Yang Dipertua PPPKMNS, Dato' Zainol Ishak dan Penolong Setiausaha, Hj Zubir Hj Dahari telah menghadiri Mesyuarat Projek TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Bangunan Akhma, Persiaran Utama S2-1, Seremban 2 pada 20 Mac 2012 yang lalu.Program Transformasi Ekonomi adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ujarnya.
Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai bank tempatan, pihak kosultan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan.
Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPPs yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:
- + membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop',
- + meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
- - tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
- - selarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
- - promosikan rantaian penawaran yang berkos efektif dan efesien;
- - galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
- + menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).
- Pengubahsuaian/ menaik taraf premis perniagaan;
- Pembelian mesin atau peralatan; dan
- Modal kerja untuk pembelian stok.
- Jumlah pinjaman - RM20,000 hingga RM60,000.
- Tempoh pinjaman - sehingga 15 tahun.
- Caj perkhidmatan - 3% setahun.















