Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

AH LONG DI SEBALIK SYARIKAT PEMINJAM

Isnin, 23 April 2012 · 0 ulasan
Kajian mendapati syarikat pinjaman berlesen memperdaya peminjam dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan sedangkan menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011), kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam ialah tidak melebihi 18 peratus setahun jika tanpa cagaran manakala kadar faedah tidak melebihi 12 peratus setahun pula dikenakan dengan peminjam yang mempunyai cagaran.

Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini mendapati terdapat lebih 30 kes yang diterima mendapati peminjam dikenakan kadar faedah antara 72 peratus setahun hingga 360 peratus setahun. Terdapat segelintir syarikat pinjaman yang turut dikesan mesyaratkan mangsa menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai satu syarat kepada peminjam dan kad ATM tersebut akan disimpan oleh syarikat peminjam sehingga bayaran pinjaman selesai sepenuhnya beserta dengan segala kos dan kadar faedah yang dikenakan.
Lebih memeritkan lagi bakal peminjam ialah mereka memaksa peminjam menandatangani borang perjanjian yang dikosongkan tanpa menyatakan jumlah ansuran perlu dibayar. Tindakan ini tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh syarikat peminjam tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Long’.

Tinjauan mendapati terdapat lebih kurang 2,800 syarikat pinjaman berlesen yang beroperasi di seluruh negara ketika ini. Jika diandaikan 200 peminjam meminjam dengan syarikat-syarikat tersebut sejak 10 tahun yang lalu maka kira-kira 20% atau lima juta penduduk Malaysia terbabit dengan skim pinjaman ‘Ah Long’ yang bersembunyi atas status syarikat berlesen tetapi sebaliknya menafikan kehendak Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011).

Berdasarkan rekod, tiada lagi syarikat pinjaman berlesen ini yang mencatatkan kerugian sehingga terpaksa gulung tikar. Malah kewujudan syarikat peminjam berlesen yang sebenarnya terdiri dari ‘Ah Long-Ah Long’ ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) melaporkan statistik peminjam di Lembah klang sahaja menunjukan lebih 50 peminjam syarikat pinjaman berlesen ini terpaksa menanggung beban akibat dikenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan dan mendakwa mereka diperdaya menandatangani dokumen dan baucer kosong sebagai syarat pinjaman.

Yang Dipertua PKP En. Samsudin Mohamad Fauzi ketika ditemui di pejabatnya di Cheras baru-baru ini berkata, syarikat pinjaman berlesen dilihat mengambil kesempatan daripada peminjam yang terlalu terdesak sehingga tidak menyedari kadar faedah yang dikenakan melebihi yang sepatutnya dan dalam banyak kes peminjam dikaburi jumlah kadar faedah yang dikenakan dengan menggunakan dokumen kosong yang ditandatangan peminjam.

Menurut beliau "Sebagai contoh, seorang peminjam yang dirakamkan percakapannya dengan pihak syarikat berkenaan mendakwa, dia terpaksa membayar melebihi RM7,000 dalam tempoh tiga tahun bagi pinjaman RM1,500,"
Samsudin memberitahu, pekerja syarikat pinjaman itu biasanya meminta peminjam mengosongkan borang perjanjian Jadual Pertama yang dilampirkan bersama Jadual J dengan alasan mereka terpaksa mengira terlebih dahulu jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dibayar.

Malah katanya, peminjam tidak diberikan salinan perjanjian pinjaman dan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka seolah-olah teraniaya apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

"Malah, pemberi pinjaman wang berlesen itu dilihat seolah-olah menjalankan kegiatan mereka seperti Ah Long di sebalik lesen yang dimiliki.

"Mereka turut menuntut kad ATM untuk disimpan sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya. Jika gagal, mereka akan menggunakan pihak ketiga (pemungut hutang) apabila mangsa enggan atau gagal membayar termasuk datang ke tempat kerja atau rumah peminjam untuk mengugut, memalukan dan mengaibkan mangsa," katanya.

Masalah ini turut mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihatkan pengguna yang diperdaya oleh ceti-ceti haram supaya melaporkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang. Bagaimanapun jelas Muhyiddin, kawal selia kegiatan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menurunkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

``Kementerian ini tidak ada apa-apa kuasa terhadap kes ini, cuma boleh nasihatkan pengguna sahaja... ia di bawah (bidang kuasa) kementerian lain,'' katanya.

