KPDNKK sentiasa peka dengan masalah golongan penjaja dan peniaga kecil Melayu kini melancarkan Skim Pembiayaan Mikro melalui Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. Sejak golongan penjaja dan peniaga diletakan di bawah sebuah kementerian (KPDNKK) pada penghujung tahun lepas, pelbagai permintaan golongan penjaja dan peniaga telah cuba ditunaikan oleh KPDNKK. Terbaru pinjaman khas untuk golongan penjaja telah dilancarkan oleh KPDNKK. Pinjaman atas nama Skim Pembiayaan Mikro itu mendapat kerjasama penuh daripada pelbagai persatuan penjaja termasuk PPPKMNS (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan) bagi golongan penjaja dan peniaga di Negeri Sembilan. Pinjaman disalurkan KPDNKK melalui Bank Rakyat.
PPPKMNS akan membuat pemantauan dan tapisan dari segi kelayakan peminjam. Oleh yang demikian bagi golongan penjaja dan peniaga yang bermastautin di Negeri Sembilan perlu mendaftar dengan PPPKMNS sama ada sebagai ahli biasa atau ahli bersekutu (bagi kaum India dan China) Bagaimanapun perkara ini tidak tertakluk kepada negeri-negeri lain.
Skim terbaru ini menawarkan pinjaman serendah RM1000 sehingga maksima RM50 ribu dengan tempoh bayaran sehingga 9 tahun. Ia tidak tertakluk kepada peniaga dan penjaja Melayu sahaja tetapi juga boleh dipohon oleh kaum-kaum lain. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan PPPKM Negeri atau cawangan-cawangan berdekatan. Tujuan pinjaman boleh sahaja untuk modal kerja atau modal pusingan serta pembelian peralatan.
Butiran Skim Pembiayaan Mikro (SPM) :
- Borang SPM (yang boleh diperolehi di Bank Rakyat/pejabat PPPKMNS)
- Salinan SSM
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Penyata Bank (6 bulan)
- Surat sokongan daripada PPPKMNS
0 ulasan:
Catat Ulasan