Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

AJK 2012-2015 PPPKMPD

Sabtu, 11 Ogos 2012 · 0 ulasan
* Surat SU PPPKMPD kepada PPPKMNS

Ruj kami : BIL (3)SU/PPKMNS/PD                                                                                          
Tarikh : 17-07-2012


Kepada   :

DATO’ HJ ZAINOL BIN ISHAK
YANG DIPERTUA
PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU
NEGERI SEMBILAN

Dato,

PER : SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENJAJA-PENJAJA DAN PENIAGA-PENIAGA MELAYU KECIL CAWANGAN PORT DICKSON

Adalah dengan segala hormatnya di maklumkan seperti perkara diatas, berikut ialah senarai nama Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2012 – 2015

AHLI JAWATANKUASA SESI 2012 – 2015


  1. Yang Dipertua             - En. Mohd Arshad Bin Jelani
  2. Naib Di Pertua             - Pn. Joriah Binti Mokhtar
  3. Setiausaha                   - En. Shamsul Bahari Bin Mohd Noor
  4. Bendahari                     - En. Mohd Said Bin Nasir
  5. Jawatankuasa              - En. Zainal Bin Ali
  6. Jawatankuasa              - En. Zailani Bin Buang
  7. Jawatankuasa              - En. Hassan Bin P. Mohammad
  8. Jawatankuasa              - En. Mohd Nasir Bin Abdullah
  9. Jawatankuasa              - Pn. Hjh Sabariah Binti Hj Ibrahim
  10. Jawatankuasa              - Pn. Norlaila Binti Mohd Noor
  11. Jawatankuasa              - En. Zulkifli Bin Mohamad
  12. Jawatankuasa              - En. Abu Hassan Asaari Bin Hanafiah
  13. Pemeriksa Kira-Kira   - En. Rahiman Binti Ibrahim
  14. Pemeriksa Kira-Kira   - En. Yunus Bin Pangat


Sekiranya terdapat apa-apa masalah atau urusan mengenai persatuan, bolehlah menghubungi atau berjumpa dengan ahli jawatankuasa tersebut.

Kerjasama dari pihak Dato amatlah dihargai, di dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Terima Kasih

1Malaysia

“Rakyat Di Dahulukan-Pencapaian Di Utamakan”


Saya yang menjalankan tugas



……………………………………..............
(    EN. SHAMSUL BAHARI BIN MOHD NOOR    )
Setiausaha
Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu (Cawangan Port Dickson)
Negeri Sembilan


SK : -  1.  Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan
  2.  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan
  3.  YDP Majlis Perbandaran Port Dickson
  4.  Pegawai Mara Daerah Port Dickson

KEMELUT PPPKMNS-CAWANGAN PORT DICKSON

Sabtu, 4 Ogos 2012 · 0 ulasan
KEMELUT PPPKMNS-Cawangan Port Dickson sampai ke kemuncaknya apabila barisan AJK lama bertindak menyerahkan pengurusan tapak pasar malam Batu 4, Port Dickson kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Malah difahamkan jika AJK baru PPPKMNS-Caw. Port Dickson terus melakukan kutipan bayaran sewa tapak pasar malam daripada penjaja dan peniaga, laporan polis akan dibuat.

YDP PPPKMNS-Caw. Port Dickson, En, Mohd Arshad Jelani berkata “Dengan perlantikan AJK baru, secara serta merta kuasa yang ada pada AJK lama terbatal. Begitu juga tindakan dan keputusan mereka untuk menyerahkan pengurusan tapak pasar malam Batu 4 kepada MPPD adalah tidak sah”.

Menurut beliau lagi, penyerahan tersebut hanya diketahui oleh barisan AJK baru persatuan ketika mengadakan kunjung hormat bertemu YDP MPPD En. Abd Wahab Shamsuddin pada 31 Julai lalu. YDP MPPD menjelaskan perkara itu  telahpun dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa MPPD sebaik menerima surat kuasa daripada AJK lama PPPKMNS-Caw. Port Dickson bertarikh 24 Julai.

Yang menjadi kemusykilan AJK baru ialah kenapa MPPD menerima surat kuasa berkenaan sedangkan ia disampaikan oleh AJK lama yang telah dibubarkan dalam mesyuarat agung tahunan cawangan pada 15 Julai. Perkara ini pun telah disahkan oleh YDP Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS), Dato’ Zainol Ishak.

