
PELANCARAN KOBERA telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 20 Julai 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Konsep penubuhan KOBERA mensasarkan golongan rakyat miskin dan ditubuhkan di 576 DUN di seluruh negara.
Struktur keanggotaan KOBERA dirangka dengan menyesuaikan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan iaitu terdiri daripada sama ada salah satu atau komponen kumpulan sasar berikut:
i. Ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK asas isi rumah.
ii. Individu berusia 18 tahun yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK perkapita.
iii. Orang asli, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim yang termasuk dalam kategori di atas, dan;
iv. Pemimpin masyarakat yang terlibat dengan program kemiskinan dalam kawasan DUN sebagai penggerak kepada koperasi ini.
Terdapat 3 pilihan kaedah penubuhan koperasi ini yang dicadangkan iaitu:
Senario/ Keadaan
i. DUN yang telah mempunyai koperasi bagi golongan rakyat miskin
ii. Bagi koperasi tidak aktif kerana ALK dan anggota asal tidak dapat dikesan
iii. DUN yang belum mempunyai koperasi golongan miskin
Rangka Tindakan
i. Koperasi sedia ada dikekalkan
ii. Koperasi diaktifkan dengan
golongan miskin sebagai anggota baru
iii. Koperasi baru ditubuhkan.
Penubuhan
- - Senarai golongan miskin;
- - Jabatan Kebajikan Masyarakat
- - Pejabat Baitulmal/ Pusat Zakat;
- - Pejabat Daerah;
- - Jabatan Orang Asli.
Pengurusan
- - Anggota Lembaga Koperasi (Min. 6 orang; mak. 15 orang)
- - 2/3 dipilih oleh mesyuarat agung koperasi;
- - 1/3 dilantik dari kalangan masyarakat yang dicalon oleh ADUN.
Proses Penubuhan
- - 10 orang penaja;
- - Kumpulan tidak kurang 50 orang bakal anggota;
- - Penerangan tujuan penubuhan KOBERA oleh SKM;
- - Mesyuarat agung permulaan;
- - Proses mendaftarkan KOBERA.
Pengurusan Koperasi
- Menempatkan pengurus secara attachment graduan pengurusan koperasi daripada MKM; atau;
- Menempatkan pengurus semantara dari kalangan pegawai SKM yang bersara dengan insentif elaun dibiayai melalui dana CCF; atau;
- Anggota atau anak anggota dilatih sebagai pengurus koperasi dengan bimbingan dan bantuan SKM; atau;
- SKM menawarkan satu kumpulan pengurusan melalui Skim Latihan Sambilan/ Sangkutan Graduan Menganggur untuk satu tempoh koperasi berdikari.
Pembiayaan
- Geran pelancaran RM30,000 setiapa koperasi
- Pinjaman tanpa cagaran RM50,000 sebagai modal pusingan aktiviti ekonomi.
Aktiviti Koperasi
- Aktiviti asas tani berisentifkan teknologi dan pengetahuan seperti tanaman melalui kaedah fertigasi dan penternakan haiwan;
- Pengeluaran produk seperti makanan ringan, kraftangan dan hasil laut;
- Tanaman komersial berasaskan herba seperti serai, daun limau purut, nilam, tanaman ubatan dengan jaminan pembelian;
- Aktiviti perkhidmatan seperti pencucian dan penyelenggaraan bangunan, dobi, percetakan, keluaran bahan bangunan, perkhidmatan eko-pelancongan.
Bimbingan
Bimbingan berterusan daripada SKM, MKM, Angkasa, agensi teknikal dan ADUN kawasan:
- Bimbingan;
- Latihan;
- Pemasaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan