KPDNKK menyediakan kemudahan sehingga 100 buah bas khas percuma untuk membawa orang ramai menyertai sambutan Hari Penjaja peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Senawang pada 17 hingga 19hb Jan ini. Kesemua bas-bas tersebut diagihkan kepada beberapa NGO untuk menguruskannya termasuk kepada PPPKMNS sendiri selaku penganjur bersama. PPPKMNS diperuntukan sebanyak 100 buah bas untuk membawa ahli-ahlinya hadir ke program yang dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib bin Tun Hj. Abdul Razak 18hb jam 3:00 petang. Semua pengunjung akan diberikan kupon untuk tujuan mendapatkan makanan dan minuman percuma. KPDNKK dan PPPKMNS akan meletakan seorang pegawai/urusetia bagi tujuan menyampaikan kupon-kopun kepada para penumpang. Kupon ini boleh ditukarkan dikaunter khas yang akan disusun mengikut warna kod tertentu.
Pelbagai
booth jualan turut dibuka untuk menarik orang ramai hadir. Hari penjaja ini disambut sebagai salah satu cara kerajaan melalui KPDNKK menghargai sumbangan warga penjaja kepada mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Sementelah kini warga penjaja telah diletakan di bawah sebuah kementerian, maka peranan warga penjaja dalam menjana ekonomi negara tidak dilupakan. Beberapa program berskala kecil dan besartelah diatur sama ada oleh KPDNKK maupun oleh PPPKNMNS
Untuk kemudahan orang ramai, berikut diberikan senarai urusetia yang akan mengendalikan bas mengikut cawangan PPPKMNS.
- Kuala Pilah : En. Zulhaimi Nordin - 019 2521838
- Jempol : En. Ramli Malek - 019 6417004
- Port Dickson : En. Arshad Jelani - 019 6005412
- Rembau : Pn. Norizan Tamby - 019 2191805
- Jelebu : Noorieni Salleh - 013 3196988
- Tampin : Pn. Kanas Mohd. Amin - 014 7262281
- Seremban Barat : En. Asmadi Mat Nazir - 016 2177108
- Seremban Barat (Nilai) : En. Mohammad Yusof - 017 6401005
- Seremban Selatan : En. Tajol Ariffin Hasan - 012 3748376
0 ulasan:
Catat Ulasan