Laporan akhbar-akhbar tempatan menyebut bagaimana ceti haram, termasuk syarikat pemberi pinjaman berlesen begitu berani mengenakan kadar pinjaman yang terlalu tinggi, tidak seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka mengenakan kadar faedah yang mencecah sehingga 30 peratus sebulan atau 360 peratus setahun sedangkan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 hanya membenarkan kadar faedah antara 12 hingga 18 peratus setahun. Akta tersebut juga menyatakan sesebuah syarikat pinjaman berlesen hanya boleh memberi pinjaman antara RM10,000 hingga RM50,000 sahaja.

Kerajaan boleh menyiasat kegiatan itu sekiranya menerima aduan daripada orang ramai, khususnya mangsa yang terlibat. Menurut Muhyiddin, sekiranya syarikat pemberi pinjaman itu dilesenkan mereka boleh beroperasi, namun tidak boleh mengenakan faedah yang tinggi.
``Ada di antaranya mengenakan faedah tinggi antara 50 peratus hingga 100 peratus, ini tentu membebankan pengguna,'' katanya. Tambah beliau, pihak terbabit akan bertindak melebihi batasan hingga mengejar atau bertindak kasar terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman. Mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen perlu memastikan hak-hak yang melindungi mereka sebelum membuat sebarang persetujuan dan menandatangani kontrak berkaitan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin pula berkata, pelanggan bukan sahaja perlu diberitahu mengenai kadar faedah yang dikenakan oleh syarikat pinjaman berlesen, malah mereka juga perlu mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibuat pada setiap bulan. Selain itu katanya, peminjam juga berhak mendapatkan resit bagi setiap urusan pembayaran pada setiap bulan. Menurutnya, orang ramai yang ingin berurusan dengan syarikat pinjaman juga berhak untuk melihat lesen perniagaan syarikat tersebut sebelum memulakan proses pinjaman. Jika berasa ragu dengan syarikat pinjaman tersebut, mereka boleh membuat laporan terus kepada Kementerian Kewangan. Selain itu katanya, peminjam juga perlu meneliti segala syarat perjanjian yang dikemukakan sebelum menandatangani perjanjian pinjaman tersebut bagi mengelak diperdaya.

Ditanya mengenai saranan agar semua lesen pemberi pinjaman wang dilupuskan, Lajim berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana ia diluluskan di bawah Akta Peminjaman Wang 1951 yang memperuntukkan kemudahan itu kepada orang ramai. Namun katanya, individu atau syarikat pinjaman yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didenda sebanyak RM20,000 atau 18 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

SYARAT PINJAMAN UK-DINAMIK DIPERKETAT

Khamis, 19 April 2012 · 0 ulasan
Tidak dapat dipastikan apakah syarat terbaru MARA ini menyeluruh ke semua Negeri atau hanya di Negeri Sembilan sahaja. Persatuan difahamkan oleh ahli-ahli, kini MARA Negeri Sembilan telah membuat garis syarat baru yakni tambahan kepada 5 lagi syarat menjadikan syarat yang terbaru bagi pinjaman UK-Dinamik menjadi 10 syarat. Borang permohonan pinjaman juga kini hanya boleh diambil di pejabat MARA dan setiap borang mestilah mempunyai no siri. Wakil peminjam tidak dibenarkan mengambil borang bagi pihak lain.

Terdapat rungutan dikalangan ahli-ahli mengatakan skim pinjaman UK-Dinamik kini lebih mirip kepada pinjaman MARA dan bukannya melalui dana Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Ahli-ahli yang telah mendapat pinjaman UK-Dinamik juga mendakwa peminjam juga tidak mendapat jumlah penuh pinjaman kerana beberapa potongan telah dibuat terlebih dahulu oleh pihak MARA. Justeru skim pinjaman UK-Dinamik ini akhirnya bukanlah menjadi satu pinjaman alternatif yang mudah. Bagaimanapun ia dilihat masih berbaloi berbanding dengan tawaran pinjaman daripada pihak bank. Apapun, ahli-ahli berharap agar persatuan dapat melakukan sesuatu untuk menjadikan pinjaman UK-Dinamik ini menepati sasaran kerajaan dalam menyediakan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil Melayu tanpa karenah birokrasi dan syarat-syarat yang menyukarkan bakal pemohon.

