Terdapat rungutan dikalangan ahli-ahli mengatakan skim pinjaman UK-Dinamik kini lebih mirip kepada pinjaman MARA dan bukannya melalui dana Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Ahli-ahli yang telah mendapat pinjaman UK-Dinamik juga mendakwa peminjam juga tidak mendapat jumlah penuh pinjaman kerana beberapa potongan telah dibuat terlebih dahulu oleh pihak MARA. Justeru skim pinjaman UK-Dinamik ini akhirnya bukanlah menjadi satu pinjaman alternatif yang mudah. Bagaimanapun ia dilihat masih berbaloi berbanding dengan tawaran pinjaman daripada pihak bank. Apapun, ahli-ahli berharap agar persatuan dapat melakukan sesuatu untuk menjadikan pinjaman UK-Dinamik ini menepati sasaran kerajaan dalam menyediakan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil Melayu tanpa karenah birokrasi dan syarat-syarat yang menyukarkan bakal pemohon.
Utusan Online
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi
- Salinan sijil pendaftaran syarikat (ROC)
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan penjamin
- Salinan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT/MPS) - Jika Ada
- Gambar pemohon bersaiz pasport
- Gambar-gambar lokasi, tapak perniagaan, kiosk, gerai atau premis perniagaan
- Salinan perjanjian sewa premis atau kiosk
- Salinan mana-mana bil atas nama pemohon
- Salinan sijil yang disahkan (Bagi lepas IPMA dan Giat MARA sahaja)
- Surat Akaun Sumpah
- Maklumat Bank
0 ulasan:
Catat Ulasan