Cawangan akan membuat saringan awal sebelum menghantar permohonan calon ke PPPKM Negeri. PPPKM Negeri akan menghantar permohonan ke pejabat MARA Negeri/Daerah. Seterusnya permohonan diproses oleh MARA Negeri/Daerah untuk kelulusan segera. Mana-mana calon yang layak mendapat pinjaman pula akan dipantau oleh PPPKM Negeri/Cawangan terbabit untuk pemantauan sebaik saja pinjaman dikeluarkan.
MENU LABEL
AKTIVITI 2014
Halaman
Pengikut
PEMBERITAHUAN
BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
VISI DAN MISI
VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.
MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.
SEPATAH KATA DARI YDP

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.
Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.
Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.
Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...
Post Terbaru Blog Sahabat
-
ROMBAKAN SEMULA AHLI JAWATANKUASA - KEMELUT PENTADBIRAN yang melanda Surau Infitah Al Khairiah sejak sekian lama bakal diselesaikan melalui satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 28hb J...7 tahun yang lalu
-
SURAT RASMI : MOHON DIREZABKAN SEBAGAI TAPAK PRASARANA BEKAS KOLAM KUMBAHAN MILIK INDAH WATER YANG TELAH DIKAMBUS/TEBUS GUNA DI RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2. - *PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II* Blok D. No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan Senawang-Paroi 70450 Seremban, Negeri Sembilan ...12 tahun yang lalu
-
IBU MITHALI - Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 3, Ustazah Rayah bt Abdul Ghani dinobatkan Ibu Mithali oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada Hari Keluarga ...15 tahun yang lalu
-
IKLAN PERNIAGAAN
Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut. |
Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila). Tel : 014-704 6702 (Norazlie). |
Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah). |
| ANAS INDAH ENTERPRISE Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan - Produk Kecantikan - Pakaian Dan Aksesori Wanita Anas - 014-726 2281 |







