Sehubungan dengan itu Dato' Dr. Hj. Zainol Ishak akan mengaturkan satu lagi kunjung hormat bertemu YB Datuk Hasan Malek secepat mungkin sebagai tanda sokongan penuh PPPKMNS atas pelantikan YB dalam kabinet yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selaku YDP Negeri, beliau berharap YDP-YDP cawangan dapat berbincang untuk mengatur kunjung hormat tersebut. Kunjung hormat ini bagaimanapun akan bergantung kepada kelapangan YB Menteri memandangkan jadual Menteri KPDNKK itu tentunya padat sekarang
Ada beberapa perkara yang menurut Dato' Zainol untuk diberi perhatian dan diperhalusi lagi diperingkat KPDNKK terutama yang membabitkan prosuder pinjaman dan pelaksanaan skim mikro-i dan UK-Dinamik yang dilihat terlalu banyak dihalangi oleh karenah birokrasi sehingga menimbulkan rasa 'malas' untuk ahli-ahli persatuan penjaja memohon pinjaman tanpa faedah tersebut. Biarpun konsep pinjaman tersebut benar-benar bertujuan untuk membantu seluruh penjaja dan peniaga kecil Melayu namun kaedah pinjaman itu disalurkan memerlukan satu mekanisma yang lebih sistematik dan tidak menyebelahi satu pihak sahaja. Dato' Hj. Zainol melalui kerjasama YDP-YDP cawangan PPPKMNS sedang meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan diperingkat cawangan dan juga negeri. Sejumlah RM780,000.00 telah diluluskan untuk pelbagai pinjaman oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada mereka yang berniaga.
Selain itu insuran PIMPIN yang dikhususkan untuk penjaja-penjaja yang berdaftar dengan SKM juga dengan peruntukan sejumlah RM16 juta dilihat sesuatu yang amat berguna yang dilancarkan oleh KPDNKK lewat tahun lalu. Skim insuran ini juga merupakan satu skim yang perlu diteruskan dan ditambah baik oleh KPDNKK kerana ia menunjukan keprihatinan KPDNKK kepada warga penjaja.
Dato' Hj. Zainol menyeru mana-mana ahli PPPKMNS yang belum menyertai PIMPIN agar berbuat demikian secepat mungkin sebelum peruntukan dana tersebut habis. Bagaimanapun, PPPKMNS dan gabungannya diperingkat kebangsaan akan sentiasa mencari jalan agar beberapa isu yang membabitkan persatuan penjaja dapat ditangani dengan kadar segera oleh KPDNKK. Ia merupakan satu cabaran buat kepimpinan baru kementerian tersebut.
Sekali lagi seluruh ahli-ahli PPPKMNS mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Datuk Hasan Malek kerana telah dilantik sebagai Menteri di Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepunggunaan. TAHNIAH
0 ulasan:
Catat Ulasan