KOPERASI PERLU WUJUD SISTEM PENGURUSAN TELUS
Kalau dulu, koperasi hanya sebagai tempat membantu golongan tertindas dengan skim padi kunca dan ceti, tetapi hari ini hala tuju gerakan koperasi lebih cenderung kepada bidang perniagaan yang lebih kompetitif.
Saya masih ingat lagi ketika mula-mula bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini Suruhanjaya Koperasi Malaysia) pada tahun 1978.
Pada waktu itu, hanya terdapat 1,240 buah koperasi dengan sejuta anggota berdaftar. Angka tersebut jauh berubah apabila hari ini sebanyak 9,000 koperasi telah didaftarkan dengan keanggotaan melebihi tujuh juta orang.
Alangkah beruntungnya kalau semua koperasi yang ada sekarang mampu berjaya dalam aktiviti mereka dan memberi kemudahan yang baik kepada anggota-anggotanya.
Tetapi hakikatnya, terdapat 90 peratus koperasi yang aktif dan lebih 50 peratus daripadanya menjalankan perniagaan secara mikro iaitu jualannya kurang daripada RM200,000 setahun.
Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku? Mungkin juga dengan bilangan koperasi yang banyak tanpa pengurusan yang baik belum mampu melahirkan koperasi yang berkualiti.
Semasa saya tinggal di Yamaguchi, Jepun sikit masa dulu, saya berpeluang melihat sendiri secara dekat gerakan koperasi di sana.
Mereka mampu menjana pendapatan tiggi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya. Rahsia kejayaan mereka kerana masyarakat Jepun mempunyai ciri-ciri disiplin kerja yang berkait rapat dengan tujuh prinsip asas koperasi.
Sebenarnya, kalau hendak berjaya, pengurusan koperasi perlu melihat kembali kepada prinsip asas tersebut untuk dijadikan panduan.
Tadbir urus yang baik dapat dihasilkan dengan mewujudkan satu sistem pengurusan yang telus, bertanggungjawab, adil, demokratik, penglibatan semua pihak dan responsif kepada kehendak anggota.
Dalam koperasi, ia merupakan tanggungjawab kepada semua pihak melalui amalan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti.
Sikap anggota yang berpeluk tubuh dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti koperasi atau mesyuarat agung boleh menyukarkan pembentukan tadbir urus koperasi yang baik.
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) juga perlu bertanggungjawab untuk mengelola sesuatu koperasi apabila mereka dilantik dalam mesyuarat agung tahunan koperasi.
Peranan kakitangan dan pekerja koperasi juga tidak kurang pentingnya. Mereka juga boleh menentukan kejayaan sesebuah koperasi jika mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Akhir sekali, bagi memastikan pengurusan koperasi yang telus dan cekap, peranan Audit Dalaman perlu diperkukuhkan. Mereka perlu melakukan semakan pengurusan secara berkala supaya sebarang kesilapan dapat dibetulkan segera.
Sekiranya, semua pihak memberi komitmen yang mantap dalam pengurusan koperasi di negara ini, saya yakin, kita boleh mengubah landskap gerakan koperasi supaya benar-benar mampu menjadi penggerak kepada ekonomi negara.
Coretan Minda - Datuk Md. Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM.
MENU LABEL
AKTIVITI 2014
Halaman
Pengikut
PEMBERITAHUAN
BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
VISI DAN MISI
VISI : Melahirkan kalangan penjaja dan peniaga kecil Melayu menjadi seorang Tokoh Korporat yang berjaya.
MISI : Mencari seramai mungkin penjaja dan peniaga kecil Melayu untuk dididik dan dibantu dalam pelbagai aspek sama ada bantuan modal, khidmat nasihat dan peluang perniagaan.
SEPATAH KATA DARI YDP
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya PPPKMNS bersama 9 cawangannya masih menjadi sebuah NGO yang membawa wadah perjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu khususnya di Negeri Sembilan. InsyaAllah, peniaga-peniaga kecil Melayu yang dipayungi oleh sebuah pertubuhan mencerminkan perpaduan antara orang-orang Melayu dalam perniagaan. PPPKMNS bukan saja menjalin kerjasama antara sesama peniaga tetapi juga mewujudkan sikap tolong menolong antara sesama meraka.
