Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" MESYUARAT AJK NEGERI BIL 1/2016 PADA 07HB JAN, 2016. Lokasi - pejabat PPPKMNS. Jam 02:30pm"

TERIMA KASIH PM : NAJIB UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK PENIAGA

Rabu, 30 Mei 2012 · 0 ulasan

My Image

My Image


LEBIH satu juta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia akan menikmati pengurangan yuran pendaftaran kepada RM50.00 bagi tempoh lima tahun, demikian diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia 27 Mei 2012 lalu. Mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM130 hingga RM300.

Jelasnya, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini. "Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka akan dapat dilindungi dan juga kita akan fikirkan supaya mereka menikmati skim socso," katanya.

Upacara perasmian dilakukan oleh Perdana Menteri pada pukul 8.00 malam. Ketibaan beliau disambut paluan kompang dan diarak ke pentas utama sambil bersalaman dengan peniaga-peniaga.

Terdahulu ahli-ahli persatuan gabungan PPPKM tiba seawal 5.00 petang ke Dataran Merdeka dengan ratusan bas dari seluruh pelosok negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kehebatan ahli persatuan mula terserlah bila lagu 1Malaysia berkumandang dan diikuti gerakan lambaian tangan hadirin. Lebih 15,000 peserta yang hadir.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani dan YDP-YDP negeri. Ahli-ahli gabungan PPPKM Negeri Sembilan diketuai oleh YDPnya, YBhg Dato' Hj. Zainol Ishak. PPPKMNS sendiri menghantar 16 buah bas yang membawa seramai kira-kira 700 orang ahli-ahli cawangannya.   

Dalam ucapan perasmian itu juga Perdana Menteri bersetuju atas permohonan Datuk Ramli supaya persatuan penjaja dan peniaga ini diletakkan di bawah satu kementerian yang mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diberi tanggungjawab.Tambahnya lagi, Datuk Seri Ismail Sabri adalah merupakan bapa kepada peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil bagi mengadu segala hal perniagaan. Datuk Seri Najib berkata, kerajaan akan terus membela golongan peniaga dan penjaja secara berterusan. Golongan ini akan sentiasa dipastikan mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam temubual bersama YDP PPPKM Negeri Sembilan, Datuk Hj. Zainol Ishak mengucapkan terima kasih kepada PM kerana begitu prihatin kepada nasib penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil Melayu. Beliau bagaimanapun berharap satu mekanisma yang menguntungkan kedua pihak (SKM dan PPPKM) dapat dibuat. Jalinan berterusan antara SKM dan PPPKM juga perlu dipastikan sentiasa ada kesinambungan. Dato' Hj. Zainol berharap selepas ini satu kunjung hormat ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dapat diadakan oleh PPPKM bagi membincangkan gagasan PPPKM secara lebih mendalam. 

My Image

My Image


My Image

My Image



My Image


My Image

My Image

BISNES CETAK BOLEH MULA DARI RUMAH

Rabu, 23 Mei 2012 · 0 ulasan

Bisnes percetakan merupakan peluang perniagaan mudah yang boleh kita cuba kerana asasnya tidak memerlukan kedai yang besar ataupun organisasi syarikat konglomerat.

Cukup dengan berbekalkani kepakaran dalam bidang percetakan anda sudah boleh memiliki dan menguruskan perniagaan ini. Anda boleh mulakan dari rumah dulu. Namun begitu bisnes ini memerlukan peralatan berteknologi dalam percetakan.

Apa yang pasti ia memerlukan kos atau modal perniagaan yang agak besar untuk membeli mesin percetakan. Jika anda tidak mempunyai modal untuk memiliki peralatan percetakan, bisnes ini masih boleh dimulakan dan

diusahakan.

Penyelesaiaannya adalah dengan menyewa peralatan percetakan atau menghantar hasil kerja atau tempahan ke kedai percetakan.