Menurut satu sumber yang tidak mahu namanya disebutkan, “Berlaku kekeliruan di pihak MPPD apabila majlis itu beranggapan status pertubuhan PPPKMNS-Caw. Port Dickson telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pejabat Pertubuhan Negeri Sembilan. Apa sebenarnya yang berlaku ialah PPPKMPD menerima notis tunjuk sebab lantaran kegagalan pengurusan AJK lama mengadakan mesyuarat agung tahunan. PPPKMPD antaranya telah dengan sengaja melanggar fasal 16 (16/1), 16 (16/2) dan 16 (16/3) Perlembagaan Pertubuhan iaitu mengadakan mesyuarat agung tanpa mengedarkan minit mesyuarat, penyata kewangan dan laporan persatuan terlebih dahulu kepada ahli. PPPKMPD juga telah melanggar Fasal 18 (18/5) iaitu tidak menyediakan penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira sebagai bendahari persatuan”. Ia bukan surat pembubaran PPPKMPD. Hanya sebagai amaran. Dan perkara ini telah pun ditangani malah telah dimaklumi oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Sembilan.  

AJK baru PPPKMPD mendakwa berlaku ketirisan integriti dalam pentadbiran AJK lama yang memaksa ahli-ahli membuat perubahan drastik dalam kepimpinan PPPKMPD pada mesyuarat agung yang terkini yang diadakan pada 15 Julai lalu. 

Apa yang dikesalkan, MPPD tanpa melakukan perbincangan lanjut telah mengeluarkan arahan secara tergesa-gesa iaitu akan mengambil tindakan terhadap AJK PPPKMPD yang baru jika mereka terus berdegil membuat pungutan sewa tapak pasar malam Batu 4. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 4 Ogos, YDP MPPD memaklumkan “ Mulai esok penguatkuasa MPPD yang akan menjalankan kutipan ke atas peniaga”.

Wakil AJK daripada PPPKMPD telah datang bertemu YDP PPPKM Negeri Sembilan bagi membincangkan masalah yang menimpa PPPKMPD. Dato’ Zainol Ishak berjanji perkara ini akan diperhalusi di peringkat Negeri sebelum apa-apa keputusan dibuat. Malah pada petang berlangsungnya pasar malam Batu 4 itu, beliau telah bergegas turun ke tapak pasar malam berkenaan untuk mendapatkan gambaran lanjut.   

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL KUMNSB

Ahad, 22 Julai 2012 · 0 ulasan

Encik Yusof Bidin (YB) sedang mengendalikan semakan UUK.

KOPERASI Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) telah berjaya memperoleh satu set pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) pada 10 April 2012 lalu selepas menghadiri bengkel untuk 12 koperasi yang ada di seluruh Negeri Sembilan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  Bengkel pindaan undang-undang kecil dan pendaftaran koperasi tersebut diadakan di Ilham Resort Port Dickson.

Undang-undang Kecil adalah dokumen berdaftar dibuat oleh sesuatu koperasi sebagai perjanjian antara anggota dengan koperasi untuk menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993. Pihak SKM ada menyediakan Undang-undang Kecil seragam untuk diguna pakai dan disesuaikan untuk kegunaan koperasi.

KUMNSB telah menghantar dua Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Hj Zubir Hj Dahari dan Yusof Wahab bagi memperkemas dan membuat pindaan mengikut tatacara SKM yang dikendalikan oleh pakar rujuk Encik Yusof Bidin dari Kuala Lumpur yang lebih popular dengan panggilan 'YB'.

Sebanyak lima orang pegawai SKM Negeri Sembilan bertindak sebagai pemudah cara (fasilitator) bagi menunjuk ajar peserta-peserta kursus membuat kerja masing-masing.
Di dalam contoh Undang-undang Kecil Koperasi yang dibekalkan, beberapa perkara perlu ditentukan oleh anggota pengasas dengan mengisi ruang-ruang yang disediakan. Antaranya adalah:-

NAMA KOPERASI

Perkataan "Koperasi" dan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan pertama dan terakhir masing-masing dalam nama koperasi yang didaftarkan. Sebagai contoh, Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad.

ALAMAT KOPERASI

Alamat Koperasi ialah alamat berdaftar urusan koperasi untuk apa-apa tujuan rasmi bagi sesuatu koperasi dan apa-apa urusan antara anggota dengan pihak SKM.

KAWASAN OPERASI

Kawasan operasi sesuatu koperasi merupakan kawasan di mana anggota-angota koperasi itu bermastautin atau bekerja atau memilki tanah serta tempat di mana kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut dijalankan.

AKTIVITI-AKTIVITI

Semua aktiviti-aktiviti koperasi hendaklah menjurus kepada pencapaian matlamat pertubuhan koperasi. Untuk menubuh koperasi, bakal Anggota Lembaga perlu membentuk satu jawatankuasa penaja bagi menggubal Undang-undang Kecil Koperasi.