Utusan Online 

Syarat baru pinjaman UK-Dinamik :-
  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi
  2. Salinan sijil pendaftaran syarikat (ROC)
  3. Salinan kad pengenalan pemohon
  4. Salinan kad pengenalan penjamin
  5. Salinan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT/MPS) - Jika Ada
  6. Gambar pemohon bersaiz pasport
  7. Gambar-gambar lokasi, tapak perniagaan, kiosk, gerai atau premis perniagaan
  8. Salinan perjanjian sewa premis atau kiosk
  9. Salinan mana-mana bil atas nama pemohon
  10. Salinan sijil yang disahkan (Bagi lepas IPMA dan Giat MARA sahaja)

Tambahan syarat lain
  1. Surat Akaun Sumpah
  2. Maklumat Bank






MENGIRINGI YB DATO' YUNUS RAHMAT MELAWAT GERAI PENJAJA JLN DATO' ABD. RAHMAN

Isnin, 26 Mac 2012 · 0 ulasan



26/3/2012. Jawatankuasa PPPKMNS mengiringi YB Dato' Yunus Rahmat melawat gerai-gerai penjaja di Medan Penjaja Seremban Sambaria di Jalan Dato' Abd. Rahman. PPPKMNS diketuai oleh YDPnya, Dato' Hj. Zainol Ishak. Selepas selesai sesi lawatan dan beramah mesra dengan para peniaga, YB Dato' Yunus dan lain-lain VIP menjamu selera di khemah VIP yang disediakan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh para penjaja-penjaja. Ketua UMNO Bahagian Seremban, Dato' Ishak Ismail kemudian menyusul duduk di meja tetamu. Persembahan karaoke turut mengiringi majlis makan malam tersebut dengan irama minang dan pelbagai lagu kesukaan ramai. Program yang lebih bersifat santai dan tidak terlalu protokol ini dianjurkan oleh persatuan penjaja Seremban Sambaria yang dipengerusikan oleh En. Hanif.




Dalam ucapan ringkas Ketua UMNO Bahagian Seremban, Dato' Ishak Ismail memberi jaminan akan memastikan perniagaan penjaja-penjaja di kawasan tersebut akan terus dipertahankan. Beliau juga menasihatkan agar penjaja-penjaja menjaga aspek kebersihan sekitar gerai dan menjalin hubungan baik dengan pegawai-pegawai majlis perbandaran. Sekiranya peniaga-peniaga menghadapi sebarang masalah bolehlah berjumpa beliau setiap hari Jumaat di pekan Pantai.



Kehadiran PPPKMNS pada malam itu pula menurut YDPnya Dato' Hj. Zainol Ishak; disamping memenuhi undangan YB Dato' Yunus Rahmat ialah sebagai melahirkan sokongan 'moral' kepada para penjaja di kawasan itu sementelah dulu kawasan perniagaan tersebut pernah berada di bawah seliaan PPPKMNS sekitar tahun 1980-an sebelum beralih pentadbiran kepada Seremban Sambaria. Kawasan perniagaan yang dulu lebih popular dengan nama 'benteng' telah bermula seawal 1980-an dan telah berubah-ubah tempat beberapa kali sebelum kembali ke tempat asalnya di Jln Dato' Abd. Rahman.

Majlis santai pada malam itu berakhir kira-kira pukul 12:00 tengah malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga perniagaan di kawasan ini akan sukses sentiasa.


My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

KURSUS PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Sabtu, 24 Mac 2012 · 0 ulasan


Peserta kursus bergambar kenangan pada petang sesi ketiga hari kursus.

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

My Image

Lokasi Kursus : Mayang Sari Resort Port Dickson

SERAMAI 26 orang ahli PPKMNS dari cawangan Jempol. Tampin, Port Dickson dan Seremban Selatan telah menghadiri Kursus Perakaunan Perniagaan Untuk Usahawan-Usahawan anjuran MARA Negeri di Mayang Sari Resort Port Dickson. Kursus selama 4 hari bermula 19 Mac itu berakhir pada 22 Mac 2012. Kursus dikendalikan oleh MARA Negeri dengan kerjasama PPPKM Negeri Sembilan dan HMS Dynamics. Wakil MARA Pak Wan menguruskan penginapan di Mayang Sari manakala YDP Negeri, Dato' Hj. Zainol Ishak menguruskan peserta dan En. Mohd Sofian Mohd Aris sebagai fasilitator.


Antara kandungan kursus ialah pengenalan konsep dan sistem pengurusan perakaunan, penyediaan lejar kredit, penyediaan lejar tunai dan penyediaan imbangan tunai.


