Berikut saya lampirkan sesalinan email yang saya terima lewat 11 Nov lalu untuk perhatian ahli-ahli PPPKMNS khasnya dan para pembaca laman blog PPPKMNS ini amnya.
Salam Tuan Hj Zubir & En.Tajol Ariffin Hasan,
Permohonan Kerjasama: Menganjurkan Kursus Memborong Terus Dari Negara Sumber.
Saya Ahmad Ramdan Bin Johari sebagai Pengarah daripada Syarikat Dazra Ventures ingin menganjurkan Kursus Memborong Terus Dari Negara Sumber (China) dengan kerjasama pihak PPPKMNS.
Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan di negara ini kepentingan mendapatkan bekalan dengan harga yang paling rendah tanpa bergantung kepada orang tengah.
Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk mengajar kaedah bagaimana memulakan langkah pemborongan dari awal hingga akhir pemborongan dan menekankan kepenting bidang pemborongan kepada usahawan.
Teknik borong ini mampu memberi penjimatan yang tinggi kepada usahawan dan mampu memberi hasil keuntungan yang berlipat-kali ganda.
Sebarang informasi dan maklumat mengenai kursus ini, boleh menghubungi saya dan pihak kami berbesar hati sekirannya permohonan kami ini diterima dan segala jasa baik daripada pihak Puan, kami ucapkan jutaan terima kasih.
*Di sini saya sertakan kertas kerja kepada pihak tuan.
Terima kasih.
--
AHMAD RAMDAN BIN JOHARI
Consultant & Trainer
DAZRA VENTURES (002232918-M)
Unit 509, Level 5, Menara Maxisegar,
Jalan Pandan Indah 4/2,
55100,
Pandan Indah, Kuala Lumpur
WEBSITE : www.dazra.com
EMAIL : support@dazra.com
H/P : 6019 296 7063
0 ulasan:
Catat Ulasan