Apabila Undang-undang Kecil telah didaftarkan, lima salinan akan ditandatangai tiga ALK dan kemudiannya akan dimeterai oleh Pendaftar. Satu salinan akan dikembalikan kepada koperasi untuk membuat salinan yang mencukupi bagi diedarkan pula kepada anggota-anggota.

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2012

· 0 ulasan

SYUKUR ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, sambutan Hari Koperasi Negara buat kali ke-11 dapat diadakan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berjaya menganjurkan acara tahunan ini.

Gerakan koperasi yang bermula pada tahun 1922, telah berkembang dengan pesat dan pada masa ini bilangan koperasi berdaftar telah meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan bahawa rakyat telah menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, gerakan koperasi merupakan satu instrumen yang berkesan dalam menyatupadukan rakyat memandangkan prinsip koperasi tidak membezakan antara kaum, bangsa dan agama. Perpaduan juga dapat kita perkukuhkan melalui penglibatan semua komuniti dalam setiap program yang dilaksanakan di samping membolehkan mereka menikmati kekayaan negara sepenuhnya. Kerajaan yakin dengan mekanisme koperasi yang berlandaskan prinsip dan falsafah tersendiri yang dibudayakan dalam masyarakat akan dapat membantu kerajaan membina gagasan 1Malaysia.

Kerajaan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan bagi membuka peluang kepada rakyat terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hubungi ini, gerakan koperasi mampu memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan dalam Model Baru Ekonomi.

Saya berharap sambutan Hari Koperasi Negara 2012 akan menjadi lebih bermakna dengan keutuhan semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui gerakan koperasi. Kerajaan akan terus menyokong gerakan koperasi supaya terus maju dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada pembangunan negara.

1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PANDUAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI

Jumaat, 20 Julai 2012 · 0 ulasan
PENGENALAN

Makluman ini bertujuan untuk:

+ Memberi panduan kepada anggota koperasi, mengenai hak, peranan dan tanggungjawab menghadiri mesyuarat agung.

+ Memastikan mesyuarat agung berjalan dengan sempurna selaras dengan kehendak perundangan koperasi.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG

Kelayakan menghadiri mesyuarat agung

+ Menjelaskan Fi masuk
+ Menjelaskan Syer minimum
+ Telah didaftarkan sebagai anggota koperasi.

Kepentingan mesyuarat agung

+ Mesyuarat agung merupakan kuasa tertinggi dalam struktur pengurusan dan pentadbiran koperasi.
+ Mesyuarat agung berfungsi untuk membuat perancangan, penyampaian maklumat, penilaian dan pengawalan dalam menentukan arah tuju koperasi.

JENIS-JENIS MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat agung tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan anggota atau perwakilan diadakan sekali setahun tidak lewat enam bulan selepas berakhir tahun kewangan.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (1) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas permintaan sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi.

Mesyuarat Agung Khas (Sek. 40 (2) Akta)

Mesyuarat Agung Khas diadakan atas panggilan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anggota diberi notis mesyuarat agung yang mengandungi:-

* Tarikh
* Masa
* Tempat
* Agenda mesyuarat

Dokumen yang mengandungi:-

* Minit mesyuarat agung tahunan
* Pandangan SKM
* Akaun teraudit
* Laporan Lembaga dan JAD
* Belanjawan

PERSEDIAAN SEMASA MESYUARAT AGUNG

- Anggota hendaklah mendaftar diri
- Anggota hendaklah memahami etika mesyuarat agung
- Mesyuarat hendaklah dimulakan setelah kourum mencukupi
- Perjalanan mesyuarat mengikut agenda seperti dalam notis
- Peranan anggota dalam mesyuarat
- Tiada undi berkecuali
- Undi tidak boleh diwakilkan
- Majoriti mudah
- Menyuarakan pendapat atau cadangan mengikut agenda mesyuarat
- Melantik atau dilantik menjadi anggota lembaga
- Jawatankuasa menentu sah minit mesyuarat agung
- Melibatkan diri secara langsung dalam membuat keputusan mengikut agenda mesyuarat

PENUTUP

Anggota hendaklah berpengetahuan berkenaan perundangan koperasi dan mengambil bahagian di dalam perbincangan di mesyuarat agung yang merupakan kuasa tertinggi. Keputusan majoriti adalah muktamad.

