Persatuan
Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan Berhad
(PPPKMNS) adalah sebuah pertubuhan
berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. PPPKMNS ditubuhkan pada tahun 1973
dengan nombor pendaftaran 339 NS. Ia kemudian menubuhkan 9 cawangan iaitu 3
cawangan di dalam daerah Seremban merangkumi cawangan Seremban Bandar, Seremban
Selatan dan Seremban Barat serta masing-masing 1 di Jempol, Jelebu, Kuala
Pilah, Tampin, Rembau dan Port Dickson dengan keahlian kira-kira 21 ribu orang.
Sepanjang penubuhan PPPKMNS, ia telah
melalui fasa pentadbiran oleh 7 orang Yang DiPertua (YDP). Barisan YDP tersebut
telah memastikan usia PPPKMNS terus berkesinambungan sehingga kini.
BIL
|
NAMA YDP
|
TAHUN PENTADBIRAN
|
1
|
Tunku Mahudin B. Tunku Sulaiman
|
Dari 1973 hingga 1980
|
2
|
Syeikh Mohamad B. Syeikh Ismail
|
Dari 1980 hingga 1986
|
3
|
Tunku Mahudin B. Tunku Sulaiman
|
Dari 1986 hingga 1990
|
4
|
|
Dari 1990 hingga 1996
|
5
|
|
Dari 1996 hingga 2000
|
6
|
En. Abu Bajar B. Md. Deli
|
Dari 2000 hingga 2004
|
7
|
Ybhg Dato' Hj. Zainol B. Hj. Ishak
|
Dari 2004 hingga kini
|
PPPKMNS amat bertuah kerana persatuan
ini dinaungi oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri iaitu YAB Dato’
Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan.
Manakala 4 orang penasihat persatuan
ialah YB Dato’ Yunus Rahmat (Ahli Exco Negeri), Ybhg Dato’ Hj. Mat Ali Hasan
(Ketua SUK), Ybhg Dato’ Abd. Halim Hj. Abd. Latif (YDP MPS) dan Ybhg Tuan Hj.
Amir (Pengarah MARA Negeri Sembilan).
SENARAI PENGERUSI CAWANGAN
0 ulasan:
Catat Ulasan