Peserta kursus pula ialah :


  1. Juliah Mokhtar
  2. Noorieni Salleh
  3. Kanas Mohd Minin
  4. Dato' Hj. Zainol Ishak
  5. Ramli Malek
  6. Hj. Zubir Hj. Dahari
  7. Tajol Ariffin Hasan
  8. Nor Azah Baharin
  9. Siti Rohaya Ahmad
  10. Rosnah Bacho
  11. Norisah Mohd Yassin
  12. Zaharah Hj. A. Aziz
  13. Noraini Kadir
  14. Engku Nurhanifah Che Ku Mohamad
  15. Siti Halida Ibrahim
  16. Kamsiah Abu Sapiyan
  17. Nor Azlinda Ramly
  18. Ainun Muhammad
  19. Afida Helina Mat Som
  20. Fera Fareda
  21. Zarina Megat Dahalan
  22. Rosli
  23. Aminudin Hussin
  24. Fadzil Ridzuan Abu Bakar
  25. Muhamad Falrabi

Dikesempatan itu juga, pada malam ketiga kursus; Dato' Hj. Zainol sempat mengadakan mesyuarat koperasi bersama beberapa ALK Koperasi Usahawan Melayu NS Bhd. yang turut serta dalam kursus tersebut untuk memutuskan resolusi yang perlu tindakan segera.

PELANCARAN UK-DINAMIK PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI JEMPOL

Sabtu, 3 Mac 2012 · 0 ulasan
Sekitar pelancaran UK-Dinamik peringkat Negeri Sembilan di Jempol yang dirasmikan oleh Timb. Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Hj Hasan Malek.

Fiesta Jempol 2012 antaranya turut memasukan acara autoshow kereta, pertunjukan pakaian pengantin, mini exspo, pertandingan carrom, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertandingan congkak serta ceramah perdana. Fiesta yang berlangsung selama 3 hari bermula 2 Mac sehingga 4 Mac itu mendapat sambutan ramai.

Selain majlis penyampaian cek kepada peminjam UK-Dinamik, penyampai cek kepada Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPIKE) dan penyampaian sumbangan beg sekolah kepada sekolah-sekolah rendah sekitar Jempol turut diadakan. Dato' Hj. Hasan Malek turut mengumumkan peruntukan tambahan 50 juta untuk skim UK-Dinamik juga dijangka akan diluluskan sedikit masa lagi.
My Image
YB Dato' Hj. Hasan Malek
My Image
Fiesta Jempol
My Image
My Image
My Image
My Image
My Image
My Image
My Image
My Image
My Image

PPPKM MOHON TAMBAHAN DANA UK-DINAMIK

Selasa, 28 Februari 2012 · 0 ulasan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memohon penambahan RM50 juta untuk program Usahawan Kecil Dinamik (UKDinamik), kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Beliau berkata, penambahan itu diperlukan selepas mendapati peruntukan RM50 juta yang sedia ada tidak mencukupi dalam memastikan program itu dinikmati secara menyeluruh kepada usahawan kecil.


Shafie berkata, demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri Pulau Pinang 2012, di sini hari ini.

Program UKDinamik, yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), dilancarkan pada September tahun lepas untuk membantu usahawan kecil dan memperkasakan sektor usahawan desa. Selain itu, Shafie juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM12.3 juta untuk Pulau Pinang bagi pembiayaan perniagaan untuk usahawan kecil menerusi MARA, RM3 juta untuk pembangunan penjaja dan peniaga kecil dan RM1.7 juta lagi untuk latihan keusahawanan.

"Melalui usaha seumpama ini, kita yakin ia akan dapat mendorong dan menggalakkan peniaga kecil yang tidak mempunyai ruang perniagaan atau lokasi yang sesuai,” katanya

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT YB DATO' HASAN MALEK

· 0 ulasan
Dato' Hasan Malek.
Timb. Menteri di JPM
SATU kunjung hormat telah dilakukan oleh barisan AJK Negeri dan Cawangan PPPKMNS ke pejabat YB Dato' HjHasan Malek di Putrajaya. YB yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyambut rombongan dengan penuh ceria. Rombongan PPPKMNS diketuai oleh YDP Negeri Sembilan iaitu Ybhg Dato' Hj. Zainal Ishak. Tujuan rombongan tersebut antaranya mencari jalan untuk mempermudahkan pinjaman UK-Dinamik kepada ahli-ahli PPPKMNS khususnya di Negeri Sembilan. Menurut Dato' Hj. Zainol, terdapat rungutan dari segelintir ahli-ahli PPPKMNS cawangan yang menyatakan adanya karenah birokrasi di peringkat MARA terutama MARA Daerah. Garis panduan UK-Dinamik yang dikeluarkan  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  kelihatan mudah untuk dipenuhi oleh bakal-bakal peminjam tetapi realitinya terdapat banyak syarat-syarat tambahan yang tiada dalam dokumen garis panduan tersebut yang terpaksa dipenuhi oleh ahli-ahli. Perkara ini dilihat akan menjejaskan sasaran program UK-Dinamik kepada golongan peniaga kecil terutamanya peniaga pasar malam dan peniaga-peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan. Antara syarat tambahan yang tiada dalam dokumen asal garis panduan tersebut ialah pemohon-pemohon UK-Dinamik dikehendaki menyertakan sekali lokasi perniaga, bil-bil utiliti atas nama syarikat, premis perniagaan dan lain-lain syarat tambahan.