Dengan cara ini yang sebenarnya dapat mengurangkan risiko pusingan modal atau overhead perniagaan anda. Modal permulaan yang utama adalah kepakaran dalam hasil kerja yang di tempah.

Ia membawa maksud bahawa bisnes ini memerlukan kreativiti dan minat yang mendalam bagi membolehkan anda menguruskan perniagaan.

Antara idea bisnes yang boleh anda mulakan dari peluang bisnes percetakan ini adalah seperti :

(*) kad kahwin, letterhead, invois, resit dan kalendar.

(*) kad perniagaan. kad kahwin, kad keahlian, beg kertas, sijil dan brosur.

(*) pakaian – t-shirt, tuala, sapu tangan dll.

(*) cenderahati, penant, baner, bil, penanda buku dan sampul surat.

(*) buku, novel, majalah, flyers, poster,stiker dan kotak.

Bagi membolehkan anda memiliki dan mengusahakan perniagaan ini maka anda boleh belajar atau mengambil kursus terlebih dahulu.

PERNIAGAAN BUNDLE BOLEH MENGUNTUNGKAN

Selasa, 22 Mei 2012 · 8 ulasan


Bisnes bundle dilihat tidak begitu eksklusif di mata pengusaha atau peniaga-peniaga besar. Namun perniagaan ini sangat relevan dengan pelanggan daripada orang kebanyakan dan mempunyai pelanggan setianya. Ia boleh mendatangkan keuntungan jika kita tahu cara menjualnya.

Bisnes bundle adalah perniagaan yang menjual barangan terpakai atau reject. Maksud bisnes bundle ini adalah barangan atau produk yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada peniaga lain. Barangan atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang baru yang biasanya boleh dijual dengan harga yang mahal. Biasanya barangan sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan harga yang mahal. Biasanya jualan bundle ini terletak pada tawar menawar antara pembeli.

Apa yang dapat dilihat adalah pelanggan barangan bundle ini adalah dari golongan muda atau bujang. Mereka arif menilai sesuatu barang yang dipamerkan. Perlu anda ingat biasanya produk bundle ini adalah dari barangan yang berjenama. Mungkin ini yang menyebabkan ia mempunyai pelanggan setia.

Yang menariknya bisnes bundle ini tidak memerlukan sewa kedai yang besar dan mahal, cukup dengan mempunyai sebuah van sebagai pengangkutan untuk tujuan belian dan jualan. Bisnes bundle ini boleh dimulakan dengan menjual di tepi jalan atau di pasar-pasar malam atau mana-mana program karnival dan pameran perniagaan.

Anda mungkin ada masalah untuk memulakan perniagaan ini untuk mendapatkan barangan tersebut. Ataupun mungkin yang menjadi masalah adalah produk apakah yang boleh dijual untuk tujuan tersebut.

Adalah disarankan beberapa barangan atau produk yang boleh dijual melalui konsep bisnes bundle ini :


  • (*) Menjual barangan berasaskan pakaian seperti baju, seluar, kasut, topi, tali pinggang.
  • (*) Menjual barangan berasaskan barangan elektrik seperti kipas, televisyen, radio.
  • (*) Menjual barangan berasaskan patung seperti soft toy.
  • (*) Menjual barangan berasaskan teknologi komunikasi seperti komputer, telefon.

Di bawah ini cerita pengalaman orang jual bundle:
Salam santai.
Saya tertarik kepada persoalan perniagaan pakaian bundle yang boleh korang baca di sini. Saya pernah terlibat dengan perniagaan pakaian terpakai ini pada tahun 2000. ummm.. dah 12 tahun rupa-rupanya.
Saya join dengan seorang so-called friend. Saya suntik modal RM2,500. Modal ni saya dapat dengan jual motosikal Modenas Kriss saya yang berusia 10 bulan. Ingat lagi masa tu.. sedih gak tapi terpaksa tolak di kedai Tai Seng Kooi, Masai. Tan Seng Kooi ni racer zaman dulu-dulu. sebab minat dengan dia, saya jual motor kat kedai tu.. kekeke..