Saya amat berharap YDP-YDP cawangan dapat memainkan peranan dalam setiap cawangan mereka. Barisan pengurusan tertinggi hendaklah jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan ahli-ahli bawahan. Anggap setiap komen dan teguran sebagai salah satu cara memperbaiki pentadbiran persatuan. Saya mewakili pentadbiran peringkat Negeri juga sentiasa bersedia mendengar segala komen dan pandangan daripada seluruh ahli-ahli cawangan. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan tunjukan kepada orang ramai bahawa PPPKMNS adalah sebuah persatuan yang mempunyai budaya kerja berpasukan.
Meskipun ada beberapa masalah yang dihadapi oleh persatuan di peringkat cawangan, namun kebanyakannya telah dapat diatasi secara demokrasi. Saya telah ingatkan, akar umbi pentadbir atau ahli-ahli lama dalam PPPKMNS cawangan bukanlah mendominasi seluruh pentadbiran sehinggakan ahli-ahli baru kelihatan tiada peluang menduduki kerusi atasan cawangan. Prinsip yang saya amalkan selaku YDP Negeri adalah mudah, kita sentiasa menerima ahli-ahli yang boleh membuat kerja dan mempunyai komitmen tinggi dalam persatuan tanpa mengira mereka ahli lama atau baru. Jadi pada ahli-ahli baru janganlah berasa rendah diri dan kepada ahli-ahli lama pula, khidmat dan nasihat anda sentiasa kami alu-alukan walau di posisi mana anda duduk.
Marilah kita bersama-sama berdoa moga persatuan PPPKMNS ini mendapat berkahNya dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan. Kita berjuang bukan sekadar atas nama Persatuan Peniaga kecil Melayu tapi jauh di sudut sanubari, kita adalah peniaga Melayu yang membawa mesej peniaga Islam yang berjaya juga. Sama-samalah kita angkat martabat peniaga Melayu dan peniaga Islam sekaligus. Terima kasih. Assalamualaikum...
Post Terbaru Blog Sahabat
-
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2019-2020 - BIL JAWATAN NAMA ALAMAT NO K/P NO TEL 1 PENGERUSI IZLAN BIN TUN NO. 34 BLOK C 590729-10-5345 012-9419759 2 SETIAUSAHA FATIMAH BTE SYIDZTAMIAH NO. 13 BLO...5 tahun yang lalu
-
SURAT RASMI : MOHON DIREZABKAN SEBAGAI TAPAK PRASARANA BEKAS KOLAM KUMBAHAN MILIK INDAH WATER YANG TELAH DIKAMBUS/TEBUS GUNA DI RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2. - *PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II* Blok D. No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan Senawang-Paroi 70450 Seremban, Negeri Sembilan ...10 tahun yang lalu
-
IBU MITHALI - Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 3, Ustazah Rayah bt Abdul Ghani dinobatkan Ibu Mithali oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada Hari Keluarga ...13 tahun yang lalu
-
IKLAN PERNIAGAAN
Afaal Resources - Perkhidmatan : Membekal Buku-buku akademik ke Perpustakaan, Membekal Peralatan Pejabat, bengkel, Membersih kawasan, Perkhidmatan Penyediaan Data Base, Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. Sila klik ikon untuk maklumat lanjut. |
Menyediakan perkhidmatan cucian kenderaan. Sila kunjungi No. 133, Jln Acassia 9, Sikamat Acassia Country Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 019-737 2090 (Nur Nabila). Tel : 014-704 6702 (Norazlie). |
Ejen Zon Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 012-322 3523/019-638 1322(Wardah). |
ANAS INDAH ENTERPRISE Kedai No.4, Pusat Komersial Jln PKG 1, Pekan Gemencheh, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Perkhidmatan : Stokis barangan - Produk kesihatan - Produk Kecantikan - Pakaian Dan Aksesori Wanita Anas - 014-726 2281 |
0 ulasan:
Catat Ulasan