PELAN INSURAN 1MALAYSIA (P1MPIN) yang dilancarkan KPDNKK baru-baru ini kini membuka pendaftarannya kepada para peniaga yang berdaftar dengan PPPKMNS. Sehubungan dengan itu diminta ahli-ahli daripada 9 cawangan persatuan penjaja dan peniaga kecil Melayu Negeri Sembilan untuk segera mendaftar.
YDP PPPKMNS Dato' Hj. Zainol Ishak berkata, kerajaan memperuntukan kira-kira RM16 juta untuk melaksanakan P1MPIN. Sesuatu yang amat merugikan jika para peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menyertai skim insuran percuma ini.
Untuk para peniaga sekitar Negeri Sembilan dan berdaftar dengan PPPKMNS diminta segera mendapatkan borang insuran P1MPIN di ibu pejabat PPPKMNS di Seremban Plaza. Borang juga boleh dimuat turun di sini : -
Sebarang tambahan maklumat sila berhubung dengan pejabat negeri.
Sila sediakan dokumen secukupnya untuk tujuan pendaftaran.
- Salinan kad pengenalan pemilik dan pewaris (2 salinan)
- Salinan pendaftaran perniagaan/SSM ( 2 salinan)
- Salinan borang ahli persatuan penjaja (1 salinan)
- Salinan borang insuran (1 salinan)
Bayaran pemprosesan : RM15.00
0 ulasan:
Catat Ulasan