PPPKMNS dengan kerjasama SKM Negeri Sembilan menganjurkan seminar sehari di Dewan MPS bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli-ahli persatuan penjaja Melayu berkenaan peluang-peluang perniagaan menerusi koperasi. Seminar ini dirasmikan oleh pengarah SKM Negeri Sembilan, Tuan. Hj. Zakaria Mat Jusoh. Semua peserta diberikan sijil kehadiran.
3 kertas kerja dibentangkan bertajuk :
- Kemudahan pembiayaan pinjaman perniagaan. Oleh pegawai MARA daerah Port Dickson, En. Harizan Sarjin
- Tadbir urus koperasi yang berkesan. Oleh pegawai perunding MKM, Pn. Norbiha Kasmuri.
- Kaedah pengurusan perniagaan koperasi. Oleh pegawai MKM, Hj. Hassan Hj. Mohammad.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmian pengarah SKM N. Sembilan, beliau mensasarkan 1 komuniti 1 koperasi. Untuk itu beliau menyarankan ditubuhkan koperasi disetiap komuniti. Beliau mahu koperasi mencipta identiti sendiri dalam skop perniagaannya. Tabung modal pusingan koperasi dengan dana RM10 juta diperuntukan untuk memastikan koperasi mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan. Setiap koperasi akan dinilai berdasarkan sistem KPI. Menurut beliau lagi, dengan turn over koperasi berjumlah RM40 billion dan kenaikan jumlah pendapatan koperasi tahunan sekitar 6%, koperasi dilihat mempunyai prospek yang menarik sekali.
Gambar 1
|
Gambar 2
|
Gambar 3
|
0 ulasan:
Catat Ulasan