Berbalik pasal cerita perniagaan pakaian bundle terpakai ni. Dengan duit RM2,500 tu saya pun joinlah.. Bro bundle tu memang dah lama meniaga bundle.. tapi biz slow dan takleh pusing modal. Lori loton dah ada dah. semua complete. Dengan duit tu, lebih kurang jer kami pergi jumpa tokei bundle seri alam. dekat-dekat pasir gudang gak…

Belilah apa yang patut. semua yang kami beli ialah pakaian yang tak laku. gred rendah lah senang citer. t-shirt dalam 50sen sehelai. ada gak free. slack, jeans, track bottom, RM1.50 dah dapat. boronglah dalam 1kg banyak gaklah dapat. T-shirt 200 helai, baru RM100. penuh sesak lori tu…

Maka berniagalah… berniaga di sekitar pasir gudang / masai / seri alam. pukul 5 start berniaga. Lokasi, rumah kongsi indon. mula2 penat gak.. tapi lama-lama biasa jer. sehari dapat dalam RM150. paling top dapat dalam RM500. paling busuk, dapat dalam RM50. tolak minyak lori. dapat RM20 seorang… kira-kira untung kasar, dapatlah dalam RM1.5k sebulan..

Baki duit RM2,500 hari tu, partner saya cadang beli bundle baru. masa tu bulan puasa. OK. belilah bundle t-shirt + bundle jeans. dalam 1 karung bundle ni (karung ni seal. jadi kita tak tahulah bundle ni dah pernah dibuka ke belum), ada macam-macam gred baju. ada yang tahap buat lap kereta jer.. bundle t-shirt takde rezeki. banyak oversize dan 2-3 helai jer branded. lain2 gaya hiphop j-pop jepun jer banyak.

Bukak bundle jeans. bukak bundle ni best giler.. cam hadiah misteri gitu… sekali bukak, tengok ada dalam 40-50 helai Levi’s yang reject. semua logo ada lagi cuma ada cop irregular kat dalam. cuba cari kalau ada problem tapi tak da. semua ok. jadi suspect, overstock clear.. cuma.. mmm.. nak gelak pun ada. size nya semua sama. 27. saperlah yang pakai size ni.. sebab nak raya, boleh jual jugak lah dalam RM60-80 sehelai. harga satu bundle tu pada masa tu RM450.

Atas sebab-sebab tertentu, saya give up… balik kampung…

Seronok teringat masa tu. rasa cam nak mula niaga balik.. tapi keadaan tak mengizinkan…
Kalau kat sini (terengganu), bisnes bundle ni dah tahap tepu. penjual buat untung dengan jual yang ada harga saja. t-shirt metalicca / nirvana sampai RM150. dapat 2-3 helai, dah pulang modal. lagi 120 helai yang lain tak terjual. makin lama, makin banyak. stok saya dulu hampir penuh untuk bilik 10×10kaki tu stok tak terjual untuk 3 bulan jer..

MESYUARAT PROJEK TUKAR KPDNKKNS

Ahad, 20 Mei 2012 · 0 ulasan
Yang Dipertua PPPKMNS, Dato' Zainol Ishak dan Penolong Setiausaha, Hj Zubir Hj Dahari telah menghadiri Mesyuarat Projek TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Bangunan Akhma, Persiaran Utama S2-1, Seremban 2 pada 20 Mac 2012 yang lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Talal Abu Bakar, Pengarah KPDNKK cawangan Negeri Sembilan dalam alu-aluannya mahukan ahli-ahli mesyuarat dapat bertukar-tukar fikiran dan input yang diberikan oleh NGO-NGO yang dipanggil ke mesyuarat dapat dimanfaat oleh kementeriannya.

Program Transformasi Ekonomi adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ujarnya.
Katanya lagi, program ini akan memfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional. Salah satu daripadanya yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan. Di bawah bidang ini sebanyak 13 Entry Point Projects (EPPs) telah dikenal pasti yang akan menyumbang sebanyak RM83.4 bilion Gross National Income (GNI) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai bank tempatan, pihak kosultan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan.

Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPPs yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:


  • + membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop',
  • + meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
  • - tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
  • - selarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
  • - promosikan rantaian penawaran yang berkos efektif dan efesien;
  • - galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • + menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Bagaimana hendak menyertai Projek TUKAR, anda hanya perlu menghubungi pihak Konsultan yang terlibat atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan nombor talian 06-601 7490/ 6570/ 6500 atau faks 06-601 6334.

Senarai Konsultan yang boleh dihubungi ialah Mydin, Tesco, Carrefour, SKM, Aeon, Giant, YPUT, Econsave, Sunshine, Triples, Xpress Point, Terus Maju, Halal Capital dan DPMM.
Pembiayaan pinjaman Projek TUKAR melalui Bank Kerjasama Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dengan skop pembiayaannya:


  • Pengubahsuaian/ menaik taraf premis perniagaan;
  • Pembelian mesin atau peralatan; dan
  • Modal kerja untuk pembelian stok.
  • Jumlah pinjaman - RM20,000 hingga RM60,000.
  • Tempoh pinjaman - sehingga 15 tahun.
  • Caj perkhidmatan - 3% setahun.

Apa tunggu lagi, kemudahan sudah disediakan tepuk dada tanya poket. Hendak seribu daya.

MTUC Dan CUEPACS Kendalikan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Isnin, 14 Mei 2012 · 0 ulasan
PENGUMUMAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, Datuk Seri Najib Tun Razak; kerajaan akan memberi kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dilihat sebagai satu kemenangan moral kepada dua-dua NGO tersebut. Sudah tiba masanya PPPKM memainkan peranan selaku ketua pengerak penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil Melayu untuk turut sama melibatkan diri dalam KR1M yang kini dilihat sebagai satu industri perniagaan yang mampu memberi impak keuntungan kepada PPPKM. Jika tidak pun, koperasi gabungan PPPKM boleh cuba mencari ruang melibatkan diri secara terus dalam KR1M.

Mengulas pemberian KR1M kepada CUEPACS dan MTUC, Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut. Jika dilihat peranan antara CUEPACS, MTUC dan PPPKM; rasanya PPPKM lebih sinonim sebagai NGO yang mewakili penjaja dan peniaga berbanding CUEPACS dan MTUC yang memperjuangkan suara hati pekerja awam dan swasta. Apabila memperkatakan tentang KR1M, tentulah PPPKM lebih wajar menerima peruntukan untuk mengendalikan KR1M kerana KR1M berdiri atas nama sebuah ‘perniagaan’. Bagaimanapun bukanlah hasrat PPPKM untuk menidakan pemberian KR1M kepada CUEPACS dan MTUC tetapi sekadar memohon pertimbangan PM untuk turut sama memberikan kebenaran kepada PPPKM mengendalikan KR1M untuk menjana pendapatannya yang kemudian akan disalurkan juga kepada ahli-ahli gabungan PPPKM. PM juga semestinya tidak dapat menafikan peranan PPPKM dalam membangunkan ekonomi negara apatah lagi ia juga sebuah badan NGO yang diwakili ramai ahli-ahli terdiri dari para peniaga kecil Melayu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengumuman Perdana Menteri kepada CUEPACS dan MTUC dibuat semasa perhimpunan Hari Pekerja  di Taman Pertanian Sedang baru-baru ini. Ia turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalannya Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

"Dalam membangunkan ekonomi negara, saya dengan sukacitanya mengumumkan 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dikendalikan oleh MTUC bagi sektor swasta dan dan CUEPACS bagi sektor awam," katanya ketika berucap memberikan amanat kepada lebih 12,000 warga kerja yang menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2012, di Taman Ekspo Pertanian Serdang.