90 TAHUN KOPERASI BERTAPAK DI MALAYSIA

· 0 ulasan

GERAKAN koperasi bermula dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian di England sekitar kurun ke 18. Di Malaysia pula, ia bermula pada 28 Jun 1922 apabila penjajah Inggeris meluluskan Akta Pertubuhan Koperasi.
Hakikatnya, gerakan koperasi bertitik tolak daripada satu hasrat iaitu membebaskan masyarakat daripada sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan.
Pada peringkat awal koperasi diperkenalkan, ia menjadi jalan keluar kepada penduduk luar bandar untuk menggalakkan semangat berjimat cermat dan tolong-menolong dalam kalangan anggota.
Dunia mengiktiraf Robert Owen sebagai 'Bapa Koperasi' yang mencetuskan revolusi kepada gerakan koperasi moden sekalipun usahanya mewujudkan sebuah perkampungan berasaskan prinsip persaudaraan dan tolong-menolong pada tahun 1799 menemui kegagalan.
Namun satu usaha 'kecil' digerakkan 28 penenun yang mengumpul satu Pound setiap seorang akhirnya membawa nafas baru dalam gerakan koperasi.
Melihat kepada peranan koperasi yang mampu menyelesaikan banyak masalah dalam masyarakat, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan penting yang menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara-negara di dunia melalui Rekomendasi ILO 193.
Ikatan Koperasi Antarabangsa(ICA) yang ditubuhkan pada tahun 1895 merupakan badan pertubuhan kerajaan terbesar dan mewakili gerakan koperasi di seluruh dunia. ICA dianggotai 249 anggota daripada 93 buah negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, sempena Hari Koperasi Negara 2012 yang disambut buat kali ke-10, telah menyaksikan tempoh 90 tahun gerakan koperasi bertapak di negara ini. Sudah tiba masanya, koperasi diangkat martabatnya dan menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita dalam menjalani rutin harian.

PEVOLUSI NAMA SKM
1922 - 1941 - Office of the Director of Cooperation
1945 - 1963 - Office of the Commisioner Cooperative Societies
1963 - 1975 - Jabatan Kemajuan Kerjasama
1975 - 2007 - Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
2008 - kini - Suruhanjaya Koperasi Malaysia

'TUKAR' BANTU PENIAGA KECIL

Ahad, 15 Julai 2012 · 0 ulasan
Tiga pengusaha kedai runcit yang tersenarai antara peserta Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) cemerlang di negara ini, tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Jika dulu, perniagaan mereka diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, kini semua berubah berikutan persetujuan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih mereka menyertai program itu. Lebih membanggakan, pasar raya terkemuka, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd memberi sokongan dan nasihat di samping penyediaan peralatan dan kemudahan perniagaan di premis mereka. Peniaga Pasar Mini Snofa, Sharimah Othman Noordin, 50, dari Taman Greenwood, Selangor, amat bertuah apabila tersenarai menjadi antara 60 pengusaha kedai runcit paling berjaya walaupun baru tiga bulan menyertainya.

Katanya, tanpa mengeluarkan modal perniagaan yang banyak, premis perniagaannya kini tidak ubah seperti pasar raya yang mempunyai pelbagai barangan keperluan pengguna dengan dibantu Tesco.

Saya teruja apabila menerima panggilan Tesco Julai lalu menyatakan saya terpilih menyertai TUKAR. Sejak itu, perniagaan bertambah maju kerana semua tunjuk ajar dan nasihat Tesco saya patuhi, katanya ketika ditemui pada majlis Konvensyen Wanita Antarabangsa Dalam Perniagaan Pertama (1WBC) di Pusat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka, semalam.

Bagi peniaga Pasar Mini Haziq di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor, Noraini Abdullah, 34, penyertaannya dalam program TUKAR amat berbaloi apabila mendapat juru runding terbaik yang disediakan Tesco.

Saya bersyukur, perniagaan bertambah maju dan pendapatan bulanan saya meningkat 60 peratus, katanya.
Bagi pengusaha kedai runcit yang kini dinaik taraf sebagai pasar mini, Jessica Wong, 42, jumlah keuntungannya meningkat daripada 15 kepada 45 peratus selepas menyertai TUKAR April lalu.
Saya mampu memperoleh pendapatan RM30,000 sejak Mei lalu dan yakin dengan bantuan Tesco, premis saya akan bertambah maju berbanding sekarang, katanya.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Undang-undang dan Kerajaan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Azlam Shah Alias, berkata pihaknya akan membantu 150 pekedai runcit yang bakal terpilih menyertai program TUKAR.

Katanya, ia sejajar dengan projek permulaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensyaratkan pasar raya besar yang menyertainya membantu memodenkan prasarana kedai runcit terpilih dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line