PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU NEGERI SEMBILAN (PPPKMNS) dengan kerjasama KPDNKK di bawah agensi-agensinya (MARA dan SSM) serta TEKUN, BSN, PUNB, SME Corp, AKPK, SKM menganjurkan Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Sembilan. Kursus ini akan diadakan di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah dan dijangka akan dirasmikan oleh YB Dato' Hasan Malek selaku Menteri KPDNKK.
Aturcara majlis :
08:00 pagi - Pendaftaran Peserta/Minuman Ringan
09:00 pagi - Sesi 1 : Keperluan pendaftaran dan faedah mendaftarkan perniagaan. Penceramah - Tn. Hj. Mohd Hamdan Mohd Jaffar (SSM)
09:45 pagi - Sesi 2 : Pengurusan kewangan dan aliran tunai. Penceramah - Dr. Hajjah Jamilah Din (MKM)
10:30 pagi - Sesi 3 : Ke arah pemantapan Bisnes yang mampan. Penceramah - En. Andrian Shah (PNS)
11:15 pagi - Sesi 4 : Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil. Penceramah - Pn. Zuraidah Mat Jinal (TEKUN)
12:00 tgh - Upacara rasmi :
- Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan dan majlis pelancaran oleh YB Dato' Hasan Malek, Menteri KPDNKK
01:00 tgh - Makan tengah hari dan solat zuhur
02:00 ptg - Sesi 5 : Ceramah motivasi dan usahawan berjaya.
03:00 ptg - Sesi 6 : Dialog mengenai peluang dan pembangunan perniagaan
- Ahli Panel terdiri dari :
- Pengerusi - KPDNKK
- Panel - Bank Rakyat, MyIPO, AIM, Jab. Kesihatan Negeri Sembilan, MARA, BSN, PUNB, Tekun, SME Corp, AKPK, SKM, Persatuan Penjaja (PPPKMNS)
04:30 ptg - Minum petang dan bersurai
Makluman.
Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti khidmat kaunter agensi-agensi terlibat.
0 ulasan:
Catat Ulasan