PPPKM mungkin boleh mengambil kesempatan di Perhimpunan besar-besaran PPPKM yang dijangka akan diadakan di Dataran Merdeka pada 27hb ini nanti dengan memberi isyarat jelas kepada PM. Ataupun melalui perhimpunan tersebut yang tentunya akan menghimpun barisan kepimpinan tertinggi PPPKM, perkara ini boleh diperhalusi dan dibincangkan sebagai satu agenda perjumpaan. Amat rugi rasanya jika PPPKM tidak terlibat secara langsung dalam KR1M. Ada juga cadangan daripada ahli-ahli agar gabungan koperasi PPPKM mewujudkan kedai-kedai koperasi yang menjual barangan keluaran KR1M jika memang kerajaan tidak berhasrat memberikan kebenaran kepada PPPKM mengendalikan KR1M secara terus.

PEMBERITAHUAN

    KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD(KUMNSB)ingin melantik Pengedar Tunggal di setiap Negeri bagi mengedarkan produk pertamanya : Collagen Drink Orange Flavour dan Strawberry Fiber Drink. Maklumat lanjut sila hubungi pejabat persatuan atau Pn. Intan 012-686 1069/06-763 1095.

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI

    AHLI PERSATUAN PPPKM-NS BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR

VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.

MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.


PPPKMNS

SEPATAH KATA DARI YDP

Photobucket
YDP Negeri YBhg Dato' Dr. Hj. Zainol Hj. Ishak
Assalamualaikum W.B.T....

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.

Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.

Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.

Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...

Post Terbaru Blog Sahabat

IKLAN PERNIAGAAN






Untuk Banner Iklan - Hubungi: Hj Zubir; 017-6728 319, En. Tajol Ariffin Hasan; 01111-9898 74 atau Whatsapp (no yg sama) atau email: zubir.dahari001@gmail.com, feno_mena@hotmail.com




Photobucket

Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

GREEN WIDE GLOBAL

Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila).
Tel : 014-704 6702 (Norazlie).





Photobucket

"Kenikmatan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif lebih bermakna apabila dikongsi bersama"

Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah).





Photobucket

Menyediakan Perkhidmatan Teksi Sewa di sekitar Bandar Seremban. Hubungi :En. Mohd Yusof Wahab - 014-338 2082





Photobucket

Menerima Tempahan Untuk Membekal Jely Kelapa (Kedai-kedai, stesen minyak, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya). Hubungi :HJH RAYA BT MOHD NOOR Tel: 06-6774079




AL FALAH MARZUQ MARKETING - Perkhidmatan : Katering, membekal barang mentah, sejuk, beku, kering dan basah. Menjual mankanan/minuman Islam. Hubungi : Sdr Erie Yahya - 012-2404196, Sdr Aboy - 012 3410310.





Photobucket

Yongtaufu..Kami menjual yongtaufu di pasar-pasar malam terpilih! Sedia Menerima Tempahan Untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Hubungi :Syam jerung - maxis-0173500970,
celcom-0132306031 atau
digi-0102065672


ANAS INDAH ENTERPRISE

Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan
- Produk Kecantikan
- Pakaian Dan Aksesori Wanita

Anas - 014-726 2281





Photobucket

Perkhidmatan : Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut.





Photobucket

ESSJAY MARKETING. Perkhidmatan : Membekal bahan bacaan, alat tulis, Peralatan Pejabat, Bengkel, Cenderahati dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Hubungi Pengurus Pemasaran En. Tajol Ariffin Hasan - 011111-9898 74





Photobucket

TERATAI SYIRRA ENTERPRISE. Kontraktor Perkhidmatan & Pembekalan, Perkhidmatan Photostat, Laminating, Binding, Rubber Stamp, Name Card. Tawaran Photostat serendah 4 sen sahaja. Kunjungi kedai kami di No.51B Jln Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Ampangan Seremban. Maklumat lanjut hubungi Syed Ali (Pengurus) - 017-651 4441. Email: teratai_sy@yahoo.com.my

Akhbar On-line