Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011.
Unit ini diterajui oleh Ketua Eksekutif, En. Husni Salleh dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan dan modal teroka. En. Husni juga merupakan bekas Ketua Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).
Teraju ditubuhkan sebagai salah satu Unit di dalam Jabatan Perdana Menteri dan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri serta Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Unit ini juga berfungsi sebagai Urusetia kepada MTAB dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).
Penubuhan Teraju untuk menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing.
Bagi memastikan perlaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan Teraju telah dikenalpasti seperti berikut:
Memastikan hasil yang pantas dan efektif –menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
Meningkatkan keberkesanan Institusi – Menilai institusi-institusi yang terlibat dan merasionalisasikan fungsi-fungsi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;
Pengurusan Program dan Sokongan Aktif – bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenalpasti program-program baru, mengenalpasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus iaitu aspek penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Teraju akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan.
Objektif utama penubuhan Teraju adalah untuk menerajui, menyelaras serta memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.
Unit ini akan melaksanakan pelbagai inisiatif baru dan yang sedia ada, di samping mengemukakan cadangan pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera.
Senarai syarikat‐syarikat di bawah program TeraS:
Aquasis Catalyst Management System Sdn Bhd yang beroperasi di Pahang Darul Makmur dan syarikat terlibat dalam perkhidmatan penyelenggaran loji‐loji gas petrokimia.
2. Gagasan Carriers Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur terlibat dalam industri perkapalan.
3. WSA Capital Sdn Bhd, Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd, Sipro Plastik Sdn Bhd dan Syarikat Metal Industries (M) Sdn Bhd, 4 syarikat yang beroperasi di Selangor dan terlibat dalam pembuatan komponen automotif .
4. Syarikat JWR Technology Sdn Bhd yang terlibat dalam precision metal stamping dan
beroperasi di Pulau Pinang.
5. Damini Corporation Sdn Bhd yang berpusat di Selangor dan merupakan pembekal produk serta peralatan berkaitan sistem pembekalan air.
6. KFM Holdings Sdn Bhd beribu pejabat di Selangor, menyediakan sistem pengurusan
bangunan dan perkhidmatan sokongan.
7. My‐Sutera Sdn Bhd merupakan pengeluar pakaian seragam berjenama Canggih dan pusat pengeluarannya adalah di negeri Kelantan.
8. One – Tech (M) Sdn Bhd beroperasi di negeri Selangor dan terlibat dalam reka bentuk dan
hiasan dalaman.
9. Puncak Bumi Utama Sdn Bhd beroperasi di Pulau Pinang dan terlibat dalam pembuatan perabot kayu dan besi.
10. Bina Integrated Industries Sdn Bhd beroperasi di Selangor dan merupakan pengeluar cat berjenama “Bina Paint”.
11. Swis Resources Sdn Bhd beribu pejabat di Selangor dan menyediakan perkhidmatan
sokongan berkaitan pemasangan kabel dan bekalan elektrik.
12. Prestigious Discovery Sdn Bhd – beroperasi di Kuala Lumpur dan menyediakan perkhidmtan
sokongan berkaitan Sistem SCADA.
13. Perniagaan Fajarmas Sdn Bhd terlibat dalam sektor pemborongan dan syarikat beroperasi di
Johor.
14. Madura Industries Sdn Bhd beroperasi di Terengganu dan merupakan pengeluar produk minuman berasaskan jus buah buahan tropika.
15. Advance Pact Sdn Bhd berpusat di Selangor dan menyediakan perkidmatan sokongan serta
penyelenggaraan untuk peralatan perubatan.
16. Muzamal Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar produk‐produk pakai buang dalam
sektor perubatan yang bertapak di Selangor.
17. OSA Technology Sdn Bhd merupakan pengeluar produk implan untuk bidang ortopedik yang
bertapak di negeri Selangor.
18. Malaysian Agri Hi‐Tech Sdn Bhd beribu pejabat di Negeri Sembilan dan merupakan
pengeluar baja berasaskan mikrob.
19. Ambang Wibawa Sdn Bhd beribu pejabat di Perak dan merupakan pengeluar produk sejuk
beku yang berasaskan makanan laut.
20. Mitti Cables Manufacturing Sdn Bhd berpusat di Johor dan merupakan pengeluar kabel dan
wayar industri telekomunikasi.
21. BCC Technology Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan untuk sektor telekomunikasi dan
beroperasi di Selangor.
22. Les Copaque Production Sdn Bhd, NetCarbon Sdn Bhd dan Funcel Sdn Bhd, ketiga‐tiga syarikat berpusat di Selangor dan terlibat dalam industri kreatif, bidang animasi dan multimedia .
23. Orea Technologies Sdn Bhd merupakan pengeluar kad sim dan kad pintar yang berpusat di
Kuala Lumpur.
24. HMN Nadhir Sdn Bhd beroperasi di Sarawak dan merupakan pemborong bahan makanan dan meyediakan perkhidmatan pergudangan.
25. Asturi Metal Builders Sdn Bhd beroperasi di Pahang dan terlibat dalam fabrikasi pembuatan
peralatan industri berat.
0 ulasan:
Catat Ulasan