
400) yang berkuat kuasa April 2011
memperuntukkan hukuman berat kepada pesalah yang menjalankan operasi tanpa lesen dengan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Manakala kesalahan mendatangkan ketakutan
dan ugutan boleh didenda tidak kurang RM50,000 hingga RM250,000 atau penjara
tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Walaupun banyak kes kekejaman ah long dilaporkan oleh mangsa, namun gejala "memeras
ugut" oleh pihak terbabit masih terus berleluasa.
Justeru, pihak polis sering dipersalahkan kerana dikatakan "gagal" bertindak dengan berkesan.
Namun hakikatnya, "kegagalan' pihak berkuasa sebenarnya berkait rapat dengan sikap mangsa (peminjam) sendiri yang tidak pernah serik membuat pinjaman dengan 'lintah darat' itu.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menghapuskan Akta Pemberi Pinjam Berlesen 1951 (Akta 400) supaya gejala ah long yang semakin buruk di negara ini dapat dibendung.
Kaunselor Unit Tindakan Khas PPIM, Azhar Hussain berpendapat, kes aduan berkaitan ah long meningkat dari sehari ke sehari menunjukkan gejala itu amat serius.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu sejak tahun lalu kerajaan telah membekukan pengeluaran lesen baru kerana penilaian yang dilakukan mendapati jumlah sedia ada sudah mencukupi.
Beliau berkata, kementeriannya telah mengesan 97 kesalahan dilakukan oleh pemberi pinjaman wang termasuk tidak mempunyai lesen sah.
Tambahnya lagi, kesalahan lain yang sering dilakukan adalah kadar faedah yang tinggi, mendatangkan ketakutan dan ugutan serta tidak mengikut perjanjian asal.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menyarankan supaya rakyat menjadikan amalan berkoperasi sebagai satu budaya kerana ia dilihat mampu menjadi alternatif terhadap bahaya ah long yang sering menindas peminjam. Perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana penubuhan koperasi pertama di negara ini sememangnya bertujuan mengatasi masalah pinjaman.
Melalui koperasi, katanya, risiko pembayaran balik adalah rendah kerana ia dibuat melalui potongan gaji. Sesiapa yang layak membuat pinjaman biarpun telah disenarai hitam oleh institusi kewangan asalkan peminjam masih layak membuat potongan gaji.
Beliau menambah, bagi pengusaha dan peniaga yang sememangnya tidak mempunyai potongan gaji, tabung simpanan anggota boleh digunakan untuk menjamin pinjaman tersebut.
Bagi kita 'tepuk dada, tanya iman' , kalau ikutkan nafsu dan akal fikran yang singkat, mahu apa saja yang boleh mendapatkan wang secara segera. Bila sudah kesempitan wang, manusia sering lupa daratan. Bak kata Nabil, raja lawak: "Lu pikir-pikir la sendiri".
0 ulasan:
Catat Ulasan