Apa yang paling mengharukan rombongan kunjung hormat PPPKMNS ialah tindakan segera Dato' Hj. Hasan Malek yang terus menghubungi pengarah MARA Negeri Sembilan dan memaklumkan permasalahan yang ditimbulkan oleh peringkat MARA Daerah. YB Dato; tidak mahu perkara-perkara remeh temeh ini akhirnya akan membataskan hasrat kerajaan untuk membantu khususnya kepada golongan peniaga-peniaga kecil Melayu. Menurut YB Dato' dana RM50juta yang telah diluluskan pada tahun 2011 lalu telah ditambah lagi sebanyak RM50juta pada tahun 2012. Ini menunjukan keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan peniaga-peniaga kecil Melayu melalui saluran pertubuhan PPPKMNS. Justeru agensi-agensi terbabit perlu memastikan program ini mendapat sambutan menggalakan daripada peniaga-peniaga Melayu tanpa banyak karenah birokrasi yang dikhuatiri akan memberikan tanggapan negatif kepada kerajaan.

Selaku Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sudah tentu YB Dato' juga mahukan berlakunya transformasi terhadap gaya perniagaan golongan kecil peniaga Melayu dan ini antara tujuan kenapa program UK-Dinamik diwujudkan dan mendapat tambahan dana. Beliau tidak mahu akhirnya permasalahan kecil yang ditimbulkan oleh segelintir pegawai-pegawai terbabit akan menjadi virus yang menghalang tujuan kerajaan mewujudkan program UK-Dinamik.

YDP Dato' Hj. Zainol
YDP PPPKMNS Negeri, Dato' Hj. Zainol berkata; dipihak PPPKMNS sendiri, persatuan hanya berharap apa yang telah disyaratkan dalam dokumen Garis Panduan UK-Dinamik seperti yang dirangka oleh kerajaan itu sahaja diikuti. Mengambil contoh permohonan daripada ahli-ahli PPPKMNS Cawangan Tampin, Dato' Hj. Zainol memaklumkan lantaran karenah birokrasi daripada pegawai MARA Daerah, akhirnya kebanyakan ahli-ahli PPPKMNS Cawangan Tampin berasa putus asa untuk memohon pinjaman melalui program UK-Dinamik. Puan Kanas Mohd Minin, AJK PPPKMNS Cawangan Tampin yang juga AJK Negeri berkata; beliau sudah serik untuk menghantar borang permohonan ahli-ahli cawangan PPPKMNS Tampin kerana terlalu banyak syarat-syarat yang perlu mereka penuhi. Apa yang beliau maklum melalui dokumen garis panduan yang dikeluarkan dan melalui pembacaan beliau daripada akhbar-akhbar, program UK-Dinamik ini sebenarnya adalah program yang disediakan oleh kerajaan dengan syarat yang paling mudah dan minimun. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya, ia adalah pinjaman yang sama seperti yang dikenakan oleh pihak bank dan hanya menyasarkan kepada golongan peniaga yang benar-benar telah berjaya. Manakala golongan peniaga kecil Melayu masih terpinggirkan.

PPPKMNS berharap pihak-pihak berkaitan terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta dipihak MARA sendiri memandang serius isu ini demi memastikan program UK-Dinamik berjaya mencapai objektifnya. Memetik komen daripada YDP PPPKM Perak, Datuk Omar Ahmad juga pernah membidas MARA kerana melanggar garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pihak MARA didapati telah memberikan juga pinjaman tanpa faedah UK-Dinamik ini kepada peniaga-peniaga selain daripada ahli-ahli PPPKM. Komen beliau boleh dilihat di Utusan Malaysia Online. Rombongan PPPKMNS berangkat pulang lebih kurang jam 2:00 petang dengan iringan YB Dato Hasan Malek. Terima kasih atas sambutan mesra dan layanan baik daripada YB Dato'. PPPKMNS akan menunggu kedatangan YB Dato' pada 3/3/2012 nanti di Jempol sempena pelancaran UK-Dinamik peringkat Daerah dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPPKMNS yang juga dijangka akan dilakukan oleh YB Dato'.

My Image
My Image
My Image

My Image
My Image
My Image

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line